Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Sunday 27 October 2013

Formula .

Hafal-hafal formula , mesti ingat sebab dalam paper exam nati die tak bagi " kata lecturer Puan Syarini subject mechanic .
Adushh , dah gugur-gugur rambut nim , banyaknya study .  *yela tu
Penat ? nama lagi student , baca , study lah kje nye .

Dalam hidup pun kena ade formula jika nak berjaya.
D.U.I.T = maksudnya ?

D : Doa
"Senjata orang mukmin ialah Doa" . Begitulah hebatnya doa . Allah perkenankan setiap doa yang dimohon oleh hambanya ketika kamu susah , ketika kamu senang . Allah ada untuk kita .


Doa itu adalah ibadah - ( Riwayat Ahmad )

U : Usaha
Dalam hidup ini , kita nak berjaya kena ada usaha . kejayaan tak kan datang bergolek dikaki , tak kan turun dari langit ke tujuh ke atas riba kita . salah satu kunci kejayaan ialah usaha .

I : Istiqamah
Istiqamah iaitu lakukan sesuatu dengan konsisten ( berterusan ) . sedangkan kita , jatuh sikit sudah mengalah.bukan nak bangkit dan berjalan terus berlari . Amalan yang dilakukan perlulah istiqamah . In shaa Allah , Allah permudahkan segalanya .

T : Tawakkal
Iaitu berserah pada Allah , kita telah doa , usaha , malah istiqamah dah melakukan kerja untuk mencapai kejayan. Akhir sekali ialah berserah pada Allah sepenuhnya . Kita merancang , Allah juga merancang tapi Dia lah perancang yang terhebat . kan?

Gunalah formula ini dalam setiap kerja yang kita lakukan tidak kira belajar , urusan dakwah , usrah , atau daurah . Kunci kejayaan yang mujarab untuk kita mendaki gunung yang tinggi tanpa berpatah balik menuruni bukit yang curam lalu terjunam ke jurang . Tidak mahu ianya terjadi bukan ?

Fighting for sukses.
Sekian :)
-VA-

0 Comment: