Ya Allah,
Andai
masanya belum tiba,
Jangan
izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon
agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau
tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah
aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah
aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan
aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku
dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku
jatuh cinta,
Izinkanlah
aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah
aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia
hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka
hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,
cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia
mencintai aku,
Biarkanlah
dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia
tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta
itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari
situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini
bukan masanya,
Jika ini
belum saatnya,
Dan jika Kau
tahu kami belum bersedia,
Selamatkan
kami,
Jarakkan
kami,
Pisahkan
kami,
Agar kami
jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami
tak mengundang murka-MU,
Agar kami
dapat lebih menjaga hati,
Agar hati
menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia
bukan untuk ku,
Andai dia
bukan jodohku,
Maka berilah
ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah
dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang
benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah
aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku
kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen.
credit by : iluvislam
1 Comment:
amin :)
Post a Comment