Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Friday, 30 August 2013

ROBOSAS Ungguli Cabaran Kreatif Terbuka FIRA KL 2013



Pasukan Robosas dari Politeknik Sultan Ahmad Shah menunjukkan pingat emas dan gangsa yang mereka menangi pada menyertai pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and Congress KL 2013 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 29 Ogos - Pasukan Robosas dari Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) Kuantan, Pahang muncul juara Cabaran Kreatif Terbuka dalam pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and Congress KL 2013 (Fira KL 2013).

Dalam pertandingan yang berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini hari ini, pasukan Robosas berjaya meraih pingat emas setelah mengatasi pasukan-pasukan dari pelbagai negara, hasil kerjasama erat ahli pasukan yang mempunyai kemahiran masing-masing.
Ketua Pasukan Robosas, Najmi Hafizi Zabawi berkata, beliau dan ahli pasukannya tidak menyangka dapat memenangi kategori itu yang pertama kali disertai mereka.
"Ini adalah kali pertama kami menyertai Fira. Kami merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang menyertai kategori Cabaran Kreatif Terbuka.
"Setiap anggota pasukan diberi tugasan mengikut kepakaran masing-masing. Antara tugasan tersebut ialah memerlukan ahli pasukan menjaga bahagian litar (circuit), badan robot (body) dan pengesan penglihatan (vision sensor)," katanya ketika ditemui dalam majlis penutupan dan penyampaian Hadiah Fira 2013 di PSA di sini hari ini.

Najmi Hafizi turut menyatakan rasa bangga atas kejayaan pasukannya kerana berjaya menundukkan dua pasukan dari Taiwan iaitu TKU dan MCU apabila masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga bagi kategori itu meskipun cabaran yang diberikan pasukan lawan adalah sengit.
Katanya, pasukannya juga berjaya memperoleh pingat gangsa dalam kategori vision dan check point, selain menganggap itu satu pencapaian terbaik untuk sebuah pasukan baharu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan, Datuk Nasir Mat Dam dalam ucapan penutupan berkata, pihak PSA boleh berbangga kerana menganjurkan suatu kejohanan bertaraf dunia di negara ini.
"Kejayaan PSA menganjurkan kejohanan Fira KL 2013 yang bertaraf antarabangsa ini akan menjadi titik permulaan kepada pertandingan yang setaraf dengannya pada masa depan.
"Pertandingan seumpama ini merupakan satu landasan yang terbaik bagi mewujudkan lebih banyak perkongsian idea, selain mengembangkan lagi bakat serta kreativiti masyarakat, khususnya generasi muda," katanya.

TAHNIAH di ucapkan kepada kawan-kawan polisas yang menyertai FIRA ni. Hebad kalian .
 MAN JADDA WA JADDA .

1 Comment:

Amyma Omar said...

hai,saya follow sini n jemput awk join GA ni http://nooramyma.blogspot.com/2013/09/special-giveaway-2013-by-misz-nadea.html