Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Friday 25 October 2013

Istikharah & Istisyarah - Perlu kedua-duanya .


Ya Allah , bantulah hambaMu .
Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati .
Berikanlah aku petunjuk , jika ia baik untukku,
keluargaku dan agamaku . Aku terima dengan Redha .

Istikharah ini bukanlah tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata . 
Malah buat pilihan utk dapat pilihan kerja  yang elok jugak perlu .
ianya sangat famous di kalangan remaja yang mahu memeluk cinta yang sebenarnya, 
takut bila keputusan yang diputus dibibir bukan tidak seindah yang kita sangka . 

beberapa aspek yang perlu kita teliti kan dalam bab ini . silakan baca :

pertama : kenapa perlunya istikharah ? 

nampak simple , solat dua rakaat . 
tapi kita sebagai manusia bergantungan kita hanya pada Allah .
pada siapa kita mahu meminta selain dari Nya . 
Allah lebih mengetahui mana yang baik untuk kita dan mana yang sebaliknya . 
kita hanya mampu merancang . tapi the best planned is Allah . tambah-tambah dalam soal jodoh
kita tidak tahu apa yang akan berlaku untuk masa-masa kan datang , 
jangan lah kita sombong untuk meminta  pertolongan dariNya 
supaya kita mendapat keputusan yang terbaik dan tidak menyesal di kemudian hari .

kedua :  perkara yang perlu istikharah

"Tidak rugi orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah" 
- Hadis riwayat Jabil bin Abdillah.

yang jelas haram , buat apa nak istikharah yang jelas nyata lagi 
dalam bab agama tak payah nak istikharah contoh keluarkan zakat , nak bayar ke tak ?
tak payah la nak istikharah sebab dah jelas wajibnya .
tapi jika ianya antara pilihan contoh kerja yang halal 
maka Istikharah lah jawapan yang terbaik .

ketiga : istisyarah atau mesyuarat

meminta pendapat dari orang yang lebih arif juga perlu. ia berkait rapat dengan istikharah .
kita dianugerahkan akal untuk berfikir , merenung dan juga menganalis yang mana terbaik untuk kita
kita tidak hanya bergantung kepada proses Istikharah semata-mata - hingga kan buatkan diri
tertunggu-tungu mimpi dan sebagainya. come to me dream . oh no . like that . 
sebaliknya bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan . 
Buatlah keputusan yang matang , you must brave to decide best decision .

keempat : mimpi 

dah lali dah dengar . istikharah mesti mimpi . bukan begitu jugak . ia dah jadi mitos lah pulak .
sedangkan kita tahu , when seseorang sudah mengalami satu penyakit iaitu angau mimpi itu jugak 
boleh berlaku. maka bila dia bermimpi , adakah ia di anggap itu petunjuk Istikharah ?
tentunya tidak semudah itu .

kelima : penyakit was-was daripada syaitan

penyakit ini berlaku bila adanya hasutan daripada syaitan contoh bila kita mengambil wuduk
dan berasa seakan-akan wuduk yang kita ambil tadi sempurna kita tidak , seolah-olah ade suatu bisikan
maka jangan di hiraukan bisikan itu . itu semua dr syaitan .
begitu juga dalam bab Istikharah - kita dah yakin dengan keputusan kita dan doa yang kita mohon 
dari Allah juga istisyarah yang kita buat maka jangan dihiraukan bisikan-bisikan kerna itu helah dr syaitan .

konklusinya : Pergantungan semuanya dari Allah :) Kita hanya mampu merancang , tapi Allah jugak merancang . Perancang yang hebad ialah Allah swt yang Esa . Kita mohon yang terbaik daripada Allah , kerna setiap daripada kita impikan yang terbaik dalam kehidupan . Belajarlah membuat keputusan dengan yakin . Barakallah .

Sekian.
-VA-


0 Comment: