Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Saturday 28 January 2012

Terlalu jujur ke aku?

Terlalu jujur ke aku kalau aku berterus terang,??..tapi ni melibatkan hati dan perasaan..kita nak jaga hati orang lain tp siapa nak jaga hati kita...?? biarlah ia tersimpan,.xmampu aku nak luahkan nya.kalau ia boleh melukakan hati orang lain....*Aku sayangkan nya bukan kerna rupa parasnya tapi akhlak dan agamanya Ya Rabb..bantulah aku..Sesungguhnya cintaku padanya hanya keranaMu...pertemukan kami jika namanya tercatat untukku di Alam Mahfuz Mu,Ya Allah...Ampunilah hamba MU yang lemah ini,.Bantulah dan bimbinglah aku Ya Rabb...PadaMu aku mengadu,padaMu jua meminta....Amin3x Ya Rabbal alamin
                                                                             
                                                                          Kisah hati<3

Friday 13 January 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAAD S.A..W

~Khutbah ini di sampaikan pada 9hb Zulhijjah,Tahun 10Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.~

   Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepda orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

   Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci,maka anggap lah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Jangan lah kamu sakiti sesiapa pom agar orang lain tidak menyakiti kamu.Ingatlah bahawa sesungguhnya,kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

  Berwaspada terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga2 lah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara2 kecik.

 Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ats isteri kamu,mereka juga mempunyai hak di ats kamu.Sekiranya mereka memyempurnakan hak mereka ke ats kamu,maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan org yang kamu tidak sukai ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina.

  Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata2ku ini,sembahlah Allah,dirikan lah sembahyang lima kali sehari,berpuasa lah di bulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pom yang lebih mulia dari lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh..

  Ingatlah bahawa,kamu akan mengadap Allah pada suatu hari nanti untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

  Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.

 Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus lebih mendengar dariku.Saksikan YA ALLAH,bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada Hamba-hambaMU..

WA'ALLHUALAM......

<#thanks sebab sudi baca,jangan lupa yee,sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain
...Sampaikan lah walaupom sepotong ayat...<#

Sunday 8 January 2012

~WE ARE SPECIAL~

 Setiap daripada kita di lahirkan daripada rahim ibu.Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri,jgn lupa bahawa suatu ketika dahulukita pernah disambut penuh dgn tawa,girang gembira oleh ibu ayah.Biarpun satu dunia membenci,ingat lah kita tetap istimewa.Oleh sebab itulah ALLAH masih membenarkan hidup bernyawa.Jika ada satu perkara yang disedari supaya kita tidak merasa lemah,itulah dia "WE ARE SPECIAL"...

 Kita punya akal,Jika tidak,mustahil kita dapat membaca artikel blog kali ini...Akaladalah anugerah ALLAH yang tidak terhingga.Ia membezakan antara manusia dan haiwan,juga tumbuh-tumbuhan.Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat ALLAH.Seseorang itu tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya.Seolah-olah penghormatan ALLAH itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.

   "Aku bodoh,mereka pandai..aku lemah tak punya apa-apa,mereka hebat"


 Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan tidak  bersyukur kepada ALLAH.Maka menyedari lah bahawa we are special adalah jalan menuju syukur.

  Firman ALLAH: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)( At-Tiin:4)

 Keangkuhan kita,keengganan kita untuk menghargai ciptaan ALLAH iaitu diri sendiri boleh mengundang murka ALLAH dan menjatuhkan martabat kita di sisi-NYA.

 Firman ALLAH: Kemudian(jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu),Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah(At-Tiin:5)

 Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa,kita akan lebih bersyukur.Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada ALLAH.Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah.Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia.Bahkan,itulah yang dikehendaki ALLAH.

 Firman ALLAH: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam),dan janganlah kamu berdukacita ( terhadap apa yang menimpa kamu), padahak kamu lah orang2 yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang2 yang (sungguh_sungguh) beriman.(Ali-Imran:139)

Kesimpulanya,ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa " WE ARE SPECIAL"

                                                                            By_Vdah Awatif<3