Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Sunday 23 December 2012

Lesen

                              Assalamualaikum .

Hai guys semua . How are you today ? Sakit , gembira , kecewa  atau duka ? Hope u guys semua dalam keadaan ok2 yea semua .
Haa entry kali nim i nak cakap pasal lesen , Lesen , do you know lesen .? Apa yang ade lam kepala korang sekarang pasal lesen . Kat lesen tu ade huruf L dan P . kan? mesti ada gambar korang yang senyum ,
klik . ( gambar pastpost ) kan2 .

Lesen bagi korang sekarang keperluan or kemestian ( ke sama ek )  ke tak? Ok , bagi i la , satu keperluan sebab mudah untuk kita drive kete , ( ni bukan lesen lorry or bas tau ) .

Nak di ceritakan la , i amik lesen mase last form 5 , muda lagi kot da dapat lesen . tapi i sambung lesen P mase masuk poli dah . But , i nim seorang yang penakut untuk drive sbb tak ada keyakinan diri dan tak mahu mencuba , ( sampai bila mahu pandai kan ) .

Then , lps dapat lesen , lama jugak la i tak drive sbb msk kampus untuk smbung bljr sem baru .
Tapi mase kat poli i cuba2 curik drive kete . Kete lecturer  , Tapi fail . sbb tak pndai nek bukit .
Cuti2 sem i cuba jugak la drive kat rumah , pusing2 kampung je . Masih takut lagi nak ke bandar sbb parents br beli kereta so i cuba la drive wlpom slow2 . Ok la pada tak boleh bwk lgsung kan ,.

Now i dah boleh drive taw , Hari tu i drive lebih dr 100 km . Mcm tak percaya . Sbb masih tkut2 untuk drive time nim . tapi sy yakin ,. i must drive . Sem 3 , i dengan kwn2 sempat la sewa kita pegi enjoy ( time kat poli je ) .

Ok , bagi yang dah ada lesen gunalah sebaik yang mungkin , jangan pulak nak pegi race pulak . N yakin pada diri yang anda hebad dan mampu drive . Da ada lesen senang la nak g jalan2 , tak payah mengharapkan orang sepenuhnya .

  

You must confident ok !
Chaw dulu auw ..   Assalamualaikum ,                        
                                     
                                                       Lot's of love 
                                                            Vdah Awatif 






Friday 21 December 2012

Rindu Tanpa Kata

  Sahabat : caca , nora , cik  n me :)

Hai uolls sume , Apa khbar ye ? sehat aja harap nye ( tone indon auw bacanya ) hee . Entry yang xada ayat da nak tulis  or ctey sbb otak seolah-olah beku mcm br je kuar dr peti sejuk . Tak ada ayat nak aku lontar kan kat sini . Wells , sebenarnya aku rindu kan sahabat-2 kat kampus , Apa la korang buat skg kan , g kelas la , ape lg kan . 

Aku yang baru start Li mcm ape entah . Bosan yang amat , keje tak ada . Bila la agaknya dapat turun site mcm member2 lain. Sabar je la menanti di panggil .Beb , aku rindu kat korang yang sgt . tapi ego punya pasal aku tak mesej or guna kata2 manis untuk aku kata dan bagitahu korang yang aku rindu korang.

3 Sem kot bersama , tak renggang , tak putus bertali arus ( ce mcm lirik lagu pulak) . Pi usrah sama2 , makan sama2, borak + mengumpat ( opss mengata) hee , sama2 . Tido berasingan bilik ,( sbb kamsis lain) Korang tak rindu ke nak buat sume tu sama2 lagi . Mesty rindu jugak kan . Kalau kita rindu kat someone , what we can do ? sit down n cool mcm tak ade perasaan ke ek ?  ke buat muka comel ( xpayah prsan sgt lah ) . Kalau rindu plan stu event yang dapat korang jumpe , take time to enjoy .

Beb , aku akan cancel tarikh 1.1.2013 . to hang out wif korang . Sbb aku rindu gler kat korang . Aku lepas kan hajat aku untuk ke KL  sbb aku fk takpelah bukan rezeki aku untuk g sane . Wlpom ilmu aku kat sne terlepas tapi aku harap leh share ilmu ,input2 yang bernas dan konkrit nagn korang nanty . 

Will wait for that happen . Coming Soon :) 
p/s : Sory gmbar yg lain takde . Next entry ek .

                                                                                                   Lots of love ,
                                                                               Sahabat mu . Wahi .Muah ( kissing from me to uolls )

Tuesday 18 December 2012

First Day Latihan Industri :)

 hah , nim  la tempat aku li . 

Assalamualaikum  cinta . readers sume . Sehat ke ?  17 Dis 2012 , bermulanya praktikal , bukan main semangat datang awl . kol 7.50 am , aku dah terlompong depan pintu . hemm , tak de sorang lagi pom datang . Emm , tunggu la aku sampai kol 9. lebih . upenya office nim kol 9 baru masuk. . hah. time aku menunggu tu . datang la 2 orang mamat nim , parking moto sebelah aku . Aiks , ku pernah lihat ini mamat , tapi di mana ye . rupenya2 budak poli jugak , kelas dka3a . yea , ade kawan tapi laki .takpe lah asal senang bekerja dengan diorang . 

Masuk office , kami kena tggu dulu sbb admin tak sampai lagi. pekerja2 masuk n punch kad . aku pom pk , msty nty aku pom masuk nty pom kena punch kad. Beberapa minit kemudian , kami di layan . sorang kakak nim suh isi kad punch . Name dan Nom ic , tu je . Naty balik kena punch taw( kakak tu ckp).

Then , kami pom di kenalkan dengan pekerja2 kat sini . Muda lagi da jd engineer . ( bijak2) , 8 orang pekerja kat sini . pompuan just 2 orang . lepas tu , kami pom duduk la kat kerusi . Duk saje2 , aku duk mesej . bukan main boring gler duk saje2 , laptop tak bwk . hp xleh msk wifi. Sengal betul lah . emmh . Aku mengantuk gler .Sempat lena la kejap smbil dengar lagu . Diorang kat sebelah aku nim entah la buat ape, bbm , msg kot . 

Aku msg kwn2 yang Li sme tapi tempat lain lah . ape la diorang buat , Upenye2 same je . Hari pertama yang  boring sangat . Tak sabar nak hadapi hari2 yang akan datang . 5 bulan kot . :)

naty continued .. :) chaw dlu .  K Byei 

Saturday 24 November 2012

Cccuti Semester 3.

Assalamualaikum buat pembaca , cinta hati Ana . . harap kalian sehat-2 saja yea ,
Besyukur ke hadrat Ilahi
Alhamdulillah, .

Entry vdah kali ini , cuti semester tiga vdah dah bermula , paper last finish pagi tadi ,subjek highway engineering ,ouh susah la jgk  :D , tapi vdah rasa ok la , Alhamduillah dpt jwb , sbb vdah dah study smart da .
Exam sem 3 , sume nye 5 paper , kejap je mase berlalu , tup tap-2 dah seminggu , Tiket balik kelantan dah  beli . Tak sabar rasanya nak balik kelantan, nak makan puas2 masakan bonda tersayang kaat rumah , Rindu sgt kat Mabu yang cute sgt , heee..Nak keluar ngn kawan2 , rindu kalian .

Cuti 2 minggu , vdah nak isi dengan perkara2 yang berfaedah semoga ianya menjadi satu memory yang indah Sekarang masih kat kuantan , vdah menghabiskan masa dengan sahabat2 tercinta .Sem depan Insya Allah sem 4 . iaitu budak poli yang amik kos kejurueraan awam menjalani latihan industri , Tak sabar rasenye ,merasai bagaimana rasanya alam pekerjaan . Mesty seronak , duk umah sewa ,masak2 , pegi kerja . bole bayangkan kan ==) .ouhh sweet sgt bila bersama sahabat tersayang . .


Rasa kejap jew masa berlalu , hampir tiga sem bersama sahabat yang banyak kenangan indah .. Tenang dan Damai bila bersama kalian..

Thursday 15 November 2012

Bulan Islam 1434 H.

Assalamulaikum wbt.Apa khbar iman kalian,bertambah kah atau berkurang.?
Alhamdulillah masih di beri nikmat Islam dan Iman.Menikmati udara segar tanpa di kira dan di hitung jumlah bayaran,bil yang perlu di lunaskan.Bersyukur kepada Sang Pencipta.
Tahun baru Islam muncul lagi.Lama tidak ku  isi dengan ilmu di ruangan Bingkisan Kenangan ini.
Semoga setiap amalan yang kita lakukan di terima oleh Allah dan pahala di lipat gandakan oleh Nya.Amin.
Bagi yang baru mengorak langkah,mengatur tapak untuk ke arah kebaikan,kejarlah impian kalian untuk berubah hingga di genggaman.Bermujahadah lah,Istiqamah dalam setiap perbuatan untuk mendapat Keredhaan Allah.
Di sini Ana ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434 buat semua umat Islam.
Bila tiba Awal Muharram,ramai yang nak tahu apa kelebihan,amalan sunat yang kita boleh lakukan untuk menggandakan pahala dan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Puasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali 
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) serta fadhilatnya:
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Bersabar/Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
10. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
11.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
12. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya : 
  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram.

SELAMAT BERAMAL :)





Monday 22 October 2012

Bila Citey KOrea Melanda

Hai,Lama tak menjengah ruang bingkisan kenangan,rindu nak post tapi idea kurang..jadi tak best em...
Heem..Nak ctey sal satu ctey korea yang da lama,tapi aku je yang baru nak tgk.ViruS korea menyerang.tak sempat nak lari dan mengelak.mata terpacak depan lappy semata-mata korea,.kenapa melanda aku..(saje je nim).ini nafsu da nim..adushh..well,tgk hilangkan boring sbb kwn2 kata best la korea..
First time tgk masa kat bilik kwn,lps tu tertarik pulak.Ctey nim da lama ada lam lappy tapi tak pernah bukak..ore tanya ade ctey korea..ade je,aku tak tgk pom sbb tak minat..copy kat kwn..BiLa dah start,hah da berjangkit dah wabak  H 2 H korea..
Titlle ctey tu : Boys over Flower (f4)
ingt tak :) Mesty ingt.kan ramai peminat korea kan..

ini lah bintang2 yang dlm ctey nim..hemsem kan :)

Best ctey nim,jalan cerita udah nak fhm..Aku sebenarnya seorang yang tak layan sgt ctey2 nim ttb bila wabak nim datang.alamak terjerat sama..jadi minat..layan je la..Cite nim banyak konflik yang berlaku..Nak tahu kena lah tengok..Aku pok tak reti nak ctey cmne..
Nak tahu tak paling aku minat lam ctey nim sape..hhehe..

kim hyun jong ( ji hoo)

Seorg yang penuh karisma la,konon ye la...

MALAS da nak tulis..nty continue e...jgn lupa tgk ye bg yg tak tgk lg...

Friday 14 September 2012

~Bumi SYRIA yang TerCINTA~

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pertama-tama mari kita panjatkan doa qunut nazilah buat saudara-saudara Islam kita di Syria,yang bermati-matian mempertahankan agama,negara,maruah juga bumi tercinta Syria.Allah.Allah.Allah..Kau tempatkan para pejuang yang syahid di jalanmu di syurga yang penuh nikmat Mu..

Berminggu,Berbulan lamanya isu ini.Yang bertemu Allah makin bertambah.Apa kita buat.??
Seolah-olah kesakitan itu tidak terasa di setiap tubuh badan kita tatkala saudara Islam kita di sana di bantai,di rakus penuh kekejaman..Allah,Allah,Allah..Aku di sini juga mampu berdoa pada Ilahi dengan segenap titisan mutiara buatmu saudaraku..

Inginku mengajak kalian mendekati saudara kita di sana.Menyelami detik-detik yang di hadapi mereka..Saat semua dikorbankan di tanah air sendiri.Mengambil cakna isu ini sedikit sebanyak membuatkan kalian peduli,bukan hanya menongak dagu, menangguk,mengeleng hanya menerima dan menolak,..

Tertanyakan kalian siapakan pemimpin Syria?? Kenai ke tak die sape?? Kenapa la tak tolong selesaikan masalah ini..Masalahnya "Mamat" ini lah yang memulakan,dan memandikan darah untuk bumi sendiri.Like Father like Son..Sungguh kejam mereka ini..Sanggup menghalalkan pembunuhan ke ats rakyat yang tidak bersalah di Bumi Syria..Pandanglah dengan jiwa dan segenap hati kemanusiaan.Di sana ada saudara seagama,seaqidah dengan kita.

Siapakan Mamat yang di nyatakan di atas..:? Meh kita baca sikit ")

 Syria Era Bashar al-Assad

Ketika Hafez al-Assad (bapa kepada Bashar) ditimpa sakit,tampuk pemerintahan di serahkan kepada saudaranya Rifa'it Asad buat sementara waktu.Dan kemudian di ambil balik setelah sehat kerana Hafez takut akan berlakunya rampasan kuasa.Pada awanya Hafez bercadang mahu mnyerahkan pemerintahan itu kepada anak sulungnya  iaitu Bassel Asad namun dek kerana perwatakan Bassel ini kearah agama dan berbeza dari segi tokoh yang diminati antara Hafez , saudaranya yang lain.dgn  Bassel maka Hafez merasakan kepentingan parti pemerintah dan akidah yang dipeganginya berada dalam bahaya jika pemerintahan nya di serahkan kepada Bassel lalu satu komplot di rancang untuk membunuh Bassel dan Basssel meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 1994.

Bashar dilahirkan di Damsyik pada 11 September 1965.Menggantikan Hafez sebagai pemerintah kerajaan Syria setelah Hafez jatuh sakit kerana leukimia.Merupakan penganut fahaman Syiah Nusairi dan memerintah dengan dasar yang kejam lagi menindas rakyat.Bashar menruskan legasi ayahnya yang zalim dengan mencuru harta rakyat dengan cara yang haram,membunuh para ulama,melakukan penindasan dan bnyak lagi.Penduduk berada dalam ketakutan semasa berada di bawah pemerintahan kuku besi Bashar Al-Assad.

 Antara kekejaman yang di lakukan:

1-Memenjara kanak-kanak dan mencabut kuku mereka kerana mereka menulis di dinding sekolah "Rakyat-rakyat mahukan sistem di jatuhkan"
2-Menyembelih rakyat2 di Homs,Hama,Dar'a.Idlib,Halab.
3-Membunh kanak-kanak dan wanita
4-Mengaut harta,sumber2 Syria.
dan banyak lagi.

Apa yang perlu kita buat:

1-Senjata orang mukmin adalah Doa( utk hapuskan kekejaman)
2-Infaq ( Walaupom sedikit )
3-Sebarkan tentang apa yag berlaku di syria sekarang kepada rakan2 kita ( Artikel,fb,blog)
4-Qunut Nazilah
apa yang patut buat..silakan untuk rakyat di sana.


Sabda Nabi S.A.W:
Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.
(Riwayat At-Tabrani)


Tinta Buat Mu..
Bumi Syria
Bumi itu  bermandi darah
Bumi itu di rakus keamanannya.
Bumi itu telah lama di tindas.
Saat negara Islam lain bersenang.
Saat negara Islam lain aman.
Saat negara Islam lain tenang.

Bangkit akhowat,Bangkit akhawat.
Bangkit tentera Allah,perangi musuh Islam..
Jalan jihadmu masih jauh.Tebarkan semangatmu..
Jangan engkau gentar atau ragu.
Mati di jalan Allah adalah  cita-cita  kami.

Firman Allah :

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka bahawa  Allah lalai akan apa yang di lakukan oleh orang-orang yang zalim.Sesugguhnya Dia sengaja melambatkan balasan kepada mereka hingga ke suatu hari yang terbeliak kaku pandangan mereka,(kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)"
(Surah Ibrahim-42).

                                               



                                                                                           credit by:Vdah Awatif

Thursday 13 September 2012

AkU mAhU bErPuRdah..

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t

Seakan berat untuk berbicara soal ini.Terpendam seribu rasa untuk ku gambarkan saat mula2 penghijrahan ku kepada tittle seorang ustazah..Pemakaian peranan yang agak besar la jugak. sampaikan melalui pemakaian lah orang akan pandang dan ubah gaya diorang dengan kita.Ustazah sudah sebati panggilan itu untuku..tidak kira di rumah,di kampus atau di kaki lima."Assalamualaikum ustazah,.elok2 ustzah nnty jatuh,jubah tu labuh,,".Teguran budak kaki lima yang agak sopan..Itu baru mengenakan tudung labuh dan jubah..Belumku mengenakan purdah.lagi tu.aduhh. trademark untu golongan berpurdah ialah."Ninja"..
Seringkali wanita yang berpurdah di kaitkan dengan ninja.Ninja ini,ninja yang memperjuangkan agama,memperjuangkan agama,memperjuangkan maruah..mengelak fitnah...

Menyingkap saat pertama kali kenal tudung labuh.Tanggal 10.10.2011.Jilbab hitam melekat di tubuh..Terasa sangat terharu bila diri sejuk dibaluti kain yang hanya dua meter panjang..Alhamdulillah Ya Allah..Akhirkan aku dapat menjalankan kewajipan ku sebagai muslimah..Niat ingin berubah dan bertudung labuh terdetik sejak di bangku sekolah menengah,tapi apakah dayaku.terkapai seorang diri.Tiada teman yang ingin memimpin tangan ini dan sama-sama menjalankan tanggungjawab seorang muslimah.Sungguh kerdil diri ini..Hiba saat diriku aku kenal.

Inginku naik ke tangga seterusnya..ingin bertukar status kepada ustazah kepada ninja Islam..tapi apakah daya..Kekangan banyak di hadapi..tambah-tambah masih menuntut di ipta.parents yang belum memahami,kefahaman yang jelas..kekuatan yang teguh..

Purdah..
Purdah itu tidak wajib.Menutup aurat  sebenarnya yang wajib bagi seorang wanita.Aurat wanita dua telapak tangan dan muka...
Kain hitam yang tidak kurang dari 2 jengkal.di jadikan alas untuk menutup separuh dari muka..


♥ BERPURDAH? PERBETULKAN NIATMU ♥



“Wah, cantik dia pakai jubah dan tudung labuh,

mesti ramai lelaki soleh yang tertarik.

”“Pakai niqob nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik.”

Siapakah yang penyebab dialog diatas,
pemakainya atau yang melihatnya?

DramaKing dan DramaQueen ini kadang-kadang menjadi buah mulut masyarakat kita, bila melihat gadis muslimah berniqob...

Persepsi yang sungguh berlainan antara jantina bila melihatnya...
Jadi apakah situasi ini betul atau sebaliknya...

♥ Sudut pandang sisi seorang LELAKI ♥

Sedih rasanya bila maqosid dan tuntutan asal berniqob disalah ertikan oleh mereka yang tahu akan hukum-hakam berniqob...

Sebagai seorang lelaki muslim,
perasaan sukakan kepada wanita muslimah itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sudah terkena pukauan gadis muslimah ini...

Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat gadis muslimah berpurdah,
terdetik dalam sanubari untuk mencari gadis muslimat yang berpurdah...

Perwatakan mereka yang bertudung labuh,
berjubah ditambah pula dengan sehelai kain menutup muka membuatkan si lelaki ingin tahu dan ingin mendekati sigadis tersebut...

Walaupun hanya dapat melihat dari jauh ia cukup membuatkan fitnah itu menjalar tanpa mereka sedari...

Mereka...
Yang bertudung labuh dan juga berniqob sekalipun,
tunjukkanlah contoh yang baik...

Berakhlaklah seperti mana pemakaian...
Bukan sekadar luaran bahkan jua dalaman...

♥ Sudut pandang sisi seorang WANITA ♥

Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqob. ..

Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini,
kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat…

Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar...

Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. ..

Tapi bila sudah berselindung disebalik purdah,
kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita?

Jangan jadikan niqab ini fesyen...! Please...jangan :'(

Tidak...Jangan begitu...
Kalau pakai niqob kerana itu,
maka niqob sudah menjadi fesyen,
bukan lagi kerana mendapat redha Allah,
bukan lagi kerana ingin menutup fitnah...

Niqob nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau trend orang dakwah...

Kenapa pakai?
Sebab kalau nak jadi ustazah,
kena pakai niqab baru nampak macam ustazah...
(niat ni salah)

Jangan....
Tak pakai niqob bukannya tak solehah, bukannya tidak baik...

Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqob,
memandang rendah mereka yang tidak memakai niqob...

Tak pakai niqob juga,
bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah...

Sejak bila pulak,
niqob menjadi lesen untuk semua itu?

Bagi yang memakai niqob,
teruskan dan perbaiki peribadi...
berniqob akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain...

Ada yang ingin menghina,
maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu...

Ada yang ingin mencontohi,
maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu..

Ada yang ingin menghargai, mempercayai,
maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka...

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah,
mendapat redha dan mardhatillah....

Jaga diri, jaga akhlak,
jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah...

Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’,
dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh...

Lebih buruk lagi,
kejatuhannya memburukkan pula Islam...

Terakhir untuk gadis muslimahku yg amat disayangi.. ♥ ♥ !!

Maka,
pakailah dengan kefahaman yang jelas...

Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman...


Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikutan kakak atau ustazah,
bukan sebab trend, bukan sebab fesyen...

Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut...

Namun sebaliknya sekarang,
perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend...

~Aku seorang bertudung labuh dan Insyaallah bakal niqabis~
(u_u) sdikit sbyk aku jg terasa...Allah..Allah...Allah.. ♥ !
Saya doakan kalian juga istiqamah ! ingat, Mujahadah itu PAHIT, kerna SYURGA itu MANIS :

credit by: Ukhti Farhani 


Monday 9 April 2012

La Tahzan Sahabat ^.^

Buatmu Sahabat (^.^)


Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih,  tidak akan membuahkan hasil,
Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,


Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak  akan menghasilkan  kerja yang  memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh  diterima didalam lingkunganmu..


Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..


Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!


mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..


Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..



Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”