"Wahai orang-orang beriman , janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul, dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui"
Berbicara tentang amanah, sungguh berat dan tak mampu nak ungkap dengan kata-kata, Namun, itulah yang di amanahkan dan dipertanggungjawabkan kepadamu . Sungguh , ianya satu wadah yang boleh kita semua jadikan aset di akhirat kelak . Tapi , amanah yang dipertanggungjawabkan hendaklah di gigit dan di pikul dengan sebaik mungkin, bukan dengan tindak tanduk yang salah, perbuatan yang zalim , dan hanya ikut dan sekadar saja.
Memetik bicara Imam Al Ghazali dan anak muridnya .
– Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di
dunia ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir
benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah
(Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka
mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah)
sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka
pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72
)
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di
dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT,
sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang
amanahnya.
Allahurabbi...
Firman Allah lagi.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya
(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan
memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa Yang kamu tidak mengetahuinya”. Surah al-Baqarah:30
Amanah kita juga sebagai seorang hamba kepada Allah , mengabdikan diri kepada Nya. Bukan setakat amanah dari segi pangkat dan kedudukan . Kita ini kerdil, hina , tapi sikap ego menguasai diri menjadikan diri megah dan lupa siapa akan Yang Maha Pencipta.
Marilah kita , pegang ayat-ayat suci Al-Quran untuk kita terus rasa diri ini bertanggungjawab dalam setiap sudut sebagai hambanya . Perbaharui lah iman dengan mengucapkan dua kalimah syahadah , begitu juga amanah, bermuhasabah dan melihat sekeliling kita. Gunalah segala pancaidera yang dikurniakan untuk bermuhasabah dengan sebaiknya terutama akal.
“ Wahai manusia! Setiap sesuatu ada pemandunya, pemandu
kepada manusia adalah akal. Orang paling bijak berdalil dan mengenali hujah ia
adalah yang paling baik akalnya”.
-VA-
4 Comment:
amanah satu tugas yg berat.. kann ;)
nice entry
blogwalking sini :D
amanah satu tugas yg berat.. kann ;)
nice entry
blogwalking sini :D
AMANAH paling aku takut untuk pikuL, sebab kesilapan ada d mana2.. hohoho
nice blog and good post
Post a Comment