Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Tuesday 30 April 2013

Movie Time.



Bagi kawan-kawan yang rasa kebosanan dan mencari movie ape yang nak tengok sekarang so apa kata Vdah suggest kan kat korang tengok cetey-cetey nim .


Tajuk : 2 Kalimah
Tarikh Tayangan : 04 Apr 2013
Genre : Romantik, Islamic
Pelakon : Shaheizy Sam, Nora Danish, Yana Samsudin
Pengarah : Eyra Rahman



Tajuk : Langgar
Tarikh Tayangan : 11 April 2013
Pelakon : Adyputra, Namron, Bell Ngasri, Hans Isaac
Genre : Aksi
Pengarah : Sein Ruffedge






 Langgar Tajuk : Cerita Kita
Tarikh Tayangan :  07 Mac 2013
Pelakon : Yana Samsudin, Pekin, Fezrul
Genre : Cinta, Drama
Pengarah : Pierre Andre


Tajuk : Bikers Kental
Tarikh Tayangan : - TIADA -
Pelakon : Zizan Raja Lawak, Awie, Harun Salim Bachik
Pengarah : Helmi Yusof


Tajuk : Gangster Celop
Tarikh Tayangan : 21 Feb 2013
Pelakon : Syamsul Yusof, Hanis Zalikha,Kamal Adli, 
Azad Jasmin, Yus Jambu
Genre : Filem Cereka
Pengarah : Ahmad Idham



Tajuk : Kerat 14
Tarikh Tayangan : 14 Feb 2013
Pelakon :  Aaron Aziz, Siti Saleha, Fouziah Ghous
Genre : Aksi, Jenayah, Cinta
Pengarah : Arjin Uppal

Ok, last sekali Vdah nak korang tengok movie nim . Vdah nak tengok sangat .


Iron Man 3 .


Selamat Menonton :)

Wednesday 24 April 2013

Ingat, Ingat .. Lupa.



Pernah tak terjadi kat korang semua.. Ingat, ingat, lupa..Contoh la kan . 

1-Korang ade  something yang korang nak cakap n then bila ade potong uolls cakap , korang pom jadi lupa then terus loadingg lama . pastu die mcm ingt apa nak cakap tapi ayat die dh jadi tunggang langgang dah bila nak out kan kata2 tu balik..

2- Bila dah menghafal , korang punya la hafal, hafal apa yang korang baca tu , pastu , korang tinggal lah beberapa hari tak continue ar , contoh lah ayat quran yang korang dah hafal , banyak da hafal .. tiba-tiba lose sbb tinggal lma kan . ulang-ulang, macam betul baca tapi salah rupanya . Jadi termasuk ayat lain pulak di baca.. Pernah tak ..Dia jd ingat,ingat ,lupa . Lupa lah tu ..*toing-toing

3-  Situasi ketiga , Bila uolss g kedai , lupa nak bawak list . Then uolss ambik jer barang yang korang rase korang ingat la kat list yang korang tulis tu , Tiba-tiba , mcm ada lagi jer benda yang tak cukup,
 Tinggg( korang fikir la ) ,emmh ade lagi yang tertinggal nim . Pahtu korang ambik jer yang korang rasa mcm betul jer yang korang tulis dlm list tu, die mcm dekat-dekat la brg yang korang nak beli tu , rupanya salah doee..Ikut ambik jer barang tu sbbnye ingat-ingat ,lupa...



Pernah tak situasi camgini terjadi kat korang . Mesti pernah kan . Biasalah tu lupa sikit-sikit. Vdah pompernah tapi kalau lupa dah tahap teruk nak gaban baik pi jumpa doktor pakar kesihatan..

Ok . Assalamualaikum.


Wordless Wednesday : Senyum


Saya seorang yang suka senyum walaupom saya tak kenal orang itu .

sebab senyum itu kan sedekah.
sebab senyum itu permulaan perkenalan.
sebab senyum itu akan wujudkan kemesraan.
sebab senyum itu akan jalinkan ukhuwah.
sebab senyum itu pemanis wajah.
cukup lah ye (:

When i smile , secara tak langsung Vdah akan buat orang senyum kat saya. Manis kan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

Sekilas pandangan dengan muka yang manis , wujudnya dari hati yang ikhlas . Senyuman kita penuh kejujuran juga keikhlasan . Bukan senyum yang di buat-buat .
Tapi adakala kita senyum tapi senyum kita tak di balas. Pernah tak ? Apa kita rasa ? 
Honestly,bila vdah senyum , tp orang tak balas mesti akan rasa secubit pelik dan rasa nak marah.Tapi kita jangan letak benda itu masalah besar.Vdah cuba bersangka baik, maybe orang itu ada masalah lain ataupom dia memang susah nak senyum. Kan (:



Bila seseorang itu mengalami satu tekanan jiwa contoh sedih, marah, kecewa . Senyuman akan sukar di cipta dan di ukir dari bibir seseorang itu. Kalau ada pom hanyalah senyuman yang tawar dan kurang indah .




Senyum tak perlu kata apa-apa.

Lot's of Love.
Vdah Awatif ,


Saturday 20 April 2013

Segmen Pencarian Bloglist Bulan May Cik Yan




 Hello, Ape khabar semua .Today, vdah join satu segmen yang Cik Yan buat and vdah nak ajak korang-korang join sekali . Ok tak .? Senang jer just uolss tekan kat banner tu . (: I'm sory Cik Yan sebab lambat sikit join , but it's ok asalkan dapat jugak join. Support Yan for this segmen. So kepada blogger2 kat luaq sana , apa kata join vdah . Mana tahu kot-kot jadi bloglist Cik Yan kite nim . Ok, sampai sini dulu. Assalamualaikum (:

Saya ajak ^dia^

Friday 19 April 2013

Mujahadah itu Pahit Kerana ..


Syurga Allah itu Manis ...

Melawan nafsu adalah cukup susah , perlukan tarbiyyah yang cukup kental.Tapi tanpa penat dan lelah untuk mencapai redha nya , tiadalah pengorbanan yang di lakukan ..

Kenapa bila nak jadi baik susah sangat? Ada saja ujian , halangan yang datang menimpa diri , berdebushh, jatuh tersungkur, terus lemah longlai . Ada saja yang menghasut , .

Bila diri lemah , Ingat lah Allah .
Bila diri senang , Berbalik lah pada Allah .
Allah adalah pergantungan kita yang paling tinggi .
Sungguh Allah itu Maha Mendengar, juga Maha Mengetahui .
Allah lah Segala-galanya.

Itu lumrahlah lah kan , bila nak buat baik , seolah-olah ada satu kuasa magnet yang menghalang iaitu syaitan dan juga hawa nafsu . Kita yang kena kawal diri kita untuk jadi baik dan lebih baik . 

Tarbiyyah bermula dari diri kita untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah , baca Quran , dengar tazkirah, solat berjemaah . Walaupom macam ujian yang datang , sakit, kawan ajak g shopping, adik ganggu  banyak lagi.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"
(Al-Baqarah 2:153).

Memang , sometimes Vdah pom rasa macam malas nak baca Quran , nak buat perkara yang datang faedah, padahal tahu dapat pahala, tapi why!why! I'm lazy . No, no. So Vdah kena bangkit , kena kuat . Tepis segala kemalasan dan hasutan . Aiyaaa.. :)

Hidup kita kejap saja, Bila lagi kita nak berkorban seluruh kudrat yang ada untuk berbakti pada diri sendiri,Sabar lah , lakukan setiap gerak kerja kita dengan Ikhlas . For Mardhatillah .. Allahuakbar.

sabar.sabar. sabar Ya Akhi wa Ukhti . In shaa Allah kita mampu melakukan kerna kita tahu balasan Allah kelak lebih indah. Keep Istiqamah dear .

 Ianya bagai satu pendakian yang tinggi merentas jalan yang luas untuk menggapai cinta yang abadi juga hakiki dan merasa manisnya iman.




Lot's of Love,
Vdah Awatif.

Tuesday 16 April 2013

Jika Belum Tiba Waktunya .


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Ameen.



credit by : iluvislam

Friday 12 April 2013

Nak Tahu . Vlogger ?

Salam for all beauties kakak and handsome boy , muslimin dan muslimat. Salam jumaat. Happy day, hari jumaat tiba lagi .. Raya lambat lagi , puasa tak lagi . well , coming soon , get's ready ok ..
*mengarut da nim , (:

Listen ! Listen ! Listen ! Let's me speak . You hear ...ok  (:

Sekarang kan . .. Vdah rasa macam ade mood nak update belog yang tercomel, dan manis-manis nim *perasan sikit ye (jgn marah).  Vdah nak tell kat korang sume yang sekarang nim vdah giler vlog , *ape kesah..
Uiss diam . Listen ! .  Vdah merayau-rayau kat you tube di sebabkan tak ada kerja kat ofis nim so , I jalan-jalan la kat you tube for watching vlog yang hebat-hebat.




Tahu tak ape itu vlog ?

Vlog ialah singkatan for video blog . yang di update from blog but use video *yke  Alaaa , yang duduk depan camera , lepas tu cakap sorang-sorang tu.*senang cite . Banyak benefits yang kita boleh dapat from vlog yang dibuat ,contoh vlogger yang hebat yang vdah tahu yang selalu tengok video-video kat you tube  MatLuhfi , Maria Elena , Langit Ilahi , ..dan banyak lagi ..

Ok , Vdah baru tahu ramai yang hebat dalam bidang vlogger yang berlegar-legar kat you tube , Vdah baru tahu hari nim .hee Iaitu , Anwarhadi , Shahrincool , Aiman Azlan , Polkodot Doughnout , Mentol pecah , Amanwan..allaaa, banyak lagi lah . Tak taip lah sorang-sorang . *search je la google tu ek ...

Vlog nim memang vdah tak nafikan lah , mmg ia mendapat tempat di hati peminat-peminat dunia It dan juga masyarakat , student sekolah , budak U pom minat weyy . Betol tak , sebab apa , sbb pembawakan yang diorang bawak cukup ohsem la , dengan lawak , mimik muka , idea yang bernas dan mampu menarik beribu-ribu yang like video diorang .

Nak buat video nim bukan sekejap tau , bukan makan nasi ayam , bukan macam kita tulis artikel yang panjang lebar *contoh mcm nim  ..hee .. So , diorg nim hebat la bg vdah .
Melalui cara ini lah dapat seseorang menyampai berita-berita terkini , tak kira bentuk yang macamne, Ianya sangat kreatif dan mampu menarik ramai people nak menonton video-bideo diorang yang terbaik (Y),

Matluhfi

Anwar hadi


Maria Elena


Inilah wajah-wajah vlogger yang hebat tu..
Harap boleh share anything yang menarik dalam dunia blog . 
Sokong lah mereka kerana kita akan dapat input-input from video-video diorg ..Good joob .
Tak sabar nak watching video-video.

Lot's of Love ,
Vdah Awatif ,

Wednesday 10 April 2013

Sampai bile ..

Bukan tak nak hapdate tapi masa nak mengadap bendalah acer nim kurang cikit , Ade la jugak malas sikit-sikit tuu . Sibuk dengan kerja @$#^8* (yang tahu diam ek) lagi , report pratikal tak siap lagi . Well , sedaya mampu vdah akan cuba lakukan *muka penuh semangat cecehh..

Sampai bile ...



Nak tunggu bulan jatuh ke bumi , 
Nak tunggu ribut taufan melanda diri , 
Nak tunggu kambing tepi rumah beranak 40 kali , 
Nak tunggu apa lagi ,
Nak tunggu bila lagi ,

Ala lek la beb , seru tak sampai lagi , enjoy tak puas lagi , baju fesyen terkini tak ikut lagi , ...
Ape yang kecoh sangat nim beb ..
Alasan demi alasan yang di lontarkan , sampai bile kita nak di tampuk yang sama , perubahan sikit pom tak ada , Cuba kita pandang sekeliling kita , lihat akan diri kita , apa yang kurang ...
Cantik kah kita , di mana cacatnya kita , 

Ada dua telinga untuk mendengar
Ada dua mata untuk melihat
Ada dua tangan untuk menyentuh
Ada dua kaki untuk bergerak ke sana ke mari ..

Tidak bersyukur kah kita . 



Cuba celik , buka mata , buka mata . Sampai bile kita nak mundurkan diri , Sedang detik demi detik berlalu , hari demi hari berganti , minggu demi minggu , bulan demi bulan berlalu pergi ...

Berubah tak perlu tunggu, kata nya Seru Allah tak sampai lagi,kalau dalam hati tiada sekelumit rasa malu  pada Allah , tak yakin yang diri kita nak berubah jadi lebih baik .Ianya bermula dalam diri kita,Allah jadikan kita elok rupa paras,apa kata kita elokkan lagi dengan akhlak dan cara hidup yang baik,yang elok berlandaskan Islam.

Pakai cara Islam ,
bergaul cara Islam ,
berakhlak cara Islam . 

Islam itu mudah , tidak susah jika kita punya Ilmu tentang Islam ..

Dari Abu Hurairah r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya agama itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agama melainkan ia akan dikalahkan. Oleh kerana itu kerjakanlah dalam kadar semestinya, atau mendekati dengan kadar semestinya dan bergembiralah (dengan pahala Allah) dan mohonlah pertolongan di waktu pagi, petang dan sebahagaian malam” (HR Bukhari no.39)


Yes . So why u wait .

Lot's of Love ,
Vdah Awatif .