Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Friday 14 September 2012

~Bumi SYRIA yang TerCINTA~

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pertama-tama mari kita panjatkan doa qunut nazilah buat saudara-saudara Islam kita di Syria,yang bermati-matian mempertahankan agama,negara,maruah juga bumi tercinta Syria.Allah.Allah.Allah..Kau tempatkan para pejuang yang syahid di jalanmu di syurga yang penuh nikmat Mu..

Berminggu,Berbulan lamanya isu ini.Yang bertemu Allah makin bertambah.Apa kita buat.??
Seolah-olah kesakitan itu tidak terasa di setiap tubuh badan kita tatkala saudara Islam kita di sana di bantai,di rakus penuh kekejaman..Allah,Allah,Allah..Aku di sini juga mampu berdoa pada Ilahi dengan segenap titisan mutiara buatmu saudaraku..

Inginku mengajak kalian mendekati saudara kita di sana.Menyelami detik-detik yang di hadapi mereka..Saat semua dikorbankan di tanah air sendiri.Mengambil cakna isu ini sedikit sebanyak membuatkan kalian peduli,bukan hanya menongak dagu, menangguk,mengeleng hanya menerima dan menolak,..

Tertanyakan kalian siapakan pemimpin Syria?? Kenai ke tak die sape?? Kenapa la tak tolong selesaikan masalah ini..Masalahnya "Mamat" ini lah yang memulakan,dan memandikan darah untuk bumi sendiri.Like Father like Son..Sungguh kejam mereka ini..Sanggup menghalalkan pembunuhan ke ats rakyat yang tidak bersalah di Bumi Syria..Pandanglah dengan jiwa dan segenap hati kemanusiaan.Di sana ada saudara seagama,seaqidah dengan kita.

Siapakan Mamat yang di nyatakan di atas..:? Meh kita baca sikit ")

 Syria Era Bashar al-Assad

Ketika Hafez al-Assad (bapa kepada Bashar) ditimpa sakit,tampuk pemerintahan di serahkan kepada saudaranya Rifa'it Asad buat sementara waktu.Dan kemudian di ambil balik setelah sehat kerana Hafez takut akan berlakunya rampasan kuasa.Pada awanya Hafez bercadang mahu mnyerahkan pemerintahan itu kepada anak sulungnya  iaitu Bassel Asad namun dek kerana perwatakan Bassel ini kearah agama dan berbeza dari segi tokoh yang diminati antara Hafez , saudaranya yang lain.dgn  Bassel maka Hafez merasakan kepentingan parti pemerintah dan akidah yang dipeganginya berada dalam bahaya jika pemerintahan nya di serahkan kepada Bassel lalu satu komplot di rancang untuk membunuh Bassel dan Basssel meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 1994.

Bashar dilahirkan di Damsyik pada 11 September 1965.Menggantikan Hafez sebagai pemerintah kerajaan Syria setelah Hafez jatuh sakit kerana leukimia.Merupakan penganut fahaman Syiah Nusairi dan memerintah dengan dasar yang kejam lagi menindas rakyat.Bashar menruskan legasi ayahnya yang zalim dengan mencuru harta rakyat dengan cara yang haram,membunuh para ulama,melakukan penindasan dan bnyak lagi.Penduduk berada dalam ketakutan semasa berada di bawah pemerintahan kuku besi Bashar Al-Assad.

 Antara kekejaman yang di lakukan:

1-Memenjara kanak-kanak dan mencabut kuku mereka kerana mereka menulis di dinding sekolah "Rakyat-rakyat mahukan sistem di jatuhkan"
2-Menyembelih rakyat2 di Homs,Hama,Dar'a.Idlib,Halab.
3-Membunh kanak-kanak dan wanita
4-Mengaut harta,sumber2 Syria.
dan banyak lagi.

Apa yang perlu kita buat:

1-Senjata orang mukmin adalah Doa( utk hapuskan kekejaman)
2-Infaq ( Walaupom sedikit )
3-Sebarkan tentang apa yag berlaku di syria sekarang kepada rakan2 kita ( Artikel,fb,blog)
4-Qunut Nazilah
apa yang patut buat..silakan untuk rakyat di sana.


Sabda Nabi S.A.W:
Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.
(Riwayat At-Tabrani)


Tinta Buat Mu..
Bumi Syria
Bumi itu  bermandi darah
Bumi itu di rakus keamanannya.
Bumi itu telah lama di tindas.
Saat negara Islam lain bersenang.
Saat negara Islam lain aman.
Saat negara Islam lain tenang.

Bangkit akhowat,Bangkit akhawat.
Bangkit tentera Allah,perangi musuh Islam..
Jalan jihadmu masih jauh.Tebarkan semangatmu..
Jangan engkau gentar atau ragu.
Mati di jalan Allah adalah  cita-cita  kami.

Firman Allah :

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka bahawa  Allah lalai akan apa yang di lakukan oleh orang-orang yang zalim.Sesugguhnya Dia sengaja melambatkan balasan kepada mereka hingga ke suatu hari yang terbeliak kaku pandangan mereka,(kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)"
(Surah Ibrahim-42).

                                               



                                                                                           credit by:Vdah Awatif

Thursday 13 September 2012

AkU mAhU bErPuRdah..

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t

Seakan berat untuk berbicara soal ini.Terpendam seribu rasa untuk ku gambarkan saat mula2 penghijrahan ku kepada tittle seorang ustazah..Pemakaian peranan yang agak besar la jugak. sampaikan melalui pemakaian lah orang akan pandang dan ubah gaya diorang dengan kita.Ustazah sudah sebati panggilan itu untuku..tidak kira di rumah,di kampus atau di kaki lima."Assalamualaikum ustazah,.elok2 ustzah nnty jatuh,jubah tu labuh,,".Teguran budak kaki lima yang agak sopan..Itu baru mengenakan tudung labuh dan jubah..Belumku mengenakan purdah.lagi tu.aduhh. trademark untu golongan berpurdah ialah."Ninja"..
Seringkali wanita yang berpurdah di kaitkan dengan ninja.Ninja ini,ninja yang memperjuangkan agama,memperjuangkan agama,memperjuangkan maruah..mengelak fitnah...

Menyingkap saat pertama kali kenal tudung labuh.Tanggal 10.10.2011.Jilbab hitam melekat di tubuh..Terasa sangat terharu bila diri sejuk dibaluti kain yang hanya dua meter panjang..Alhamdulillah Ya Allah..Akhirkan aku dapat menjalankan kewajipan ku sebagai muslimah..Niat ingin berubah dan bertudung labuh terdetik sejak di bangku sekolah menengah,tapi apakah dayaku.terkapai seorang diri.Tiada teman yang ingin memimpin tangan ini dan sama-sama menjalankan tanggungjawab seorang muslimah.Sungguh kerdil diri ini..Hiba saat diriku aku kenal.

Inginku naik ke tangga seterusnya..ingin bertukar status kepada ustazah kepada ninja Islam..tapi apakah daya..Kekangan banyak di hadapi..tambah-tambah masih menuntut di ipta.parents yang belum memahami,kefahaman yang jelas..kekuatan yang teguh..

Purdah..
Purdah itu tidak wajib.Menutup aurat  sebenarnya yang wajib bagi seorang wanita.Aurat wanita dua telapak tangan dan muka...
Kain hitam yang tidak kurang dari 2 jengkal.di jadikan alas untuk menutup separuh dari muka..


♥ BERPURDAH? PERBETULKAN NIATMU ♥



“Wah, cantik dia pakai jubah dan tudung labuh,

mesti ramai lelaki soleh yang tertarik.

”“Pakai niqob nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik.”

Siapakah yang penyebab dialog diatas,
pemakainya atau yang melihatnya?

DramaKing dan DramaQueen ini kadang-kadang menjadi buah mulut masyarakat kita, bila melihat gadis muslimah berniqob...

Persepsi yang sungguh berlainan antara jantina bila melihatnya...
Jadi apakah situasi ini betul atau sebaliknya...

♥ Sudut pandang sisi seorang LELAKI ♥

Sedih rasanya bila maqosid dan tuntutan asal berniqob disalah ertikan oleh mereka yang tahu akan hukum-hakam berniqob...

Sebagai seorang lelaki muslim,
perasaan sukakan kepada wanita muslimah itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sudah terkena pukauan gadis muslimah ini...

Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat gadis muslimah berpurdah,
terdetik dalam sanubari untuk mencari gadis muslimat yang berpurdah...

Perwatakan mereka yang bertudung labuh,
berjubah ditambah pula dengan sehelai kain menutup muka membuatkan si lelaki ingin tahu dan ingin mendekati sigadis tersebut...

Walaupun hanya dapat melihat dari jauh ia cukup membuatkan fitnah itu menjalar tanpa mereka sedari...

Mereka...
Yang bertudung labuh dan juga berniqob sekalipun,
tunjukkanlah contoh yang baik...

Berakhlaklah seperti mana pemakaian...
Bukan sekadar luaran bahkan jua dalaman...

♥ Sudut pandang sisi seorang WANITA ♥

Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqob. ..

Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini,
kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat…

Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar...

Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. ..

Tapi bila sudah berselindung disebalik purdah,
kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita?

Jangan jadikan niqab ini fesyen...! Please...jangan :'(

Tidak...Jangan begitu...
Kalau pakai niqob kerana itu,
maka niqob sudah menjadi fesyen,
bukan lagi kerana mendapat redha Allah,
bukan lagi kerana ingin menutup fitnah...

Niqob nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau trend orang dakwah...

Kenapa pakai?
Sebab kalau nak jadi ustazah,
kena pakai niqab baru nampak macam ustazah...
(niat ni salah)

Jangan....
Tak pakai niqob bukannya tak solehah, bukannya tidak baik...

Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqob,
memandang rendah mereka yang tidak memakai niqob...

Tak pakai niqob juga,
bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah...

Sejak bila pulak,
niqob menjadi lesen untuk semua itu?

Bagi yang memakai niqob,
teruskan dan perbaiki peribadi...
berniqob akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain...

Ada yang ingin menghina,
maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu...

Ada yang ingin mencontohi,
maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu..

Ada yang ingin menghargai, mempercayai,
maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka...

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah,
mendapat redha dan mardhatillah....

Jaga diri, jaga akhlak,
jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah...

Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’,
dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh...

Lebih buruk lagi,
kejatuhannya memburukkan pula Islam...

Terakhir untuk gadis muslimahku yg amat disayangi.. ♥ ♥ !!

Maka,
pakailah dengan kefahaman yang jelas...

Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman...


Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikutan kakak atau ustazah,
bukan sebab trend, bukan sebab fesyen...

Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut...

Namun sebaliknya sekarang,
perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend...

~Aku seorang bertudung labuh dan Insyaallah bakal niqabis~
(u_u) sdikit sbyk aku jg terasa...Allah..Allah...Allah.. ♥ !
Saya doakan kalian juga istiqamah ! ingat, Mujahadah itu PAHIT, kerna SYURGA itu MANIS :

credit by: Ukhti Farhani