Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Monday 27 February 2012

---(@ aduss masalah:P

 ~ emm,xboleh nak tidur lah.kenapa? mengapa?...
lalalala.....bukak,tutup,bukak,tutup...



aduss xleh nak lena la pulak....esok da la kelas pukul 8a.m..kena bangun awl2 nak g kelas..cang gane nihs..boleh sape2 tolong x?? tolong tgk..spe nak tgk,roomate sume da tidur..hihihikkk..
Besok,kelas pagi kt bengkel.haha..xsuka la pakai sluar pegi kelas..cam serabai je makai.emh ape bole buad.nme lagi bengkel.so kena la ikut peraturan yer.

Esemen concrete ta siap lagi..besok nak kena submit.xpew sikit jew lagi.buat besok je la(jgn tiru aksi ini)..hihik.lazy(malaz)..
Kalau la besok xade kelas kang best..tu jew yang ade lam pikiran nye..ape nak jadi lah..hehe(:
aqu tahu,bdop2 kelas aq pom suka kalau kelas xde...kan2?? korang cmne?? sama x??

~Malas dah nak tulis panjang2 kejang jari.~

                                                                lalala..salam..(:

---(@ ImAn.jgn di pandang enteng..@)---


Bagaimana menghasilkan keenakan iman?? 
di susun oleh Al-Quraisy..~
pernah kan bertanya dan cari tahu tentang ini...let's go,kita baca entry kali nim..

Sabda Rasulullah s.a.w., “Telah merasai keenakan iman sesiapa yang meredai Allah sebagai tuhannya, dan meredai Islam sebagai agamanya, dan meredai Muhammad s.a.w. sebagai nabinya,” diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang sahih dengan lafaz di atas. Manakala Imam Muslim dan Tirmizi pula telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Telah merasai keenakan iman sesiapa yang meredai Allah sebagai tuhan, meredai Islam sebagai agama, dan meredai Muhammad sebagai rasul.”
Keenakan rasa yang muncul daripada keredaan ini ialah disebabkan makrifat kepada Allah taala, dan pengenalan ini adalah cahaya yang diletakkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dicintai-Nya dari antara hamba-hambanya. Sudah tentu tiada sesuatu pun yang lebih mulia dan bernilai selain daripada cahaya ini. Manakala hakikat makrifat ialah hidupnya hati itu dengan al-Muhyi, yakni yang menghidupkannya, iaitu Allah s.w.t. sesuai dengan beberapa firmannya berikut;
1.   “Adakah orang yang sudah mati (hatinya), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya..” (surah al-An‘am: 122)
2.   “Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.” (surah Yasin: 70)
3.   “Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik. Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (surah an-Nahl: 97)
4.   Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan rasul-Nya apabila dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna. Ketahuilah, sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan.” (surah al-Anfal: 24)
Barangsiapa yang mati dirinya, terjauhlah dia dari muka dunia. Demikian pula barangsiapa yang mati hatinya, terjauhlah dia daripada Tuhan penciptanya.

Ayat-ayat Quran di atas menunjukkan betapa Allah menghidupkan hati-hati manusia muslim yang mukmin, dengan mengurniakannya cahaya, yang menerusinya dapatlah dia mengenal (makrifat) hakikat ketuhanan (uluhiyah). Lalu cahaya itu akan memimpinnya ke jalan yang diredai Allah dengan menerima dan mempraktikan segala ajaran rasul-Nya dengan sebaik-baiknya, sebagai hamba yang diperintahkan yang mesti patuh kerana sifat perhambaannya (ubudiyah). Manakala kepentingan ibadah itu akhirnya untuk dirinya sendiri yang akan dibalas oleh Tuhan kerana kepatuhannya kepada segala ajaran itu.

Namun begitu, sang hamba itu tidak harus memandang kepada amalan dan ibadah yang dilakukan itu, malah mestilah dia memandang dan menghargai Allah taala yang kepada-Nyalah dipersembahkan ibadah itu. Ianya kerana, hamba dan segala yang dimilikinya adalah kepunyaan tuannya, dan di sinilah Allah sebagai tuan yang memiliki kita manakala kita sebagai hamba yang dimiliki-Nya. Maka wajarlah sang hamba itu tidak mepunyai apa-apa pun, selain keseluruhan dirinya adalah dimiliki oleh tuannya. Sebab itulah dia tidak seharusnya memandang kepada amalan yang dibuatnya, malah mestilah dia memandang kepada tuan yang empunya dirinya itu.

Dengan cara begini, barulah muslim itu dapat merasakan kelazatan iman lantas menjadikan dirinya sebagai muslim yang mukmin, dalam erti kata merelai Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Rasulullah sebagai ikutannya. Sesungguhnya, semua amalan yang kita persembahkan kepada Allah s.w.t, itu ada kaitannya dengan konsep ini.

Ada yang mengatakan bahawa makrifat itu bererti, terlenyapnya segala penglihatannya selain daripada Allah taala, sehingga dia melihat selain daripada-Nya itu semuanya kecil, lebih kecil dari biji sawi, wallahuaklam.

Sesiapa yang memandang kepada Allah s.w.t., tidak mahu lagi memandang kepada dunia hatta akhirat. Oleh kerana, sesiapa yang tempat kemuncak pandangannya kepada Allah taala dia tidak akan menoleh lagi kepada dunia kerana dunia itu sebuah negeri yang fana, demikian pula dia tidak akan mengharapkan syurga dan kenikmatannya. Disebabkan dia telah mengetahui dengan sepenuh yakin, bahawa seutama-utama nikmat penghuni syurga iaitu memandang kepada wajah (zat) Allah Yang Maha Mulia itu, sesuai dengan firmannya dalam surah al-Qiyamah ayat 22 hingga 23 yang bermaksud, “Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri, melihat kepada Tuhannya,” kerana itulah mereka tidak perlu lagi melihat kepada apa-apa pun selain daripada Allah jalla wa ‘ala, dan inilah yang berlaku kepada seorang ahli sufi yang bernama Rabiatul Adawiyah. Cahaya hati orang mukmin itu adalah lebih terang sinarnya daripada cahaya mentari, sepertimana yang telah dinukilkan dalam syair ini,

Matahari pencinta-Mu terbit apabila malam mula menjelang,
Terus menyinari dan tidak akan hilang selama-lamanya,
Sesungguhnya matahari siang tenggelam di waktu malam,
Manakala matahari hati tidak pernah ada tenggelamnya.

Maka, jagalah kebersihan hati itu kerana ianya tempat pandangan Allah s.w.t., dan tempat simpanan segala rahsia, sesiapa yang sudah mengenali Allah, sesungguhnya dia tidak akan memilih selain-Nya untuk dijadikan kekasihnya.

Wallahuaklam.






Thursday 16 February 2012

::Hanya Pada-MU YA ALLAH::

Ya ALLAH,teguhkan lah imanku,kuatkan langkahanku..setiap kesulitan pasti ada kemanisannya (


   Terlintas di fikiran ini sejenak,'bilamana ALLAH datangkan ujian terhadap kita"  apa tandanya?? Itu tandanya ALLAH mengasihi dan menyanyangi kita sebagai makhlukanya.....dan dikala itu juga,tahap keimananan di uji..benar,berkata2 memang mudah terucap dari bibir mungil,tapi melaksanakannya,ade yang mampu dan ade yang tersungkur...ramai yang lalai,ramai yang alpa,.kala dunia sekarang penuh dengan hilai tawa,penuh dengan ketamakan harta,pangkat dan tahap kesihatan yang tak jatuh sakit...:( akan tetapi Allah datangkan ujian nya kepada kita untuk kita menilai diri,betapa jauhnya diri kita dengan Sang Pencipta..Allah menanti setiap rintihan dan tangisan keinsafaan dari makhlukanya...untuk mendapatkan Keredhaan dan Kerahmatan dariNYA."

ALLAH berfirman dalam ayat 286 surah Al-Baqarah:

   "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"...

   Saat in,pelbagai persoalan yang bersoalkan tanda tanya..beratke ujian ini?,.ujian ape ini Ya Allah?..aku jauh ke dari Mu YA Allah,kurangkah aku bermunajat dengan mu YA Allah..Ampuni ku Ya ALLAH..Benar,kala ALLAH turunkan ujianNya kepada kita..Pasti ade hikmahnya yang tersirat dan tersurat disebaliknya...Dikala lembaran kiriman kasih darinya itu ditaddabur.. tidak semena-mena terpandang ayat 3 dari surah At Talaq.ALLAH berfirman:

    "Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagu setiap sesuatu.."



 Alangkah indahnya aturanMu YA ALLAH..SUBHANALLAH...Dikala diri rasa benar-benar goyah.Engkau titipkan kata-kata CINTA ini,.kerana diri ini yakin,setiap kesulitan ade kesenangannya.setiap ujian ade penyelesaiannya...ade thariqah(jalan)nya.Tabahkan hati ini untuk menempuh ujian  dengan sebaik-baik aturan dariMu YA ALLAH...

ALLAH berfirman lagi dalam surah AZ-ZUMAR:ayat 53
       
"Katakanlah,.Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat ALLAH.Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh Dia lah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang"


   
Satu demi satu ujian yang menerjah..yang dilalui..yang menghampiri..Teguhkan iman,Tabahkan hati ini Ya ALLAH...jangan Engkau biarkan diri ini mengaturnya sendiri dengan langkah yang lemah dan lesu..Sebaik-baik aturan adalah dari Mu YA ALLAH...bimbinglah aku dalam membuat keputusan dengan sepnjang-panjang akal...

Madah Bermunajat:

Terguris sekeping daging ini,
kala diri di lukai..
terpanah hati ini,
kala diri di caci....
Mana janji yang di beri,
Mana kata yang diungkapi..
Hilang..hanya sekadar mimpi..
yang tak pasti dan tak akan pernah pasti...
Keseorangan di lautan sepi.
di tinggal mereka yang aku percayai..
tabah hati mengharungi cabaran ini..

Namun,diri ini tahu ade hikmahnya.
Setiap segala yang menimpa diri..
Ku berserah padaMu,sebaik-baik aturan..
Yang Maha Kuasa dan Maha Mencipta..
Kerana Engkau Maha Mengetahui.
Segala apa yyang terbuku di hati..

  Ingatlah Wahai insan Allah berfirman:  surah Al-'Ankabut

   "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman,"dan mereka telah di uji...? Dan  sungguh,Kami -telah menguji org-org sebelum mereka.maka Allah pasti akan mengetahui org-org yg benar dan pasti akan mengetahui org-org yg dusta".(ayt 2-3)


Ya ALLAH tidak terdaya lagi,
Menahan dugaan yang mencabar ini,.
Terasa noktah telah ku temui.
Mengakhiri segala yang ku mulai,
Ya ALLAH,enkau lindungilah aku.
Berbekalkan keimanan yan teguh padaMU.
Agar dapat ku menghadapi dugaan..
Agar aku tidak berhenti di pertengahan..

Kini disini aku berdiri..
Bersama harapan yang tulus suci.
Agar terbitlah kembali mentari sinar pagi..
Setelah malamku berkalut benci..
Yang kan Ku padam dengan hati yang murni..


By : Vdah Awatif








Wednesday 1 February 2012

~Cukuplah hanya Allah yang tahu~


Setiap manusia dianugerahkan naluri rase cinta dan ingin mencintai...Tapi adakah cinta itu,cinta yang halal??
Kalau kita sukakan 'someone',jangan lah beritahu 'si dia'..cukuplah hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahuinya...mengadu lah pada Allah...Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya...Luahkan lah isi hati kamu kepada Allah... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui siapa jodoh kita....
Cintai lah dia dalam diam..dari kejauhan dan kesederhanaan dan keikhlasan hati juga nurani...
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah...kerana hakikatnya ia berhulu oleh Allah maka ia pun  berhilir hanya kerana Allah..

ALLAH  berfirman ayat 49 surah Adz Dzariyat ::
"dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH"

Tetapi keinginan ingin bercinta didorong oleh hawa nafsu,. tercantas iman walaupun tidak jelas kelihatan..dengan itu hendakalah kamu bersabar,berdoa dan berpuasa..agar tersingkirnya kelemahan diri yang nipis itu..

ALLAH berfirman lagi dalam ayat32 surah Al Israa' ::
"dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji"
dan suatu jalan yang buruk.

Ketika mendambakan sebuah cinta yang sejati,namun tiada kunjung datang,ketahuilah cinta sejati itu amat dekat dengan kamu..namun kamu yang harus membuka pintu hati untuk mendekati cinta yang sejati lagi hakiki itu....iaitu Cinta Allah SWT ialah Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah mengaturkan yang sebaiknya dan telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu  kelak..

Jika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,namun dirimu juga tahu cintamu tidak terbalas,Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui apa yang ada didepan mu & Dia telah mempersiapkan segala yang terbaik untuk mu di masa hadapan.

Cukuplah hanya mencintai dalam diam,
Bukan kerana ingin membenci hadirnya,
Tetapi menjaga kesuciaannya,
Bukan kerana menghindari dunia.
tetapi meraih syurga-Nya.

Bukan kerana lemah untuk  menghadapi,
tetepi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu rakus dan menyelusup..

Cukup lah bagiku mencintai dari kejauhan,
Kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan diri dari ujian,
Kerana hadirmu hanya menggoyahkan iman dan ketenangan,
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup lah bagiku mencintai dengan kesederhanaan,
Memupuknya akan menambah penderitaan,
Menumbuhkan harapan  hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan,.sepertimana cinta Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati nurani seorang wanita...namun tidak sanggup pula cinta kita berakhir seperti sejarah cinta Salman Al-Farisi...

Al-Baqarah ayat 216 ::

"....boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui....

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak bakal ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti akan kecewakan hati sendiri...

Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi..
Kerana Dia mendengar pengharapan mu setiap kali,. dan Dia menunaikan nya dengan cara-Nya tersendiri.....

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dgn kesderhanaan dan keikhlasan,
kerana tiada yang tahu rencana Allah buat hamba-hambanya.
Mugkin saja rasa ini ujian dariNya yang akan melapuk atau membeku dgn perlahan.
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..


Serahkan rasa itu hanya pada ALLAH,jatuhlah cinta dengan ALLAH dengan sedalam-dalamnya sehingga menandingi cinta kita kepada manusia,dan haraplah cinta yang kita ingin berikan juga kepada insan yang mencintai ALLAH....Biarlah DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang bila tiba waktunya....

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah,menolak kerana Allah,mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah,maka bererti ia telah sempurna imanya.."
HR.AL-HAKIM




#cintailah dengan cara cinta yang halal,tahanlah hatimu,perasaan mu..jikalau hatimu tidak tertahan coretlah isi hatimu tentang cinta dan rindu mu,tentang doa dan harapanmu padanya dalam tulisan,dan simpan lah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin...most important, mengadulah pada Allah di sepertiga malam mu....

#jika jodohmu adalah si dia,serahkan isi hatimu pada si dia,pasti saat bahagia menantimu..jika sebaliknya maka biarlah ia menjadi RAHSIA antara kamu dan Sang Pencipta..buanglah rasa hatimu itu jauh-jauh,dan dekatkanlah dirimu dengan Allah agar luahan hatimu hanya padaNYA...

Wasalam<3 vdah awatif..