Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Sunday 8 December 2013

Pray For Kuantan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Masih teruk keadaan di Bumi Kuantan , mungkin sahaja gelombang kedua menjengah hamparan bumi kuantan . Allahurabi . Banjir yang melanda adalah ujian atau mungkin juga petunjuk dari Allah.
Dan difirmankan ," Wahai Bumi ! Telanlah airmu dan wahai langit (hujan) , berhentilah. Dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas Bukit Judi dan dikatakan ,"Binasalah orang yang zalim ." - Surah Hud Ayat 44 - 
Salah satu potongan ayat dari Allah mengingatkan kita apa-apa yang berlaku atas kehendakNya . Kun Fa Ya Kun . Setiap yang berlaku Allah mengetahui  hikmah disebaliknya . Ujian Allah terhadap umatnya tak akan putus untuk menguji kekentalan iman hambaNya . Makin tinggi iman seseorang makin kuat ujian yang akan di hadapi olehnya .

Alhamdulillah , sumbangan dan bantuan datang dari setiap badan , NGO , IPTA membantu mangsa banjir . Tidak kira dari segi pakaian , makanan , ,fizikal dan mental untuk membantu mereka . Sedikit sebanyak dapat memberi keperluan contoh selimut , pampers buat si kecil , ia membantu mereka walaupom tidaklah cukup lengkap .

Dua , tiga hari ni air di kawasan-kawasan yang tertentu dah makin surut dan ada yang masing-masing mangsa yang mengalami banjir dah pulang membersihkan rumah . Student poli ada yang turut membantu , bersihkan rumah , pinggan mangkuk , buang perabot-perabot yang bengkak sebab minum air . ouhh ,

Titipkan doa buat kami semua di sini yea . Juga tak lupa pada semua umat Islam yang lain .

-VA-

Monday 2 December 2013

Bulan December

Hujung bulan mengorak langkah
Bercambah episod baru dalam bulan akhir
Bulan bah , bulan yang sejuk
Titisan dari langit membasahi bumi , Musim Tengkujuh
Pelangi semalam pastikah akan muncul
Mengikut arus atau melawan arus

Bulan December , bulan akhir . Pernah tak tanya pada diri, bulan-bulan yang sebelum nya berlalu , apa dah sumbangan kita pada diri kita, keluarga kita, tapi yang penting pada agama kita iaitu Islam .Sila tanya sekarang . Adakah sikit , adakah banyak , adakah memberi untung untuk isinya ( orang sekeliling ) ataupom sebaliknya .

Untuk saat-saat akhir inilah , tanya diri kita , azam yang pada awal tahun yang di lafaz, di coret, di pendam dah tercapai ataupom tidak sebelum bulan hadapan kita membina lagi satu azam baru .

Tanya diri kita . Happy life , Apa-apa yang kita lakukan atas Bumi Allah ini semuanya berbaliklah pada Maha Pencipta . Kerana Allah Taala .

-VA-



Thursday 31 October 2013

Mati itu Pasti

Firman Allah yang bermaksud :
"Setiap yang hidup akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan di bals di hari kiamat "
-Surah Ali -Imran 185-

Rasulullah bersabda :
"Sebelum berlakunya hari Kiamat, akan terdapat kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakukan tahun-tahun gempa bumi"

Allah , sedang kita masih leka dengan perancangan-perancangan hidup yang gah , merancang untuk dirikan rumah besar, sedang berkira-berkira membeli kereta mewah Marcedes Series 8 , bersuka-suka antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram  tanpa segan silu , Bahkan ade juga yang lalai dalam mengejar pangkat dan harta , mengejar nama dan kedudukan tertinggi , bermewah-mweah malah menunjuk-nunjuk lagi . Tidak di kira lagi dengan yang gila pujian , gila kan duniawi , sombong , takbur , dengki , bakhil dan diri sedang hanyut dipenuhi sifat-sifat mazmumah .

Tanpa kita menoleh ke masa depan , tanpa kita memandang sekeliling bahawa semua itu akan ditinggalkan kerna itu hanya pinjam . Tanpa menoleh dan tersedar dari tidur yang diri akan menemui kematian .
Kalau kita sedar akan mati pasti yang mewah akan ditinggalkan , yang kaya akan di sumbangkan kerna itu semua akan dihisab dan di tanya kelak . Apa semua ini ? Untuk apa kemewahan dan kesenangan ini .

Bahkan perkara-perkara yang boleh menyusahkan kita di Alam Barzakh kelak akan kita elakkan , Hatta soal-soal hati , nampak benda nya remeh , tapi semua itu akan di soal . Biar ia sekelumit tapi hanya Allah yang tahu isinya . jangan biarkan hati kita busuk kerna ialah punca segalanya .


Firman Allah yang bermaksud: Pada hari itu (hari kita pergi mengadap Allah) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang pergi membawa hati yang selamat.(Surah As Syuara` : 89)

Mati itu pasti , kemana saja kamu lari , kita lari pasti akan merasainya . Ya , detik itu , detik sakaratul maut yang tidak terperi sakitnya . setiap yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan kelak , pangkat , harta  juga amanah yang kamu ada sekarang . Mati boleh berlaku , sedetik , seminit , atau seminggu sahaja lagi . ianya hampir dengan kita . Kata Rasulullah , Orang yang mengingati mati ialah orang yang paling cerdik.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri , Allah ciptakan manusia untuk mengerjakan amal kebaikan bukan untuk bersuka ria di dunia yang sementara ini . Sudah buat persiapan ? Kain kafan , tahlil . mandi jenazah . ? Jangan leka, takut kita membuatkan diri kita hanyut seakan-akan mati tidak akan kunjung .

waahualam .
-VA-

Tuesday 29 October 2013

My Dream , One Day .

Hai semua . Im so happy today bcoz im finished final exam . 
But still not calm , result coming soon . hahaks.

dari semalam lagi search en google cari-cari barang kahwin
aikss. i nak kahwin ke? not yet lagi . Saja jer sebab Wahi love decoration .
selalu cakap one day nak jdi designer tapi bidang salah amik sivil engineering
tapi ade jugak kaitan tu . kan. kan? 

so melting bila tengok deco untuk katil bertiang . 
ini memang impian, Wahi nak ada katil yang macam nim.
one day :)


wahh , teruja tak korang tengok .?
tapi yang nim takde tiang just kayu belah ats untuk langsir jer . but nice .
Wahi dah la suka warna putih , bersih , suci . 
tenang jer tengok .

ade lagi .


hah , yang nim buat Wahi teruja bila tengok kat langsir dan katil die tu,
katil yang menggunakan ukiran like that , memang menariklah 
bab langsir pulak , besar dan white colour .


hah, amek ko . yang nim lengkap semua sekali.
but , kita fokus bab katil jer dlu .
katil bertiang , langsir , ia guna langsir white rompol-rompol .
luas bilik yea . boleh tahan nak singgah tang mana pom.
hahahakss.

yang nim last .


langsir white same with cadar . decoration bilik yang simple but kemas,
Wahi love it . One day , nak jugak dapatkan dgn gaji sendiri .
ok tak ? In shaa Allah .

Sini saja lah . Bagi yang ade dream nak katil camni , meh kita pasang impian sesame
Katil ni sesuai jugak untuk hias if kahwin la .
leh search en google kalau nak tengok pelamin bertiang nan indah .Fuhh .
Hahakks .

K. bereh bai  :)
Wahi : kawan2 kampus call me.
-VA-

Sunday 27 October 2013

Kenapa rezeki susah nak masuk . ?


Sekian :)
Semoga kita tergolong dalam golongan yang mudah rezeki nak masuk .
jazakallahu khairan . Aamiin .

Formula .

Hafal-hafal formula , mesti ingat sebab dalam paper exam nati die tak bagi " kata lecturer Puan Syarini subject mechanic .
Adushh , dah gugur-gugur rambut nim , banyaknya study .  *yela tu
Penat ? nama lagi student , baca , study lah kje nye .

Dalam hidup pun kena ade formula jika nak berjaya.
D.U.I.T = maksudnya ?

D : Doa
"Senjata orang mukmin ialah Doa" . Begitulah hebatnya doa . Allah perkenankan setiap doa yang dimohon oleh hambanya ketika kamu susah , ketika kamu senang . Allah ada untuk kita .


Doa itu adalah ibadah - ( Riwayat Ahmad )

U : Usaha
Dalam hidup ini , kita nak berjaya kena ada usaha . kejayaan tak kan datang bergolek dikaki , tak kan turun dari langit ke tujuh ke atas riba kita . salah satu kunci kejayaan ialah usaha .

I : Istiqamah
Istiqamah iaitu lakukan sesuatu dengan konsisten ( berterusan ) . sedangkan kita , jatuh sikit sudah mengalah.bukan nak bangkit dan berjalan terus berlari . Amalan yang dilakukan perlulah istiqamah . In shaa Allah , Allah permudahkan segalanya .

T : Tawakkal
Iaitu berserah pada Allah , kita telah doa , usaha , malah istiqamah dah melakukan kerja untuk mencapai kejayan. Akhir sekali ialah berserah pada Allah sepenuhnya . Kita merancang , Allah juga merancang tapi Dia lah perancang yang terhebat . kan?

Gunalah formula ini dalam setiap kerja yang kita lakukan tidak kira belajar , urusan dakwah , usrah , atau daurah . Kunci kejayaan yang mujarab untuk kita mendaki gunung yang tinggi tanpa berpatah balik menuruni bukit yang curam lalu terjunam ke jurang . Tidak mahu ianya terjadi bukan ?

Fighting for sukses.
Sekian :)
-VA-

Ukhuwah

hebat bunyinya .
apa maksudnya ?
tak kenal maka tak cinta
dah kenal maka mengusik jiwa
persaudaraan sesama Islam berlandaskan
cinta kpd Allah, Rasulullah juga agama
hebat . hebat .

tapi , ukhuwah ini pelik juga ?
baru sahaja kenal bulan-bulan
ada something yang kuat kat hati ini
sayang , dah macam adik beradik
bila senang cari,bila susah ade bersama
wahh hebat . hebat .

sahabat,pelengkapnya diri bila kesukaran menimpa
sahabat, memimpin jari jemari
mengajak kenal siapa diri
mengajak kenal cinta sejati
bukan cinta plastik yang nothing
ini cinta yang suci.
berukhuwah kerna Ilahi.
hebat . hebat .

kadang-kadang tertanya pd diri
bermanfaat kah aku dalam berukhuwah ini
bisa sahaja aku pernah menyakiti, bisa sahaja aku pernah di lukai
tapi ingat balik yang positif ,
Allah kirimkan orang-orang yang baik disekeliling kita ada manfaat dan hikmah.
bukan saja-saja untuk kita di tampuk yang lama
baik buruk , kekurangan pasti ada
kerna kita hanya manusia biasa
tak lari dr silap dan salah
kerna kita hanya hambanya yang lemah

hebatkan ukhuwah ini ,
bila tiada tertanya kemana pergi
bila di sisi Allahurabi , pelukan erat diberi
takut besok jumpa atau tidak lagi
hebat. hebat 

siapa yang merasai manisnya berukhuwah ,
akan rasa manisnya cinta yang sejati
sekian . salam kalian kerana Allah

"Jika seseorang mencintai saudara nya kerna Allah , maka khabarkanlah bahawa ia mencintainya "Abu Dawud dan At-Tirmizi

Tahajjud


Solat yang agak sukar untuk dilakukan , kerana ianya melibatkan suatu perasaan 
yang kuat menguasai diri iaitu malas . Allahurabi .
Beruntunglah bagi sesiapa yang melakukannya dengan istiqamah .
Mohon lah pada Allah dengan sebenar-benarnya bila kamu dikejutkan dari lena yang asyik 
untuk sujud kepadaNya dalam keadaan tenang , ditemani sunyi sepi sepertiga malam .
Saat iman mula lemah , hati kena kuat untuk meningkat nya kembali.
Mohonlah keampunan dengan sesungguh hati , biarkan mengalir titisan putih kerana takutkan Allah

dan mohon keberkahan dariNya .

Siapa kita ? 
untuk sombong
untuk tidak mengharap padaNya
untuk tidak meminta dariNya
untuk sia-siakan hidup kita
untuk kita tidak merintih 
dalam setiap doa dan sujud padaNya.
Allah rindukan hamba-hambanya 
untuk mengadu padaNya . 

Allah berfirman :

"Dan  pada sebahagian malam , lakukanlah solat tahajjud ( sebagai suatu ibadah ) tambahan bagi mu ,mudah mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yag terpuji . ( Al - Isra' 79 )    

waktu malam atau sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dasyat untuk 
kita berdoa memohon dariNya , kerna apapom permintaan kita ketika itu Allah akan diperkenan kan. 
Banyak manfaat jika kita mengerjakan solat tahajud antara akan dipelihara oleh Allah

dr segala bencana, dimurahkan rezeki , kesihatan yang baik juga disenangi oleh org sekeliling .
 Aamiin .

“Sesungguhnya di waktu malam ada suatu waktu yang tidak akan ditemui oleh seorang muslim yang berdoa kepada Allah dari kebaikan dunianya dan keselamatan akhiratnya, melainkan Dia kabulkan permintaannya itu pada setiap malam (bila ia terus qiyamul lail)“ (HR.Muslim).                                         

Sekian . 
-VA- 

Friday 25 October 2013

Istikharah & Istisyarah - Perlu kedua-duanya .


Ya Allah , bantulah hambaMu .
Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati .
Berikanlah aku petunjuk , jika ia baik untukku,
keluargaku dan agamaku . Aku terima dengan Redha .

Istikharah ini bukanlah tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata . 
Malah buat pilihan utk dapat pilihan kerja  yang elok jugak perlu .
ianya sangat famous di kalangan remaja yang mahu memeluk cinta yang sebenarnya, 
takut bila keputusan yang diputus dibibir bukan tidak seindah yang kita sangka . 

beberapa aspek yang perlu kita teliti kan dalam bab ini . silakan baca :

pertama : kenapa perlunya istikharah ? 

nampak simple , solat dua rakaat . 
tapi kita sebagai manusia bergantungan kita hanya pada Allah .
pada siapa kita mahu meminta selain dari Nya . 
Allah lebih mengetahui mana yang baik untuk kita dan mana yang sebaliknya . 
kita hanya mampu merancang . tapi the best planned is Allah . tambah-tambah dalam soal jodoh
kita tidak tahu apa yang akan berlaku untuk masa-masa kan datang , 
jangan lah kita sombong untuk meminta  pertolongan dariNya 
supaya kita mendapat keputusan yang terbaik dan tidak menyesal di kemudian hari .

kedua :  perkara yang perlu istikharah

"Tidak rugi orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah" 
- Hadis riwayat Jabil bin Abdillah.

yang jelas haram , buat apa nak istikharah yang jelas nyata lagi 
dalam bab agama tak payah nak istikharah contoh keluarkan zakat , nak bayar ke tak ?
tak payah la nak istikharah sebab dah jelas wajibnya .
tapi jika ianya antara pilihan contoh kerja yang halal 
maka Istikharah lah jawapan yang terbaik .

ketiga : istisyarah atau mesyuarat

meminta pendapat dari orang yang lebih arif juga perlu. ia berkait rapat dengan istikharah .
kita dianugerahkan akal untuk berfikir , merenung dan juga menganalis yang mana terbaik untuk kita
kita tidak hanya bergantung kepada proses Istikharah semata-mata - hingga kan buatkan diri
tertunggu-tungu mimpi dan sebagainya. come to me dream . oh no . like that . 
sebaliknya bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan . 
Buatlah keputusan yang matang , you must brave to decide best decision .

keempat : mimpi 

dah lali dah dengar . istikharah mesti mimpi . bukan begitu jugak . ia dah jadi mitos lah pulak .
sedangkan kita tahu , when seseorang sudah mengalami satu penyakit iaitu angau mimpi itu jugak 
boleh berlaku. maka bila dia bermimpi , adakah ia di anggap itu petunjuk Istikharah ?
tentunya tidak semudah itu .

kelima : penyakit was-was daripada syaitan

penyakit ini berlaku bila adanya hasutan daripada syaitan contoh bila kita mengambil wuduk
dan berasa seakan-akan wuduk yang kita ambil tadi sempurna kita tidak , seolah-olah ade suatu bisikan
maka jangan di hiraukan bisikan itu . itu semua dr syaitan .
begitu juga dalam bab Istikharah - kita dah yakin dengan keputusan kita dan doa yang kita mohon 
dari Allah juga istisyarah yang kita buat maka jangan dihiraukan bisikan-bisikan kerna itu helah dr syaitan .

konklusinya : Pergantungan semuanya dari Allah :) Kita hanya mampu merancang , tapi Allah jugak merancang . Perancang yang hebad ialah Allah swt yang Esa . Kita mohon yang terbaik daripada Allah , kerna setiap daripada kita impikan yang terbaik dalam kehidupan . Belajarlah membuat keputusan dengan yakin . Barakallah .

Sekian.
-VA-


Thursday 3 October 2013

hari-hari berlalu .



Lekaku seketika hingga lupa untuk ku mengucap SYUKUR padaMu. Allahurabbi .
Leka dengan duniawi , lalai dengan hawa nafsu yang menjelajah dan kuasai diri.
Hah , itulah manusia yang alpa . Muhasabah untuk hari yang indah .
Bertemankan zikir terapi yang merdu memuji kekasih Allah .

Sedar tak sedar , October hampir melabuhkan tirai .
minggu exam yang membuatkan aku study struggle sangat . hahakks.
tinggal beberapa hari lagi untuk mengorak langkah ke new months November .

Hari-hari yang berlalu dengan pantas sekali.
tak terkejar dek sibuk nya diri . macam bisneswomen pulak aku .
hahakks padahal kerjanya pegi kelas , buku-buku , laptop , kamera .
sibuk mengalahkan menteri , mengalah kan itik nak jaga 10 ekor anak. hahakks,
takdelah sampai macam tu , well, bagus sebenarnya kita sibuk ,
tapi bukan semata-mata untuk duniawai akhirat jangan lupa .
Kita hanya hidup kat dunia ini for a moment time jer .
yang kekal dan abadi di sana nanti .
So sibuk dunia dan sibuk jugak kejar untuk akhirat . Baru betoi .


sepotong kalam dr Allah :
" maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan" ?
( ar- rahman )

so , of course say Alhamdulillah.
just becoz we can :)
tanda syukur pada Ilahi.



Lu pikir la sendiri .

jarang-jarang muncul sekali,kadang timbul kadang tenggelam , dah tenggelam tak timbul-timbul..haha.
aku lah tu . before wahi melalutentah apa-apa  . Salam dulu lah . Assalamualaikum ladies n gentleman . *gaya pilot nak talk masa dalam BELON . haha..

Malas ? Hujung-hujung sem cenggini lah rasa . kenapa lah malas , penat , lelah , tak larat doeh *donut nak habiskan satu sem .

Awal-awal mula dulu rajin bangat bukan main excited nak masuk kampus,dah masuk nak habis malas pulak.aissh.Tu lah manusia , tak lari dari sifat-sifat yang negatif .

Belajar . Tanggungjawab sekarang sebagai student  . kamo belajar lah . jangan main-main . MAIN ! Jangan main . MAIN ! . buat yang terbaik, tinggal bberapa minggu lagi nak final doe *angkat kening gaya ziana zain.

As seorang muslim , tanamkan dalam diri sifat-sifat positif . Muhasabah kejap . bila dah jatuh tersungkur baru nak sedar yang diri lena di buai mimpi. masa tu, kamu nangis keluar mutiara pink pom tak jadi dah . nasik dah jadi bubur. masa yang ada nim lah study smart , fokus dalam kelas . jangan nak ponteng saja tahunya . haha..

Motif kali ni ? tajuk bukan main kasaq kan . tapi fikir lah sendiri . kalau tak usaha,asyik berserah , redha jerrrr pd Allah tanpa usaha . Allah pom tak nak tolong orang yang malas . Tu redha sebab dah menyerah kalah awal-awal lagi .

fikirlah sendiri.

Man jada wajada .

Friday 20 September 2013

Keistimewaan Seorang Naqib/Naqibah

Bismillahirohmanirrahim..Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah .
Semoga di rahmati dengan perkongsian yang sedikit dr Vdah kat sini yea :) sebenarnya lama tak menulis tetibe hari nim rajin pulak . ok , dah stop merepek .. let's read untuk tahu keistimewaan naqib and naqibah

Actually naqib / naqibah ialah individu yg brperanan mengendalikan segala aktiviti ahli usrah di bawahnya . Mereka pemudah cara kpd ahli usrah untuk lebih memahami dengan lebih dekat Islam dalam erti kata lain sebenar denga jelas . Kita seharusnya berasa bersyukur kpd Allah sbb kita diamanahkan satu tanggungjawab yang mana untuk menyebarkan dakwah kepada saudara seagama dan sebaliknya.


5P , ? Sape tahu apa itu 5P yang tersenarai dalam keistimewaan naqib / naqibah ..
sila angkat kening macam ziana zain. huu.

P1- Pahala
Setiap apa yang kita lakukan ganjaran pahala yang kita perolehi dalam perkongsian ilmu kita dalam usrah, . Automatik akaun pahala kita akan bertambah. Alhamdulillah , malahan makin beruntung jika apa yang kita sampaikan diamalkan dan di sampaikan kepada org lain pulak. secara tidak langsung , tidak akan putus pahala kita akan dapat.

P2- Pemimpin
Sudah tentu dalam kumpulan usrah tu kita selaku peminpin , kita mendidik diri kita untuk berorganisasi dalam komuniti yang kecik , dan ianya maybe hanya permulaan untuk berjinak dengan jawatan , tidak sangka selepas ini akan menjadi pimpinan yang lebih tinggi dalam sebuah organisasi yang lain contoh presiden perwakilan pelajar, pengerusi kamsis , pengerusi kelab yang famous kat kampus. Ia mendidik kita menjadi lead dalam sesebuah pengurusan.

P3-Percakapan
Hah, bab nim Wahi suka sebabnya , kita dapat mengasahkan kemahiran percakapan dengan baik melalui interaksi bersama ahli usrah, mimik muka , loghat yang kta cakap mainkan peranan besar dalam sesebuah usrah. Setiap apa yang kita cakap disertakan dengan reaksi kita akan menarik minat mad'u utk lbh memahami .

P4-Pengurusan
Melatih juga kita bagaimana mahu menguruskan hal-hal kemanusiaan. Ini kerana selaku naqib/naqibah tidak dpat lari dr mengambil berat tentang soal jiwa, emosi, keluarga dan perasaan mad'u. Ini kerana kita tidak tahu adik-adik usrah kita macamna ragam nya, tingkah lakunya . Sudah tentu banyak ragam , kita selaku ketua perlu mainkan peranan dan kita akan melatih diri kita nak mengurus hal-hal sebegini.

P5-Perbaiki
Akhir sekali, berppeluang perbaiki diri sendiri yang masih banyak kekurangan, Naqib/ Naqibah yg baik akan berasa bimbang jka mereka tdk dapt lakukan apa yang diamanahkan kpd kita trhdp mad'u . Dengan sendiri kita akan perbaiki dan berhati-hati dalam kehiduan mereka . 

-VA-

Friday 30 August 2013

ROBOSAS Ungguli Cabaran Kreatif Terbuka FIRA KL 2013



Pasukan Robosas dari Politeknik Sultan Ahmad Shah menunjukkan pingat emas dan gangsa yang mereka menangi pada menyertai pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and Congress KL 2013 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 29 Ogos - Pasukan Robosas dari Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) Kuantan, Pahang muncul juara Cabaran Kreatif Terbuka dalam pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and Congress KL 2013 (Fira KL 2013).

Dalam pertandingan yang berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini hari ini, pasukan Robosas berjaya meraih pingat emas setelah mengatasi pasukan-pasukan dari pelbagai negara, hasil kerjasama erat ahli pasukan yang mempunyai kemahiran masing-masing.
Ketua Pasukan Robosas, Najmi Hafizi Zabawi berkata, beliau dan ahli pasukannya tidak menyangka dapat memenangi kategori itu yang pertama kali disertai mereka.
"Ini adalah kali pertama kami menyertai Fira. Kami merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang menyertai kategori Cabaran Kreatif Terbuka.
"Setiap anggota pasukan diberi tugasan mengikut kepakaran masing-masing. Antara tugasan tersebut ialah memerlukan ahli pasukan menjaga bahagian litar (circuit), badan robot (body) dan pengesan penglihatan (vision sensor)," katanya ketika ditemui dalam majlis penutupan dan penyampaian Hadiah Fira 2013 di PSA di sini hari ini.

Najmi Hafizi turut menyatakan rasa bangga atas kejayaan pasukannya kerana berjaya menundukkan dua pasukan dari Taiwan iaitu TKU dan MCU apabila masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga bagi kategori itu meskipun cabaran yang diberikan pasukan lawan adalah sengit.
Katanya, pasukannya juga berjaya memperoleh pingat gangsa dalam kategori vision dan check point, selain menganggap itu satu pencapaian terbaik untuk sebuah pasukan baharu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan, Datuk Nasir Mat Dam dalam ucapan penutupan berkata, pihak PSA boleh berbangga kerana menganjurkan suatu kejohanan bertaraf dunia di negara ini.
"Kejayaan PSA menganjurkan kejohanan Fira KL 2013 yang bertaraf antarabangsa ini akan menjadi titik permulaan kepada pertandingan yang setaraf dengannya pada masa depan.
"Pertandingan seumpama ini merupakan satu landasan yang terbaik bagi mewujudkan lebih banyak perkongsian idea, selain mengembangkan lagi bakat serta kreativiti masyarakat, khususnya generasi muda," katanya.

TAHNIAH di ucapkan kepada kawan-kawan polisas yang menyertai FIRA ni. Hebad kalian .
 MAN JADDA WA JADDA .

Friday 19 July 2013

Bulan 7, Bulan Puasa


Hey , Assalamualaikum . seriously rindu lama tak menjengah kat sini. busy sangat . tambah-tambah bulan 7 nim bulan puasa, so vdah tak banyak masa nak mengadap lappy, kadang-kadang terbiar jer baby purple vdah kat atas meja study. mf ye lappy sayang. hee :)

macamana puasa kalian? still ok kan. Tahan nafsu makan, hati , mata dan so on lah . Puasa kan . Wajib tau. rukun islam kan . Alhamdulillah , hari ni dah masuk hari ke 8 kita puasa kan. Sape dah ponteng ? sila angkat kaki sekarang. kih-kih.. takpelah kaum hawa , itu uzur syarie. Allah syg kita kan.

takde lah vdah nak cakap banyak entry kali ini, vdah just nak cakap. vdah rindu sangat nak blogwalking, baca belog shbat belog sekalian. mf. vdah tak sempat nak buat entry baru, sbb vdah tak terkejar dengan nak buat esemen, nak pegi terawih, nak masak berbuka kat masjid . Bulan ini lah kita nak kutip pahala dan bulan ini bulan yang penuh keberkatan kan . so  vdah sibukkan diri untuk kerja-kerja yang elok , takut juga diri ni lalai , buat- kerja-kerja yang tak berpaedah kan. Allahurabbi..

"salah satu tanda bahwa Allah mulai berpaling dari seseorang hamba ialah 
tatkala sibuk dalam hal-hal yang tak penting baginya."

sini saja lah vdah menulis. IM SORY .
assalamualaikum .
-VA-


Sunday 7 July 2013

#BrogaHills, Semenyih





#BrogaHills.

Excited giler dapat daki bukit sem nim bersama geng kembara , mencabar tapi tak mencabar sangat lagi kat Bukit Broga nim . Kami start mendaki pada jam 2.30 am , sampai tu terus siap-siap untuk mendaki , ..
Kami tiba di second puncak pada jam 3 lebih-lebih am. kejap jer daki . Pendakian yang santai jer sbb waktu tu masih sejuk dan fresh lagi so keletihan tu ada tapi sikit jer lah..

Kami solat subuh di kaki bukit jam 5.50 am, berbekal air botol amik air sembahyang . Alhamdulillah,kami melaksanakan kewajipan dengan baik walaupom di kaki bukit.



Bersama geng poli dari Politeknik Nilai :)
salam pendakian , salam perkenalan , salam 1 Malaysia *dah kenapa

Nim baru satu bukit . Next bukit Vdah update lagi sbb picture takde lagi , 
smua guna kamera member.so tunggu ye :)

Kami mendaki 2 bukit dalam 1 hari :)



Thursday 27 June 2013

Punya la Lama.

Makk aiiii, lama jugak rasanya tak menconteng di sini. Rasa-rasanya ade tak yang rindu nak singgah , atau komen ,atau baca belog Vdah nim. *hamboi perasan lah pulak..

Dalam seminggu nim macam-macam yang berlaku dan macam-macam dah yang Vdah lalui . Penat memang penat , suka duka . macam-macam lah . Vdah nak story la sikit masa minggu MTS untuk junior baru sesi jun 2013 , Fenimm wall lalat meayan kerenah ibubapa , student yang macam-macam ragam lah katakan. Yela mana tak nye, masing-masing nak perfect kan . Aduiii... kena marah, kena maki, kena kata . Kami dah lali..

Tapi kami just senyum, tak boleh melawan, nanti langgar etika. heee.. Kami pada hari tu berhari raya la konon-kon kan sebab kena senyum .. Senyum tak perlu kata apa-apa..Back to story, Minggu Tranformasi Siswa berjalan selama seminggu untuk junior baru, Tujuan MTS nim diadakan utk student baru kenal keadaan kat poli nim dengan lebih dekat.Alhamdulillah berjalan dengan jayanya . Ecceeceehh.. well, problem sikit-sikit tu biasa lah kan.


nie lah junior kami :)

            Adik-adik , kakak nak pesan duk kolej kediaman nim buat jughuh2 taw. naty kena denda . heee :)

last but not least, sampai sini saja . 


kucing a.k.a dedek 

-VA-

Sunday 16 June 2013

Amanah

Surah Al- An'fal ayat 27.
"Wahai orang-orang beriman , janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul, dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui"

Berbicara tentang amanah, sungguh berat dan tak mampu nak ungkap dengan kata-kata, Namun, itulah yang di amanahkan dan dipertanggungjawabkan kepadamu . Sungguh , ianya satu wadah yang boleh kita semua jadikan aset di akhirat kelak . Tapi , amanah yang dipertanggungjawabkan hendaklah di gigit dan di pikul dengan sebaik mungkin, bukan dengan tindak tanduk yang salah, perbuatan yang zalim , dan hanya ikut dan sekadar saja.

Memetik bicara Imam Al Ghazali dan anak muridnya .


– Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH”

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

Allahurabbi...

Firman Allah lagi.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”. Surah al-Baqarah:30

Amanah kita juga sebagai seorang hamba kepada Allah , mengabdikan diri kepada Nya. Bukan setakat amanah dari segi pangkat dan kedudukan . Kita ini kerdil, hina , tapi sikap ego menguasai diri menjadikan diri megah dan lupa siapa akan Yang Maha Pencipta.

Marilah kita , pegang ayat-ayat suci Al-Quran untuk kita terus rasa diri ini bertanggungjawab dalam setiap sudut sebagai hambanya . Perbaharui lah iman dengan mengucapkan dua kalimah syahadah , begitu juga amanah, bermuhasabah dan melihat sekeliling kita. Gunalah segala pancaidera yang dikurniakan untuk bermuhasabah dengan sebaiknya terutama akal.

“ Wahai manusia! Setiap sesuatu ada pemandunya, pemandu kepada manusia adalah akal. Orang paling bijak berdalil dan mengenali hujah ia adalah yang paling baik akalnya”.


-VA-




Happy Tua Day ke- 20



13 06 13 , Tarikh yang cukup bermakna pada diri , sebab Vdah dilahirkan pada tanggal 13 06 .
Happy Birthday Siti Wahidah , ucap kat diri sendiri . hee :) Terima kasih , Syukran jazilan kepada
famili,sahabat,kawan , teman yang tidak lupa untuk wish hari lahir Vdah .

Ucapan ucapan kalian amat bermakna pada diri ini sebab dengan ucapan itu
dapat mengingatkan diri ini yn semakin hari semakin meningkat usia ,
Namun apa usaha yang telah aku buat pada diri ,
tapi lebih utama pada agamaku Islam. Bertanyaku pada diri sendiri.

Sungguh kerdil diri, Masih bertapak ,
Menyusun hala tuju dan laju.
Tahun nim tak sempat nak celebrate kat umah sebab
kena datang awal kat kampus, tapi takpe sahabat-sahabat saya ade :)
Terima Kasih semua .

HAPPY BIRTHDAY VDAH AWATIF :)




Thursday 30 May 2013

Ketenangan


Alhamdulillah Ya Allah masih di beri kesempatan , detik demi detik , 
ruang dan peluang untuk menghirup udara segar di bumi Mu tanpa bayar sesen pom . 
Tanpa kau mengharap balasan dari hamba Mu ini.

Ketenangan yang selama ini aku cari 
telah ku temui
Begitu damai menusuk sanubari
Mengenal cinta dari mu Ilahi
Mengenal siapa Pencipta diri

Saat aku jauh dari Mu Ilahi
Ade teman menghampiri
Mencari identiti diri
Mengecapi nikmat Mu di dunia ini

Ya Rabb sungguh tenang hati .


Wednesday 29 May 2013

Makan Lagi.


Hai beauties semua. Lama rasanya tak update kat sini . So hari nim tak nak cakap banyak just nak share beberapa keping picture Vdah n sahabat sebelum balik negeri masing-masing untuk cuti dan membesarkan body kat rumah masing-masing. hee.


Kitorang spend time untuk kumpul ramai-ramai dan makan kat Jungle Restaurant.
Fuhhs. Alhamdulillah kenyang . Yang pink tu air bandung soda ice cream . sedoopp.


Makan nya biasa-biasa saja . Cuma kalau dah ramai tu best la kan . 
Kuew Teuw Goreng Jerr..

Tepek sikit gambar kat sini .


ok. See again . Muah .

Wednesday 15 May 2013

1st BIGGEST GIVEAWAY BY O.S.M



Wah2 , setelah sekian lama tak conteng kat sini. Tengok2 di tag oleh Cik Najah untuk join satu giveaway yang big dr O.S.M . Menarik nampak so cepat-cepat laj turut join . Rasanya dah ikut semua syarat yang di tetapkan . Best jugak kalau dapat satu dr hadiah tu . heee :)

Dah follow jugak :)

Harap ade rezeki :

Saya tag.leen , dayangdeno ,busyra , nur diyana

k baii :)

Wednesday 8 May 2013

Wordless Wednesday #2 Heyy

Saya dah tamat latihan industri :)


Tak percaya ek , Betul tak tipu . Dah abis .
Nak lagi jelas, sekarang saya tengah fenim wa lalat siapkan ini.
report akhir.

Tuesday 7 May 2013

Hold Pahang



Ok anak- anak , meh sini . dekat sikit. Mak nak bagitahu, hari ini Pahang cuti ,
so apa plan nak huat hari nim.*clap your hand

Hari ini boleh rehat panjang-panjang , siapkan report yang tertangguh , padahal besok dah nak hantar dan besok jugak la present. Rasa tension dh nim , argghh . tapi akan ku gagahi jugak mendaki bukit yang tinggi siapkan report ni.*takde kena mengena ngn bukit.

Tak nak cakap panjang , just nak say happy holiday dan buat student Sem 4 Budak civil , siapkan report kalian dengan jayakan. Bagi yang dah siap good job  :) Dka4b harap korang stay chills walaupom aku tahu sebenarnya korang dah tension tahap gaban kan2? 


Buat yang terbaik :) In shaa Allah .

Sunday 5 May 2013

Hangat + Debaran = Tak Sabar


Hai, Hallo, n See again peeps.
I know, masing-masing busy hari ini ,
Yela kan hari ini hari yang bermakna buat rakyat Malaysia kerana
Pilihan Raya Umum PRU 13.

Bangun awal pagi , siap-siap nak pergi mengundi .
Ye la kan .Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia,so kita kena laksanakan.
Ramai anak-anak muda yang bersemangat,buat kali pertama pergi mengundi .
Mungkin rasa la semangat orang yang baru boleh mengundi.
hehe :)

Debaran kian terasa,
keputusan rasmi tinggal hanya tinggal beberapa jam lagi akan di umumkan oleh Spr.
Pihak Spr menasihatkan supaya mana-mana pihak tidak menyatakan
dan mewarkan-warkan keputusan yang tak rasmi dan palsu. *ini spr yea pesan
Sebab ini akan menyebabkan berlakunya perselisihan dengan keputusan rasmi.
ok :) Take note.

Ok lah , today . I'm very tired so nak rest dulu .
Assaalamualaikum :)

Friday 3 May 2013

Last Day


Alhamdulillah , hari nim last day Vdah keje *oppss actually keje for praktikal just . heee. 
Bersyukur sangat dapat habiskan pratikal nim tanpa sebarang kesulitan juga big problems. Biasa lah time senang,senang.time susah,susah. Macam-macam lalui sepanjang pratikal nim . Hujan , panas , salji * ade ke? dah lalui .  Tapi itu lah kenangan dan pahit manis menjalani latihan industri nim.

Hampir 5 months jugak Vdah Li kat Syarikat Perunding Nusajasa ,Beruntung la jugak dapat Li kat sini, walhal keje tak banyak sangat yang dapat ,tapi Vdah cuba nak cari apa yang boleh Vdah belajar. Alhamdulillah ,Vdah dapat jugak turun site dan belajar apa yang patut dalam
bidang kejuruteraan awam dan juga bersesuaian dengan kos yang Vdah ambik.

Terima kasih banyak-banyak kepada Penyelia kat syarikat Perunding sebab sudi beri tunjuk ajar, juga yang utama kepada Bos Ir Dr Zahidy sebab ambik Vdah pratikal kat situ .
Thanks a lot semua for engginer kat syarikat tuu. 



Good bye semua. 
Terima kasih pendekar-pendekar yang Li sekali dengan Vdah.
Banyak membantu :)

Thursday 2 May 2013

Pilihan

sedapnye :)

 Aku juga seperti kamu. kamu yang di luar sana . Wahai kaum hawa , kita sama saja.
Aku punya hati , punya perasaan, pernah terluka,pernah juga dikecewa.Kadang kala gembira.
Tapi apa daya aku cuma wanita dan gadis biasa.

Tapi .

Kita di beri akal , di beri pilihan untuk menilai mana baik dan mana yang buruk.
Dapat bezakan yang mana kaca, yang mana permata . Aku tak inginkan kehidupan yang pernah aku jatuh dulu berulang , sebab itu aku bangkit demi diri, keluarga, cita-cita, demi maruah juga Islam.

Aku ingin kan perubahan,
Aku inginkan kedamaian,
Aku inginkan ketenangan,
Mengenal Islam sedalam-dalam.

Bukan hanya pada Ic Islam, tapi lahiriah dan rohaniah aku di isi dengan ilmu-ilmu Islam.
Boleh dididik , di asuh, di ajar untuk menjadi lebih baik. Ianya bermula dari niat, hati yang ikhlas menuju cinta Ilahi.


Wahai orang - orang yang beriman ! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan , dan janganlah kamu ikuti langkah - langkah setan . Sungguh , ia musuh yang nyata bagimu .

2:208


Assalamualaikum

Tuesday 30 April 2013

Movie Time.



Bagi kawan-kawan yang rasa kebosanan dan mencari movie ape yang nak tengok sekarang so apa kata Vdah suggest kan kat korang tengok cetey-cetey nim .


Tajuk : 2 Kalimah
Tarikh Tayangan : 04 Apr 2013
Genre : Romantik, Islamic
Pelakon : Shaheizy Sam, Nora Danish, Yana Samsudin
Pengarah : Eyra Rahman



Tajuk : Langgar
Tarikh Tayangan : 11 April 2013
Pelakon : Adyputra, Namron, Bell Ngasri, Hans Isaac
Genre : Aksi
Pengarah : Sein Ruffedge






 Langgar Tajuk : Cerita Kita
Tarikh Tayangan :  07 Mac 2013
Pelakon : Yana Samsudin, Pekin, Fezrul
Genre : Cinta, Drama
Pengarah : Pierre Andre


Tajuk : Bikers Kental
Tarikh Tayangan : - TIADA -
Pelakon : Zizan Raja Lawak, Awie, Harun Salim Bachik
Pengarah : Helmi Yusof


Tajuk : Gangster Celop
Tarikh Tayangan : 21 Feb 2013
Pelakon : Syamsul Yusof, Hanis Zalikha,Kamal Adli, 
Azad Jasmin, Yus Jambu
Genre : Filem Cereka
Pengarah : Ahmad Idham



Tajuk : Kerat 14
Tarikh Tayangan : 14 Feb 2013
Pelakon :  Aaron Aziz, Siti Saleha, Fouziah Ghous
Genre : Aksi, Jenayah, Cinta
Pengarah : Arjin Uppal

Ok, last sekali Vdah nak korang tengok movie nim . Vdah nak tengok sangat .


Iron Man 3 .


Selamat Menonton :)