Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Thursday 31 October 2013

Mati itu Pasti

Firman Allah yang bermaksud :
"Setiap yang hidup akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan di bals di hari kiamat "
-Surah Ali -Imran 185-

Rasulullah bersabda :
"Sebelum berlakunya hari Kiamat, akan terdapat kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakukan tahun-tahun gempa bumi"

Allah , sedang kita masih leka dengan perancangan-perancangan hidup yang gah , merancang untuk dirikan rumah besar, sedang berkira-berkira membeli kereta mewah Marcedes Series 8 , bersuka-suka antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram  tanpa segan silu , Bahkan ade juga yang lalai dalam mengejar pangkat dan harta , mengejar nama dan kedudukan tertinggi , bermewah-mweah malah menunjuk-nunjuk lagi . Tidak di kira lagi dengan yang gila pujian , gila kan duniawi , sombong , takbur , dengki , bakhil dan diri sedang hanyut dipenuhi sifat-sifat mazmumah .

Tanpa kita menoleh ke masa depan , tanpa kita memandang sekeliling bahawa semua itu akan ditinggalkan kerna itu hanya pinjam . Tanpa menoleh dan tersedar dari tidur yang diri akan menemui kematian .
Kalau kita sedar akan mati pasti yang mewah akan ditinggalkan , yang kaya akan di sumbangkan kerna itu semua akan dihisab dan di tanya kelak . Apa semua ini ? Untuk apa kemewahan dan kesenangan ini .

Bahkan perkara-perkara yang boleh menyusahkan kita di Alam Barzakh kelak akan kita elakkan , Hatta soal-soal hati , nampak benda nya remeh , tapi semua itu akan di soal . Biar ia sekelumit tapi hanya Allah yang tahu isinya . jangan biarkan hati kita busuk kerna ialah punca segalanya .


Firman Allah yang bermaksud: Pada hari itu (hari kita pergi mengadap Allah) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang pergi membawa hati yang selamat.(Surah As Syuara` : 89)

Mati itu pasti , kemana saja kamu lari , kita lari pasti akan merasainya . Ya , detik itu , detik sakaratul maut yang tidak terperi sakitnya . setiap yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan kelak , pangkat , harta  juga amanah yang kamu ada sekarang . Mati boleh berlaku , sedetik , seminit , atau seminggu sahaja lagi . ianya hampir dengan kita . Kata Rasulullah , Orang yang mengingati mati ialah orang yang paling cerdik.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri , Allah ciptakan manusia untuk mengerjakan amal kebaikan bukan untuk bersuka ria di dunia yang sementara ini . Sudah buat persiapan ? Kain kafan , tahlil . mandi jenazah . ? Jangan leka, takut kita membuatkan diri kita hanyut seakan-akan mati tidak akan kunjung .

waahualam .
-VA-

Tuesday 29 October 2013

My Dream , One Day .

Hai semua . Im so happy today bcoz im finished final exam . 
But still not calm , result coming soon . hahaks.

dari semalam lagi search en google cari-cari barang kahwin
aikss. i nak kahwin ke? not yet lagi . Saja jer sebab Wahi love decoration .
selalu cakap one day nak jdi designer tapi bidang salah amik sivil engineering
tapi ade jugak kaitan tu . kan. kan? 

so melting bila tengok deco untuk katil bertiang . 
ini memang impian, Wahi nak ada katil yang macam nim.
one day :)


wahh , teruja tak korang tengok .?
tapi yang nim takde tiang just kayu belah ats untuk langsir jer . but nice .
Wahi dah la suka warna putih , bersih , suci . 
tenang jer tengok .

ade lagi .


hah , yang nim buat Wahi teruja bila tengok kat langsir dan katil die tu,
katil yang menggunakan ukiran like that , memang menariklah 
bab langsir pulak , besar dan white colour .


hah, amek ko . yang nim lengkap semua sekali.
but , kita fokus bab katil jer dlu .
katil bertiang , langsir , ia guna langsir white rompol-rompol .
luas bilik yea . boleh tahan nak singgah tang mana pom.
hahahakss.

yang nim last .


langsir white same with cadar . decoration bilik yang simple but kemas,
Wahi love it . One day , nak jugak dapatkan dgn gaji sendiri .
ok tak ? In shaa Allah .

Sini saja lah . Bagi yang ade dream nak katil camni , meh kita pasang impian sesame
Katil ni sesuai jugak untuk hias if kahwin la .
leh search en google kalau nak tengok pelamin bertiang nan indah .Fuhh .
Hahakks .

K. bereh bai  :)
Wahi : kawan2 kampus call me.
-VA-

Sunday 27 October 2013

Kenapa rezeki susah nak masuk . ?


Sekian :)
Semoga kita tergolong dalam golongan yang mudah rezeki nak masuk .
jazakallahu khairan . Aamiin .

Formula .

Hafal-hafal formula , mesti ingat sebab dalam paper exam nati die tak bagi " kata lecturer Puan Syarini subject mechanic .
Adushh , dah gugur-gugur rambut nim , banyaknya study .  *yela tu
Penat ? nama lagi student , baca , study lah kje nye .

Dalam hidup pun kena ade formula jika nak berjaya.
D.U.I.T = maksudnya ?

D : Doa
"Senjata orang mukmin ialah Doa" . Begitulah hebatnya doa . Allah perkenankan setiap doa yang dimohon oleh hambanya ketika kamu susah , ketika kamu senang . Allah ada untuk kita .


Doa itu adalah ibadah - ( Riwayat Ahmad )

U : Usaha
Dalam hidup ini , kita nak berjaya kena ada usaha . kejayaan tak kan datang bergolek dikaki , tak kan turun dari langit ke tujuh ke atas riba kita . salah satu kunci kejayaan ialah usaha .

I : Istiqamah
Istiqamah iaitu lakukan sesuatu dengan konsisten ( berterusan ) . sedangkan kita , jatuh sikit sudah mengalah.bukan nak bangkit dan berjalan terus berlari . Amalan yang dilakukan perlulah istiqamah . In shaa Allah , Allah permudahkan segalanya .

T : Tawakkal
Iaitu berserah pada Allah , kita telah doa , usaha , malah istiqamah dah melakukan kerja untuk mencapai kejayan. Akhir sekali ialah berserah pada Allah sepenuhnya . Kita merancang , Allah juga merancang tapi Dia lah perancang yang terhebat . kan?

Gunalah formula ini dalam setiap kerja yang kita lakukan tidak kira belajar , urusan dakwah , usrah , atau daurah . Kunci kejayaan yang mujarab untuk kita mendaki gunung yang tinggi tanpa berpatah balik menuruni bukit yang curam lalu terjunam ke jurang . Tidak mahu ianya terjadi bukan ?

Fighting for sukses.
Sekian :)
-VA-

Ukhuwah

hebat bunyinya .
apa maksudnya ?
tak kenal maka tak cinta
dah kenal maka mengusik jiwa
persaudaraan sesama Islam berlandaskan
cinta kpd Allah, Rasulullah juga agama
hebat . hebat .

tapi , ukhuwah ini pelik juga ?
baru sahaja kenal bulan-bulan
ada something yang kuat kat hati ini
sayang , dah macam adik beradik
bila senang cari,bila susah ade bersama
wahh hebat . hebat .

sahabat,pelengkapnya diri bila kesukaran menimpa
sahabat, memimpin jari jemari
mengajak kenal siapa diri
mengajak kenal cinta sejati
bukan cinta plastik yang nothing
ini cinta yang suci.
berukhuwah kerna Ilahi.
hebat . hebat .

kadang-kadang tertanya pd diri
bermanfaat kah aku dalam berukhuwah ini
bisa sahaja aku pernah menyakiti, bisa sahaja aku pernah di lukai
tapi ingat balik yang positif ,
Allah kirimkan orang-orang yang baik disekeliling kita ada manfaat dan hikmah.
bukan saja-saja untuk kita di tampuk yang lama
baik buruk , kekurangan pasti ada
kerna kita hanya manusia biasa
tak lari dr silap dan salah
kerna kita hanya hambanya yang lemah

hebatkan ukhuwah ini ,
bila tiada tertanya kemana pergi
bila di sisi Allahurabi , pelukan erat diberi
takut besok jumpa atau tidak lagi
hebat. hebat 

siapa yang merasai manisnya berukhuwah ,
akan rasa manisnya cinta yang sejati
sekian . salam kalian kerana Allah

"Jika seseorang mencintai saudara nya kerna Allah , maka khabarkanlah bahawa ia mencintainya "Abu Dawud dan At-Tirmizi

Tahajjud


Solat yang agak sukar untuk dilakukan , kerana ianya melibatkan suatu perasaan 
yang kuat menguasai diri iaitu malas . Allahurabi .
Beruntunglah bagi sesiapa yang melakukannya dengan istiqamah .
Mohon lah pada Allah dengan sebenar-benarnya bila kamu dikejutkan dari lena yang asyik 
untuk sujud kepadaNya dalam keadaan tenang , ditemani sunyi sepi sepertiga malam .
Saat iman mula lemah , hati kena kuat untuk meningkat nya kembali.
Mohonlah keampunan dengan sesungguh hati , biarkan mengalir titisan putih kerana takutkan Allah

dan mohon keberkahan dariNya .

Siapa kita ? 
untuk sombong
untuk tidak mengharap padaNya
untuk tidak meminta dariNya
untuk sia-siakan hidup kita
untuk kita tidak merintih 
dalam setiap doa dan sujud padaNya.
Allah rindukan hamba-hambanya 
untuk mengadu padaNya . 

Allah berfirman :

"Dan  pada sebahagian malam , lakukanlah solat tahajjud ( sebagai suatu ibadah ) tambahan bagi mu ,mudah mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yag terpuji . ( Al - Isra' 79 )    

waktu malam atau sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dasyat untuk 
kita berdoa memohon dariNya , kerna apapom permintaan kita ketika itu Allah akan diperkenan kan. 
Banyak manfaat jika kita mengerjakan solat tahajud antara akan dipelihara oleh Allah

dr segala bencana, dimurahkan rezeki , kesihatan yang baik juga disenangi oleh org sekeliling .
 Aamiin .

“Sesungguhnya di waktu malam ada suatu waktu yang tidak akan ditemui oleh seorang muslim yang berdoa kepada Allah dari kebaikan dunianya dan keselamatan akhiratnya, melainkan Dia kabulkan permintaannya itu pada setiap malam (bila ia terus qiyamul lail)“ (HR.Muslim).                                         

Sekian . 
-VA- 

Friday 25 October 2013

Istikharah & Istisyarah - Perlu kedua-duanya .


Ya Allah , bantulah hambaMu .
Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati .
Berikanlah aku petunjuk , jika ia baik untukku,
keluargaku dan agamaku . Aku terima dengan Redha .

Istikharah ini bukanlah tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata . 
Malah buat pilihan utk dapat pilihan kerja  yang elok jugak perlu .
ianya sangat famous di kalangan remaja yang mahu memeluk cinta yang sebenarnya, 
takut bila keputusan yang diputus dibibir bukan tidak seindah yang kita sangka . 

beberapa aspek yang perlu kita teliti kan dalam bab ini . silakan baca :

pertama : kenapa perlunya istikharah ? 

nampak simple , solat dua rakaat . 
tapi kita sebagai manusia bergantungan kita hanya pada Allah .
pada siapa kita mahu meminta selain dari Nya . 
Allah lebih mengetahui mana yang baik untuk kita dan mana yang sebaliknya . 
kita hanya mampu merancang . tapi the best planned is Allah . tambah-tambah dalam soal jodoh
kita tidak tahu apa yang akan berlaku untuk masa-masa kan datang , 
jangan lah kita sombong untuk meminta  pertolongan dariNya 
supaya kita mendapat keputusan yang terbaik dan tidak menyesal di kemudian hari .

kedua :  perkara yang perlu istikharah

"Tidak rugi orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah" 
- Hadis riwayat Jabil bin Abdillah.

yang jelas haram , buat apa nak istikharah yang jelas nyata lagi 
dalam bab agama tak payah nak istikharah contoh keluarkan zakat , nak bayar ke tak ?
tak payah la nak istikharah sebab dah jelas wajibnya .
tapi jika ianya antara pilihan contoh kerja yang halal 
maka Istikharah lah jawapan yang terbaik .

ketiga : istisyarah atau mesyuarat

meminta pendapat dari orang yang lebih arif juga perlu. ia berkait rapat dengan istikharah .
kita dianugerahkan akal untuk berfikir , merenung dan juga menganalis yang mana terbaik untuk kita
kita tidak hanya bergantung kepada proses Istikharah semata-mata - hingga kan buatkan diri
tertunggu-tungu mimpi dan sebagainya. come to me dream . oh no . like that . 
sebaliknya bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan . 
Buatlah keputusan yang matang , you must brave to decide best decision .

keempat : mimpi 

dah lali dah dengar . istikharah mesti mimpi . bukan begitu jugak . ia dah jadi mitos lah pulak .
sedangkan kita tahu , when seseorang sudah mengalami satu penyakit iaitu angau mimpi itu jugak 
boleh berlaku. maka bila dia bermimpi , adakah ia di anggap itu petunjuk Istikharah ?
tentunya tidak semudah itu .

kelima : penyakit was-was daripada syaitan

penyakit ini berlaku bila adanya hasutan daripada syaitan contoh bila kita mengambil wuduk
dan berasa seakan-akan wuduk yang kita ambil tadi sempurna kita tidak , seolah-olah ade suatu bisikan
maka jangan di hiraukan bisikan itu . itu semua dr syaitan .
begitu juga dalam bab Istikharah - kita dah yakin dengan keputusan kita dan doa yang kita mohon 
dari Allah juga istisyarah yang kita buat maka jangan dihiraukan bisikan-bisikan kerna itu helah dr syaitan .

konklusinya : Pergantungan semuanya dari Allah :) Kita hanya mampu merancang , tapi Allah jugak merancang . Perancang yang hebad ialah Allah swt yang Esa . Kita mohon yang terbaik daripada Allah , kerna setiap daripada kita impikan yang terbaik dalam kehidupan . Belajarlah membuat keputusan dengan yakin . Barakallah .

Sekian.
-VA-


Thursday 3 October 2013

hari-hari berlalu .



Lekaku seketika hingga lupa untuk ku mengucap SYUKUR padaMu. Allahurabbi .
Leka dengan duniawi , lalai dengan hawa nafsu yang menjelajah dan kuasai diri.
Hah , itulah manusia yang alpa . Muhasabah untuk hari yang indah .
Bertemankan zikir terapi yang merdu memuji kekasih Allah .

Sedar tak sedar , October hampir melabuhkan tirai .
minggu exam yang membuatkan aku study struggle sangat . hahakks.
tinggal beberapa hari lagi untuk mengorak langkah ke new months November .

Hari-hari yang berlalu dengan pantas sekali.
tak terkejar dek sibuk nya diri . macam bisneswomen pulak aku .
hahakks padahal kerjanya pegi kelas , buku-buku , laptop , kamera .
sibuk mengalahkan menteri , mengalah kan itik nak jaga 10 ekor anak. hahakks,
takdelah sampai macam tu , well, bagus sebenarnya kita sibuk ,
tapi bukan semata-mata untuk duniawai akhirat jangan lupa .
Kita hanya hidup kat dunia ini for a moment time jer .
yang kekal dan abadi di sana nanti .
So sibuk dunia dan sibuk jugak kejar untuk akhirat . Baru betoi .


sepotong kalam dr Allah :
" maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan" ?
( ar- rahman )

so , of course say Alhamdulillah.
just becoz we can :)
tanda syukur pada Ilahi.



Lu pikir la sendiri .

jarang-jarang muncul sekali,kadang timbul kadang tenggelam , dah tenggelam tak timbul-timbul..haha.
aku lah tu . before wahi melalutentah apa-apa  . Salam dulu lah . Assalamualaikum ladies n gentleman . *gaya pilot nak talk masa dalam BELON . haha..

Malas ? Hujung-hujung sem cenggini lah rasa . kenapa lah malas , penat , lelah , tak larat doeh *donut nak habiskan satu sem .

Awal-awal mula dulu rajin bangat bukan main excited nak masuk kampus,dah masuk nak habis malas pulak.aissh.Tu lah manusia , tak lari dari sifat-sifat yang negatif .

Belajar . Tanggungjawab sekarang sebagai student  . kamo belajar lah . jangan main-main . MAIN ! Jangan main . MAIN ! . buat yang terbaik, tinggal bberapa minggu lagi nak final doe *angkat kening gaya ziana zain.

As seorang muslim , tanamkan dalam diri sifat-sifat positif . Muhasabah kejap . bila dah jatuh tersungkur baru nak sedar yang diri lena di buai mimpi. masa tu, kamu nangis keluar mutiara pink pom tak jadi dah . nasik dah jadi bubur. masa yang ada nim lah study smart , fokus dalam kelas . jangan nak ponteng saja tahunya . haha..

Motif kali ni ? tajuk bukan main kasaq kan . tapi fikir lah sendiri . kalau tak usaha,asyik berserah , redha jerrrr pd Allah tanpa usaha . Allah pom tak nak tolong orang yang malas . Tu redha sebab dah menyerah kalah awal-awal lagi .

fikirlah sendiri.

Man jada wajada .