Pasukan
Robosas dari Politeknik Sultan Ahmad Shah menunjukkan pingat emas dan gangsa
yang mereka menangi pada menyertai pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and
Congress KL 2013 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
semalam.
SHAH
ALAM 29 Ogos - Pasukan Robosas dari Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas)
Kuantan, Pahang muncul juara Cabaran Kreatif Terbuka dalam pertandingan 18th
Fira Roboworld Cup and Congress KL 2013 (Fira KL 2013).
Dalam
pertandingan yang berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(PSA) di sini hari ini, pasukan Robosas berjaya meraih pingat emas setelah
mengatasi pasukan-pasukan dari pelbagai negara, hasil kerjasama erat ahli
pasukan yang mempunyai kemahiran masing-masing.
Ketua
Pasukan Robosas, Najmi Hafizi Zabawi berkata, beliau dan ahli pasukannya tidak
menyangka dapat memenangi kategori itu yang pertama kali disertai mereka.
"Ini
adalah kali pertama kami menyertai Fira. Kami merupakan pasukan pertama dari
Malaysia yang menyertai kategori Cabaran Kreatif Terbuka.
"Setiap
anggota pasukan diberi tugasan mengikut kepakaran masing-masing. Antara tugasan
tersebut ialah memerlukan ahli pasukan menjaga bahagian litar (circuit), badan
robot (body) dan pengesan penglihatan (vision sensor)," katanya ketika ditemui
dalam majlis penutupan dan penyampaian Hadiah Fira 2013 di PSA di sini hari
ini.
Najmi
Hafizi turut menyatakan rasa bangga atas kejayaan pasukannya kerana berjaya
menundukkan dua pasukan dari Taiwan iaitu TKU dan MCU apabila masing-masing
mendapat tempat kedua dan ketiga bagi kategori itu meskipun cabaran yang
diberikan pasukan lawan adalah sengit.
Katanya,
pasukannya juga berjaya memperoleh pingat gangsa dalam kategori vision dan check
point, selain menganggap itu satu pencapaian terbaik untuk sebuah pasukan
baharu.
Sementara
itu, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan, Datuk Nasir
Mat Dam dalam ucapan penutupan berkata, pihak PSA boleh berbangga kerana
menganjurkan suatu kejohanan bertaraf dunia di negara ini.
"Kejayaan
PSA menganjurkan kejohanan Fira KL 2013 yang bertaraf antarabangsa ini akan
menjadi titik permulaan kepada pertandingan yang setaraf dengannya pada masa
depan.
"Pertandingan
seumpama ini merupakan satu landasan yang terbaik bagi mewujudkan lebih banyak
perkongsian idea, selain mengembangkan lagi bakat serta kreativiti masyarakat,
khususnya generasi muda," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20130830/ka_01/Robosas-ungguli-Cabaran-Kreatif-Terbuka-Fira-KL-2013#ixzz2dSriNPCc
© Utusan Melayu (M) Bhd
TAHNIAH di ucapkan kepada kawan-kawan polisas yang menyertai FIRA ni. Hebad kalian .
MAN JADDA WA JADDA .
1 Comment:
hai,saya follow sini n jemput awk join GA ni http://nooramyma.blogspot.com/2013/09/special-giveaway-2013-by-misz-nadea.html
Post a Comment