Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Wednesday 20 February 2013

Haram kah :D


Haramkah aku mencintaimu dalam diam . 
Halalkan aku terus mencintaimu bila tiba detik itu .
K bai :)

Tuesday 19 February 2013

Kisah Kahwin :D

Assalamualaikum , 

Entry kali nim , entah macam mana vdah terfikir nak post pasal kawin mawin nim .  Auw . Malunya . :P
Tak payah malu sangat lah yea , sebab kita sebagai gadis , perempuan . of course kita fikir pasal hidup kita , siapa pasangan kita , warna warni pelangi perjalanan hidup kita . Kita seharusnya bijak dalam mengatur arus kehidupan kita .

Melihat blogger yang di kenali ramai , Irine Nadia yang berkawin pada usia 20 tahun . Serius muda sangat kan . Betul , zaman dulu-dulu mak kita belasan tahun pom da ade yang kawin , tapi itu dulu . Now , kita sendiri tengok kan , anak-anak remaja baya itu sedang study , enjoy , kapel , emm macam-macam lah lagi lah xtvt yang remaja lakukan skg . Apa pendapat kalian .? Tapi pilihan yang terbaik di ambil oleh Irine untuk kawin awal adalah pilihan terbaik untuk dirinya , famili dan kehidupan nya . Ok , sekarang pom , tidak menghalang Irine teruskan study .

Vdah nak cerita , masa kat kampus dulu . ada talk pasal  : Kawin awal bahagia atau sengsara . Emm pasal nim semua budak-budak perempuan minat lah . Kawin sape tak nak kan . Tapi kena pikir baik buruk nya bila kawin awal tambah masih lagi study. Banyak aspek yang perlu kita telitikan . As remaja lah kan . Better fikir masak-masak sebelum keputusan yang di ambil untuk kawin .Insya ALLAH jika pengharapan kita pada Allah untuk kita kawin awl  Allah redha dan permudahkan . Tidak di nafikan ramai di luar sana yang kawin di usia remaja , boleh je bahagia , ada anak lagi .

Calon suami yang elok , ada agama boleh bimbing kita kejalan yang betul ,caring n loving , of course kita impikan sebagai husband kita kan .. Untuk dapatkan yang elok , apa kata kita elokkn diri kita , perbetulkan yang remeh dalam kehidupan seharian kita sebelum menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri , ibu kepada anak-anak kita nanti .


Surah An-Nur ayat 26 :
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

Walaupom ayat di atas , bukan lah satu janji dari Allah tapi ianya satu peringatan dr Allah , supaya kita sentiasa beringat , semua orang ada salah dan why not kita pasang niat nak berubah ke jalan Allah , jadi solehah dulu baru lah kita fikir bina masjid yang sakinah dan mawardah .


Perkahwinan bukanlah sesuatu yang suka-suka mcm kita main kwin-kwin zaman budak2 dulu. Kita dan husband masing-masing ada tanggungjawab , dan ujian akan datang bila kwin nim banyak so , lumrah la kan sebagai hambanya kita di uji . Tambah-tambah lagi kita kawin di usia yang muda , nak hidup dengan pasangan kita dalam jangka masa panjang kalau boleh hingga akhir hayat dan hingga Jannah . Kan2?

Bagi pasangan yang memilih untuk kawain pada usia muda , jangan takut kalau perkara yang kita buat elok , tidak langgar hukum Allah . Fikir lah pandangan Allah pada pandangan orang sekeliling yang hanya nak menjatuhkan kita , kalau yang support kita ok . :D

Untuk kaum adam , jika kamu mampu galas beban sebagai ketua keluarga , bimbing lah kaum isteri mu sebaik mungkin . Jangan amik remeh hal yang melibatkan amanah . 
Untuk kaum hawa , jika kamu bersedia untuk jadi wife yang baik untuk suamimu , relakan dirimu di nikahi dengan setulusnya . 

Kawin awal , bahagia jika masing-masing tanam dalam diri sikap-sikap positif . Dalami ilmu sebanyak mungkin  . Nak lagi jeles dan baca kisah sweet mereka , apa kata singgah kat belog yang hebad nim .



Jodoh itu rahsia Allah . Kita hanya mampu merancang tapi perancangan ALLAH yang terbaik 







Friday 15 February 2013

Intan Berlian Mega Give Away

Assalamualaikum :) 

Mega give away yang hebad , Jom Terjah .
Alhamdulillah , penghulu segala hari muncul . Hari Jumaat bersamaan 15 Feb 2013 . Hari yang indah , nikmat hujan yang di kurniakan menyegarkan tumbuhan hijau yang kehausan . Entry nim , vdah tak nak berceloteh dan menaip banyak sampai korang malas nak baca (>.<) *baca lam hati takpe . 

Vdah nak ajak kawan-kawan blogger yang hebad kat luar tu , join satu GA . Apa tunggu lagi , hadiah yang di tawarkan cantek tertarik memang DaBooom . Auw . jangan telepas taw.



Hadiah-hadiah hebad tu , ade sponsornye jugak auw. Nak tahu .

-Coklatmanis2u

Jangan ketinggalan ye teman-teman semua , kita cuba . Mne tahu ade rezeki dapat salah satu dari hadiah dari 
Intan Berlian  punya GA . Thanks  a lot .

Suka :) Vdah Awatif 


Wednesday 13 February 2013

Starting Today ,

Assalamualaikum , Peace (> .<)

Mula-mula rasa betul ke nak start hari nim , tapi hati dah nekad nak jugak , nak jugak . Nak apa ? DIET ? . hah tu lah , nak diet . Rasanya berat badan nim dah melampau sangat da naik nim . Sampai baju lam gobok tu da tak boleh pakai . hahh , terkezut tak ? Vdah terkejut tahap cipazi dah . Mungkin bahagia sangat kot , makan tak ingat orang2 yang berlapar dah , tak kira bajet lari asal makanan depan mata .

Tips diet yang berkesan ( berkesan ke ek ) :

Apa yang kita makan . 
Ok . hari nim breakfast amik tak ? Ok cek kalori yang must kita amik untuk pagi , tengahari n malam .
Jangan makan cakedis2 yang tak patut korang amik pagi2 taw . Ah , pagi , ke tghari ke , petang ke malam . Better tak usah amik . bahaya kot cakedis tu . bukannya elok pom . kalori tinggi , masin . Vdah dah mmg tak suka benda cm gitu . Satu lagi air berkarbonat . Pepsi , Coke . jangan ambik kalau boleh . Kandungan gula yang tinggi bahaya untuk kesihatan *ayat skima , lantak pi lah .

Puasa
Ayah cakap kat kita , tak payah nak diet sampai tak makan bagai . Awak puasa ,istiqamah pom boleh kurhuh jugak ,walaupom lambat sikit . Bila dah puasa tu , mase berbuka tu jangan la makan ikut hawa nafsu . kalau makan kat luar tu tak ingat dunia tempah itu ini . Kalau kat rumah , suh mak masak itu ini , itu tak kurus , makin Bam2 ade la .. tol tak? 

Get Active 
Nak kurus kan , apa kata jangan malas2 . Petang-petang rajin-rajin lah senan-senam kat taman-taman ( ayat nim salah tatabahasa ok ) . Take time untuk rehatkan  diri bersenam , jogging , riadah . walaupom u all just walking . Ini pom boleh la cara untuk kurus kan badan . Ala , kalau da busy sangat apa kita korang amik tali skipping atau kalau xde pom beli kat mydin rm 5.20 sen je . lompat seratus kali sehari . Kawan kita penah buat . jadi jugak . Vdah nak buat lah . Malam2 sebelum tido , bakaq kalori tu . Harap-harap jadi lah ye .

Sayur-sayuran & Buah-buahan 
Bendalah2 kat ats tu jugak penting . Sayur kena amik . ikut lah nak amik mentah ke nak rebus separuh masak ke , nak goreng ke . tapi sekurang-kurangnya amik sikit . Buah pulak sebagai pencuci mulut . Cop2 . zaman Rasulullah , Baginda amik buah sebelum makan , tapi sekarang kita terbalik . apa kita kita amal kan sunnah Rasulullah , makan buah dulu br makan yang lain .. Ianya bekhasiat dan baik untuk kesihatan .

Kurma , Kismis , Madu .
OK , tahu tak apa makanan kat ats . Itu makanan Rasulullah suka dan baginda makan . Apa kita kita amik dan makan . Banyak khasiat nya daripada kita makan benda yang tak berfaedah tu . Nak tahu khasiatnya , search google tentang makanan2 kat ats tu . Bagi remaja-remaja kat luar sana , satu khasiat madu ialah membantu menyempurnakan  kesihatan berkekalan . Untuk wanita pula , yang nak cantik boleh amalkannya,.



 Nak cantik macam nim , from today starting diet . 

Vdah harap , akan istiqamah , tak nak hangat-hangat tahi ayam jer , ataupom melepas batu kat tangga . Nak capai target . Tak nak over limit sangat kegemukannya , adush . susah nak kurus balik .. Harap boleh bantu vdah ye rakan-rakan blogger n yang tercinta pembaca-pembaca yang tersayang :)

Harap tips-tips nim berguna jugak untuk korang bukan vdah sorang . Selamat Beramal . 

Lot's of Love ,
Vdah Awatif .

Tuesday 5 February 2013

Detik Itu ,

Assalamualaikum cinta dan rindu . Layan dulu . Jangan nanges . (~.~)

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

 prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu ,

Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Setiap makhluk di cipta berpasang-pasangan . Kita hanya mampu merancang , tapi Perancang yang terbaik adalah Allah Yang Maha Esa . Kalau dah jodoh tak ke mana .
Jangan di tanya tulung rusuk mu milik siapa , tapi meminta lah pada Ilahi jodoh yang terbaik buatmu .
Yang bisa membimbingmu , memberi kasih sayang padamu , perlindungmu ,juga membawamu ke Jannah .

Buat Si Adam , Jika kamu sudah mampu .halalkan si dia bagimu , Nikahillah dia. Istikharah jalan terakhir mu , berserah lah padaNya . Jodoh mu dengan si dia sudah tertulis di Alam Luh Mahfuz .


Lot's of Love
Vdah Awatif .