Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Tuesday 27 December 2011

Satu minit mengingati Allah


Sebutlah sepenuh hati dan lidah yang fasih#



*SUBHANA'LLAH


*ALHMDULI'LLAH


*LAA I LAA HA ILLA'LLAH


*ALLAHUAKBAR


*ASTAGHFIRU'LLAH


*LAA ILLAAHA ILLA'LLAH,MUHAMMADUR RASULU'LLAH


*ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN


#Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataan demi perkataan,


*"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
Sebaik2 manusia adalah mereka yang memberikan manfaat kepada manusia lain...


                                                                                           by :Vdah Awatif

Monday 12 December 2011

~fadilat surah as-sajadah~ selamat beramal...


SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.


Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.


Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.




Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

** Sentiasalah Berusaha Untuk Mendekatkan Diri kita kepada Allah S.W.T. **

c.i.n.t.a y.a.n.g h.a.k.i.k.i




Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa perlu menikmati cinta sebelum perkahwinan?Bimbang ia jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Sepertimana mafhum hadis Nabi SAW:

"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka ia adalah seorang yang syahid."(Riwayat hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin
Pasti diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
Menyibukkkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya bagi melupakanku daripada-Nya.
Hati akan terseksa dengan barah rindu.
Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
Cinta lalai akan membuatkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh jiwa, akal & perasaan.
Jiwaku terganggu akan menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
Jika aku & dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

Tips Menepis Cinta Remaja
"Kalau suka, jumpalah ibubapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tidak bersedia. kalau tidak bersedia kenapa hendak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."

Seorang penyair Arab berkata:

Cinta merupkan anugerah takdir,
Pertama kali datng bak air yang tenang,
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia ke dalamnya, tak tertolong lagi.

CINTA ni kalau tidak datang lagi janganlah sesekali cari atau cuba-cuba nak dekatinya. Kerana bila mana kita sudah jatuh cinta bahananya amat besar jika tidak dijaga mengikut batas syariat Islam. Dan jika sudah terjebak dalam CINTA ni, jagalah ia sebaik-baiknya mengikut batas syariat. Kerana jika sekali kita tersilap langkah, kita akan sukar mencari jalan pulang. Natijahnya, ia akan melalaikan hati dan diri akan terbuai dengan keasyikkan CINTA. 

Akhirnya, hati kita akan berkarat, semakin tebal dengan titik hitam dan rosak. Apa yang paling saya risaukan jika hati kian layu & mati..Nauzubillah. Apa yang terjadi bila hati mati? Kita tidak merasa nikmat solat, tahajud mungkin bertambah kurang atau tinggalkan langsung, ilmu tidak meninggalkan kesan lagi di dalam hati. Bahayanya la penyakit hati ini. Gerun terasa di hati:(

 kata-kata Ustaz Hasrizal dalam bukunya 'Aku Terima Nikahya', sesuatu kejahatan yang kita lakukan mendatangkan keresahan dijiwa, dan kebaikan yang kita lakukan akan mendatangkan ketenangan hati.

Mindaku mula menafsir, jika kita sering was-was dan gelisah dengan sesuatu tindakan kita, bermakna lebih baik kita bermujahadah dan tinggalkannya. Namun bermujahadah ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah, ia perlukan pengorbanan yang jitu.

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah..

"Ya Allah sesungguhnya aku sangat kerdil dan hina disisi-Mu ya Allah, Engkau tetapkanlah aku di jalan perjuangan-Mu ini, Engkau peliharalah aku dari sebarang kemungkaran dan penyakit hati ya Allah..Hanya Engkaulah Tuhan Maha Perkasa dan tempat aku berteduh mengharapkan keampunan dari-Mu. Engkau peluklah hati dan jiwaku ini dalam rahmat kasih-sayang-Mu. Aku amat dambakan cinta & kasih-sayang-Mu walaupun aku tidak layak."..amin ya rabbala'lamin.

Friday 2 December 2011

New edited .

Sorry kalau tak bape nak comel blog nih .
All credit to ;