Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Tuesday 27 December 2011

Satu minit mengingati Allah


Sebutlah sepenuh hati dan lidah yang fasih#



*SUBHANA'LLAH


*ALHMDULI'LLAH


*LAA I LAA HA ILLA'LLAH


*ALLAHUAKBAR


*ASTAGHFIRU'LLAH


*LAA ILLAAHA ILLA'LLAH,MUHAMMADUR RASULU'LLAH


*ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN


#Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataan demi perkataan,


*"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
Sebaik2 manusia adalah mereka yang memberikan manfaat kepada manusia lain...


                                                                                           by :Vdah Awatif

Monday 12 December 2011

~fadilat surah as-sajadah~ selamat beramal...


SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.


Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.


Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.




Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

** Sentiasalah Berusaha Untuk Mendekatkan Diri kita kepada Allah S.W.T. **

c.i.n.t.a y.a.n.g h.a.k.i.k.i




Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa perlu menikmati cinta sebelum perkahwinan?Bimbang ia jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Sepertimana mafhum hadis Nabi SAW:

"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka ia adalah seorang yang syahid."(Riwayat hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin
Pasti diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
Menyibukkkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya bagi melupakanku daripada-Nya.
Hati akan terseksa dengan barah rindu.
Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
Cinta lalai akan membuatkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh jiwa, akal & perasaan.
Jiwaku terganggu akan menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
Jika aku & dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

Tips Menepis Cinta Remaja
"Kalau suka, jumpalah ibubapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tidak bersedia. kalau tidak bersedia kenapa hendak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."

Seorang penyair Arab berkata:

Cinta merupkan anugerah takdir,
Pertama kali datng bak air yang tenang,
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia ke dalamnya, tak tertolong lagi.

CINTA ni kalau tidak datang lagi janganlah sesekali cari atau cuba-cuba nak dekatinya. Kerana bila mana kita sudah jatuh cinta bahananya amat besar jika tidak dijaga mengikut batas syariat Islam. Dan jika sudah terjebak dalam CINTA ni, jagalah ia sebaik-baiknya mengikut batas syariat. Kerana jika sekali kita tersilap langkah, kita akan sukar mencari jalan pulang. Natijahnya, ia akan melalaikan hati dan diri akan terbuai dengan keasyikkan CINTA. 

Akhirnya, hati kita akan berkarat, semakin tebal dengan titik hitam dan rosak. Apa yang paling saya risaukan jika hati kian layu & mati..Nauzubillah. Apa yang terjadi bila hati mati? Kita tidak merasa nikmat solat, tahajud mungkin bertambah kurang atau tinggalkan langsung, ilmu tidak meninggalkan kesan lagi di dalam hati. Bahayanya la penyakit hati ini. Gerun terasa di hati:(

 kata-kata Ustaz Hasrizal dalam bukunya 'Aku Terima Nikahya', sesuatu kejahatan yang kita lakukan mendatangkan keresahan dijiwa, dan kebaikan yang kita lakukan akan mendatangkan ketenangan hati.

Mindaku mula menafsir, jika kita sering was-was dan gelisah dengan sesuatu tindakan kita, bermakna lebih baik kita bermujahadah dan tinggalkannya. Namun bermujahadah ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah, ia perlukan pengorbanan yang jitu.

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah..

"Ya Allah sesungguhnya aku sangat kerdil dan hina disisi-Mu ya Allah, Engkau tetapkanlah aku di jalan perjuangan-Mu ini, Engkau peliharalah aku dari sebarang kemungkaran dan penyakit hati ya Allah..Hanya Engkaulah Tuhan Maha Perkasa dan tempat aku berteduh mengharapkan keampunan dari-Mu. Engkau peluklah hati dan jiwaku ini dalam rahmat kasih-sayang-Mu. Aku amat dambakan cinta & kasih-sayang-Mu walaupun aku tidak layak."..amin ya rabbala'lamin.

Friday 2 December 2011

New edited .

Sorry kalau tak bape nak comel blog nih .
All credit to ;



Tuesday 22 November 2011

KEIKHLASAN HATI...

Kala Hasrat tak lagi bersyarat
di saat harapan tak selalu di depan
impian takkan dapat di mengerti
ketika perasaan menyapa
menuangkan apa yang ada
iri hati seakan musnah di dalam sanubari
melahirkan jiwa – jiwa yang suci
kebahagian tak selamanya harus memiliki
cukup senyumanmu tuk sirami hati yang mati
ku relakan apa yang aku inginkan
kan ku kenang apa yang telah ku lakukan
dan ku bahagia walau kau tiada menyapa
keikhlasan datang bukan tuk meminta
melainkan berharap agar jiwamu bahagia selamanya
ungkapan hati tak kan pernah mati di dalam hati yang paling dalam. ketika nafsu hasrat kita menginginkan segala apa yang ada di dunia. kita akan kecewa akan apa yan kita inginkan dan harapkan tiba -tiba sirna di telan masa. harapan ini sudah tidak ada di hati hingga rasa kecewa tak akan pernah menghinggapi jiwa.
tidak seharusnya kita berharap sesuatu. tak semestinya kita impikan apa yang kita harapkan. dunia ini semu se semu impian di dalam kalbu. kesuksesan datang dari seberapa besar keikhlasan kita pada sesama. bukan seberapa besar kita dapat untung di dunia.
sahabat sejati bukan benci tuk di tinggal pergi, tetapi bahagia di saat dia bahagia dan sedih di kala sahabat kita di rundung duka.
“tuk sahabatku bahagialah selamanya”

                                                                                                                            vdah awatif<3

~~penAnGaN HaRImaU MuDA..~~ngaUummMh~

Bergegar meja kerusi d kafe abg jimmy...aduuiii..punya la kuat sorakan kaum hawa yg tgk bola kt kafe tadi..sekitar jam 7.30,kerusi dipenuhi oleh kaum2 hawa yg minat bola..penyokong harimau muda katakan,,,,huhuhuuhu..aq pom termasuk jgk...jaringan gol yg pertama oleh indon..tergamam la sekejap..sunyi kjp.terkejut la weyyyy....huhuhu...padahal paper ade lagi..arghhh..lupakan seketika pasal paper tu..bola bola,malaysia lawan indon..nak tgk jgk.... lepas isyak,bergegas aku menuju ke kafe...emmm,punya la semangat..perut mcm2 lagu berbunyi,laparrrrrrrr..hhuhuu.~nasi goreng cili padi jew adee..mkn jew la...sambil layan bola....caiiiyokkk2 harimau muda..sorakkan ku xterkawal..ee malu la..ingt ckt awk tu pompuan..hatiku berbisikk....diam balik....huhuh~
 GOALLLLLLL..malaysia 1-indon1...hemmm,dah sama....ahhhh..jp ag masuk satu lagiiii.....punya la bnyak peluang nak masuk lps tu.tp gak..xde rezeki lagi la tu..sabar yee....hem..
(letih la pulak nak ctey nim...)..well,aku pendek kan ceritanya...yg pasti HARIMAU MUDA MENANG!...tu jew point nye..hahahakk..ala yg tgk pasti thu...kan2?? hahakk(suka sgt)
Kemenangan milik Malaysia! syukur ALHAMDULILLAH...amin.<3

          ~itu la kenangan ku ngn kwn2 iaitu penyokong harimau muda(kaum hawa)~
                                                                                                          
                                                                                                                     Vdah Awatif<3

Sunday 20 November 2011

Cara Seorang DA`EI....



amalkan 3M
1.mulai dengan diri kita sendiri
2.mulai dengan yang terdekat
3.mulai dari sekarang...

bagaimana pula cara untuk memulakan????

amalkan lah 5S

1.senyum
2.salam
3.sapa
4.sopan
5.santun

sama-samalah kita amlkan nya yea... :)

keGetiRAn sEbUaH PEnGHijRAhaN...

 bip,tone hp bnyi...msg dr akak..adeq,jum kuar borak2 kt tasikk..
aq mereply nye..jum..hehe..
satu2 ctey di bual kan..semua nye enth pape....tp yg pasti bukan gosip n bukan mengumpat yee..hehe.
satu soklan tiba2 keluar dr mulut ku....
                Akak,nak tye akak nim..knpe org selalu pandang sinis pd sy? saya tahu la dulu saya jahat..tapi skg sy ikhlas nak berubah ...kerana ALLAH..meluahkan rse yg terbuku pd akak yg selalu memberi dorongan dan bimbingan...Alhamdulillah,mujur di beri peluang olehNYA mengenali insan ini....
kenapa? cuba berterus terang pinta kakak ingin tahu...emmm..
Sabar ye dik,hendak berubah memang banyak ujian dan cabaran,begitu juga kite ingin berjuang ke jalanNYA..pelbagai onak duri yg bakal kite tempuhi ntok mendapat apa yg kita inginkan..
ALLAH berfirman dalam ayt 286( Surah Al-Baqarah: ALLAH tidak akan membebani seseorg itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya..) ALLAH bersama orang2 yg sabar dan ingin berubah ke jalan NYA...
rase kuat apabila ade insan di samping...kita xmampu untuk menempis kata manusia yang berbisa lebih berbisa dr sengat ular....Insya ALLAH,semoga ALLAH memberi kekuatan dan ketabahan....
Jarum jam tepat menunjukan sudah pukul 6.45ptg,matahari dah mula beransur2 melabuhakn tirai nya..
kakak pom mengajak sy untuk balik sbb hari dah lewat...
Jgn lupa jnji kita di masjid malam nim,..jerit sy pd kakak..lalu kami berpisah menuju bilik msg2...
tok3..pintu bilik di ketuk..da siap..jom..org dah azan,cepat ckt..alamak kena marah la pulak.hehehe...
sejadah bercorakan gambar kaabah menenangkan pandagan sy,niat dihati ingin kesana suatu hari nanti..InsyaALLAH...
selesai solat sunat,.solat maghrib pom menyusul...Alhamdulillah,selesai kewajipan ku sebagai hambanya...Tafsir di buka,meneliti ayt286 surah al-baqarah yg di nyatakan oleh akak td..dan dibaca perlahan..tetiba air mata mengalir lembut membasahi pipi..sy menangis megetahui kelemahan diri...
Akak menghampiri..adik,adik mampu..jgn fikirkan apa org kata,fikirkan apa yg ALLAH kata pd kita...sahabat2 ade,akak2 ade...kami semua ade...kita harus yakin pd diri kita bahawa kita mmpu jadi hamba ALLAH yg baik..caranya kita perlu membina gerak kerja amal takwa,,,Seseorg yg bertakwa akan memelihara hak2 ALLAH,dan ALLAH jualah yg akan mempertahankan kemuliaan dan hak dirinya kelak..
InsyaALLAH kak..hanya itu yg mmpu di suarakan kerana suara sudah di tenggalami esekan tangisan.:(
Azan isyak berkumandang di corong radio...anggota dibasahi wuduk..slsai solat isyak,
sy dan kakak berpisah,kerana msg2 ade tugas..
~kisah nim antara sy dan kakak..beruntung sgt dpt kenal die...wish me succes in my life..sy syg kakak sy<3
doakan sy,..sy da dpt ape yg sy cr..ketenangan hati yg abadi menuju ILAHI..

                                                                                                          Me>vdah awatif

Tuesday 1 November 2011

tAnDa kASiH..

Seronoknya kalau dpt brg percuma,tol x?
apatah lagi barang yang di beri itu adalah barang yg sgt berharga,..juga merupakan keperluan....
yqng memberi pula adalah drpd seseorg yg dikasihi....yg tentunya pemberian itu diingati smpai ke mati dan memberi kesan perhubungan yg sgt mendalam...
Namun,dlm segelintir pd itu,ada pula yg segelintir yg mudah lupa akn barang berharga yang diperolehinya itu dan tidak mempedulikan perasaan org yaag telah memberinya itu..ITULAH LUMRAH MANUSIA...
Dalam pada itu,ada sesuatu lagi yg manusia lupa kan pemberian percuma...ia sememangnya ada pada kita,sama ada sedar atau tidak,iaitu oksigen yg kita sedut,denyutan nadi,aliran darah yg tidak berhenti,kesemuanya diberi sejak lahir ke dunia hinggalah ke saat ini...siapa yg memberinya? ya,ALLAH S.W.T....

Kalau lah Allah S.W.T berkira dan charge segala yang ana bgthu td kepada kita,nescaya tidak terbayar tinggi nilainya itu dengan percuma.............
oleh kita akan bil oksigen,bil denyutan nadi,bil aliran darah...LIHAT LAH, ALLAH S.W.T memberi sesuatu yg amat 
Lihat lah pula di sekeliling kita,di bumi yang terbentang luas ini,.burung berkicau,ikan di lautan,haiwan liar di hutan,serangga melata,tumbuh-tumbuhan,buah-buahan,hujan,cahaya matahari,udara,air sungai,api yg menyala,..semuanya itu saling memerlukan dan saling melengkapi...tol x? betul-betul( tone upin ipin taw)..perlulah di fahami dan di fikirin bahawa setiap apa yg ade tidak di jadikan sia2 oleh ALLAH S.W.T....

Justeru segalanya yg kita miliki dan perolehi ini adalah tanda kasih ALLAH S.W.T kepada kita sebagai hambanya..sbgai isyarat terima kasih kita kepada ALLAH S.W.T..hendak lah kita bersyukur dgn syukur penuh kerendahan hati dan diri...juga lengkapkan tanda kasih itudgn menguatkan ketakwaan kepada ALLAH S.W.T dan meningkatkan ibadat serta menjauhi pa yg di larang...

ayuh,kita bersujud kepada ALLAH S.W.T zahir dan batin,ats cinta dan belas kasih syg NYA..kepada kita yg lemah juga kerdil jua miskin tidak bermaya ini.....

Monday 31 October 2011

Saya baru buat blog nih (:

Assalamualaikum , saya baru buat blog <3
hehe ,

buah cempedak di luar pagar ,
ambil galah tolong jolokkan ,
saya budak baru belajar .
kalau salah tolong tunjukan .

boleh tak ?

Wahidah <3