Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Sunday 8 December 2013

Pray For Kuantan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Masih teruk keadaan di Bumi Kuantan , mungkin sahaja gelombang kedua menjengah hamparan bumi kuantan . Allahurabi . Banjir yang melanda adalah ujian atau mungkin juga petunjuk dari Allah.
Dan difirmankan ," Wahai Bumi ! Telanlah airmu dan wahai langit (hujan) , berhentilah. Dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas Bukit Judi dan dikatakan ,"Binasalah orang yang zalim ." - Surah Hud Ayat 44 - 
Salah satu potongan ayat dari Allah mengingatkan kita apa-apa yang berlaku atas kehendakNya . Kun Fa Ya Kun . Setiap yang berlaku Allah mengetahui  hikmah disebaliknya . Ujian Allah terhadap umatnya tak akan putus untuk menguji kekentalan iman hambaNya . Makin tinggi iman seseorang makin kuat ujian yang akan di hadapi olehnya .

Alhamdulillah , sumbangan dan bantuan datang dari setiap badan , NGO , IPTA membantu mangsa banjir . Tidak kira dari segi pakaian , makanan , ,fizikal dan mental untuk membantu mereka . Sedikit sebanyak dapat memberi keperluan contoh selimut , pampers buat si kecil , ia membantu mereka walaupom tidaklah cukup lengkap .

Dua , tiga hari ni air di kawasan-kawasan yang tertentu dah makin surut dan ada yang masing-masing mangsa yang mengalami banjir dah pulang membersihkan rumah . Student poli ada yang turut membantu , bersihkan rumah , pinggan mangkuk , buang perabot-perabot yang bengkak sebab minum air . ouhh ,

Titipkan doa buat kami semua di sini yea . Juga tak lupa pada semua umat Islam yang lain .

-VA-

Monday 2 December 2013

Bulan December

Hujung bulan mengorak langkah
Bercambah episod baru dalam bulan akhir
Bulan bah , bulan yang sejuk
Titisan dari langit membasahi bumi , Musim Tengkujuh
Pelangi semalam pastikah akan muncul
Mengikut arus atau melawan arus

Bulan December , bulan akhir . Pernah tak tanya pada diri, bulan-bulan yang sebelum nya berlalu , apa dah sumbangan kita pada diri kita, keluarga kita, tapi yang penting pada agama kita iaitu Islam .Sila tanya sekarang . Adakah sikit , adakah banyak , adakah memberi untung untuk isinya ( orang sekeliling ) ataupom sebaliknya .

Untuk saat-saat akhir inilah , tanya diri kita , azam yang pada awal tahun yang di lafaz, di coret, di pendam dah tercapai ataupom tidak sebelum bulan hadapan kita membina lagi satu azam baru .

Tanya diri kita . Happy life , Apa-apa yang kita lakukan atas Bumi Allah ini semuanya berbaliklah pada Maha Pencipta . Kerana Allah Taala .

-VA-