Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Friday 29 March 2013

Anak , Anugerah ALLAH



Anak anugerah dan amanah dr Allah yang tidak ternilai kpd pasangan suami dan isteri yang berumatangga .
Tapi anak juga ujian dr Allah , Ujian dalam bentuk macam mana , ragam anak-anak yang bermacam pe'il . Sebagai ibu dan bapa ,bentuk lah anak dengan sebaik mungkin .

Allah SWT berfirman, 


“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

Alhamdulillah . Tahniah K'Irma dan suami . Alhamdulillah3x , K'Irma selamat melahirkan anak sulungnya , baby boy pada 8.15 am tadi . Begtu happy nampak muka K'Irma dan suami , ye la . Anak sulung kan .

Vdah yang tengok pic diorg pom senyum-senyum *cam kerang busyuk pulak diri sndri( dushhhh2 tampor diri sendri). Vdah rasa nak ada baby sendiri , nak hug , nak kiss baby . Vdah suka sangat Baby . 

Vdah doakan K'irma sehat-sehat jer dan bertambah bahgia keluarga dengan kehadiran anugerah dan amanah dari Allah . Didik lah anak dengan sebaik mungkin dan menjadi anak yang soleh suatu hari nanty .
Anak nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri.  Kan ?

Firman Allah, 


“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74).

jangan jeles :D

comel kan baby nim .

Last but not least , Hari nim vdah balik kampung , nak jumpe buah hati vdah yang comel . Naty makcik balikye , Tunggu ye .

Vdah rindu sangat kat bby yang comel nim . Hee :)

Ahla A'izzah 



Lot's of Love ,
Vdah Awatif .

Monday 25 March 2013

Asal Saya Happy .




Kenapa pilih blog?
Buat apa berblog bagai . Tak boring ke? Ade ke orang nak baca . Bukan nye kamu blogger yang hebat pom setakat post biase2 jer . Konform xde orang follow lah ..*pi mai jauh2

Eeee nak kena jugak ,kecik besaq kecik besaq aje aku tengok . Nak kena tarik telinga, cubit pipit ke . Meh sini vdah buat .Haish ,  Alaala , bia lah blog nim biase lah tempat bercerita , tulis ilmu apa yang tahu sikit2 , berkongsi isi hati or wtever asal bahagia . Kalau tak melanggar syarak , tak menjatuhkan aib orang , tak mengarut , tak bla bla...kn?

Vdah hanya menulis ,
Korang baca .
Korang komen ,
Korang follow , *Tak nak follow suda , k bai . majukk
Korang kritik .

Ok, susah tak . tak kan . Vdah tulis ikut rajin jari jemari , ikut mood , apa yang vdah tahu , apa yang vdah rasa vdah bahagia dalam hidup nak shre wif uolls . Yes , it's me .! Look here . .


:)

Vdah akan menulis , menconteng di sini  sesuka hati . If xde entry baru bermggu-minggu , berbulan-bulan , bertahun-tahun . itu tandanya Vdah dah bertemu dan kembali padaNya .

My Name Vdah Awatif . Ok .


bole tak pic nim  , :)

Kbai .
 Lot's of Love , 
 Vdah Awatif ,

Panas Baran.

Kita semua pasti punyai rasa marah .? tak boleh lari dari sikap marah ,

Wajar kah kita punya rasa ini ? Tanya pada diri sendiri . Marah itu perlu tapi perlu pada tempatnya, ia akan menjadi terpuji dan elok pandangan org lain . Jika bukan pada tempatnya , itu akan menjadi keji juga di pandang tidak elok di mata orang sekeliling .

Pernah suatu ketika dahulu Abu Darda' bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang apakah amalan yang boleh membawa aku untuk masuk ke syurga.?

Rasulullah S.A.W menjawab, "Jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu." Rasulullah mengulang pesanan ini sebanyak tiga kali. Jadi jelas kepada kita semua bahawa kita perlu mengawal sifat marah.

Panas baran adalah sikat yang negatif , jika tidak di kawal mengundang masalah , tidak kira lah dalam perhubungan suami isteri , sahabat handai , teman rapat juga saudara-mara . Berlakulah masalah contoh masalah hati , hubungan jadi renggang , perbalahan ,pergaduhan . Banyak lagi lah .

Apa pula perbezaan antara panas baran dengan tegas?

Panas baran ialah kuasa marah yang melibatkan emosi yang tidak tenteram , yang rasa membuak dalam hati datangnya dari sifat-sifat syaitan yang menghasut diri .

Tegas ialah cara komunikasi dalam menegur atau memberi arahan dengan cara berhikmah dan org lain berlapang dada utk menerima . Ia perlu dalam sesebuah organisasi atau gerak kerja kumpulan yang ade leader.

Setiap apa yang berlaku ade penyelesaian nya . Baja lah hati juga diri dengan 2 perkara iaitu kukuhkan Iman , Semai dalam diri sifat Mawardah , Kasih Sayang . Dua perkara ini perlu seiring , Iman akan lemah jika rasa-rasa yang positif diri tidak di semai , di baja dan di siram dengan baik . Sudah tentu dalam diri akan wujudnya rasa marah , benci dan hanya ikut emosi semata-mata.


Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.

Pertama – Mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.

Sesungguhnya marah itu dari syaitan . Syaitan dari api .
Cara nak padam api itu macamamne? Airkan . So , ambil wuduk dan banyakkan zikir pada Allah . Ayat-ayat yang boleh di amalkan untuk menangani sifat marah dan panas baran yang berapi dalam diri ialah Surah At Taubah  ayat 129 dan juga Al-Baqarah 88 .


Lot's of Love .
Vdah Awatif .




Friday 15 March 2013

Like :)












Beautiful colour , I love it .

I'm Not Perfect .




Ya Allah , 
diriku lemah , 
diri ku banyak kekurangan . 
Hati ku sakit juga terguris , Terima kasih Ya Allah 
kerna Kau selalu di samping ku saat yang lain meninggalkanku ,
Engkau yang memahami setiap detik hati ini juga 
tidak lelah mendengar rintih ku saat orang lain tidak putus mencari salahku 
dan terus menerus menghentam ku .

Sungguh diriku lemah ,
Padamu aku meminta, padamu aku memohon 
Kuatkan dan tabahkan hati dalam melalui dugaan kecil ini 
Ya Rabb .

Serius , bukan senang nak buat orang tu gembira dan
bukan senang nak puaskan semua kehendak orang .
Nama lagi manusia . Begitu juga diri ini manusia biasa ,
banyak kurang , banyak juga lemah . 
Bukan nabi yang maksum , tapi sekurang-sekurang kita makhluk Allah yang 
Allah cipta punya akal dan punya hati juga iman . kita berusaha jadi yang terbaik .
Sungguh , rasa down sangat bila orang sekeliling kita tidak percaya kan kita walhal hanya dengan 1 kesalahan saja . 

Ya Allah , 
tersasar seketika mengingatimu , 
ujian Kau beri padaku . 
Aku redha juga ikhlas dalam melalui nya . 
Dirimu merindui hambamu meminta pada Mu .


Kan?


Betulkan .



Mohon lah pada Allah , Bersangka baik lah pada Allah juga makhluk ciptanya. Sungguh manusia di cipta untuk di uji olehNya . Teguhnya Iman seseorang itu . 

Lot's of Love
Vdah Awatif .

Kebosanan Melanda

Haipp , walaupom doodles vdah nim buruk but it's cute . huhu . puji diri sendiri , ye la kan sape lah nak puji itew , itew dop pandai lukis . *majuk . hee . Nim la keje nye bila kebosanan melanda di site office yang sejuk angin2 sempoi dr aircond jenama *entah la mendee bersuhu 16'c tu .

ade lagi ..

ade lagi ..

tekan bawah sikit ..

scroll down..

lagi..

lagi..


ok , sekian . :)




Monday 11 March 2013

...Buat Mu...

Assalamualaikum (Y)

Lagu Allahyarham Sudirman : Ayah dan Ibu

Ayah dan ibu 
itulah permulaan kami
dapat melihat bulan dan matahari
Ahaii

Yang dikurniakan
Ahaai
Ayah dan Ibu lah
Mesti dihormati ..

Dedication for my beloved famili , i love them very much <3

Ayah
Terima kasih selama ini banyak menanggung saya ,
 menggunakan tulang empat kerat , 
bermandi peluh, mencari rezeki buat kami, 
mendidik dan menjaga saya . 
Tidak pernah lelah dan merungut . 

Ma :
Begitu rapat dan mesra , 
Tempat berkongsi cerita dan meluah suka duka ,
Terima kasih selama ini menjaga makan , minum , pakai ,dan 
beri ilmu didikan yang baik buat saya . 
Alhamdulillah,
 saya bersyukur kerana punya mak yang sangat baik dan cantik .
i luve u . Halalkan air susu , terima kasih mendidik 
dan membesarkan saya .

Kak Zura ( Kak Long) :
Kak , terima kasih suka masak macam2 untuk saya .
Birthday party kat Jb yang ohsem time jalan2 sane .
Banyak bercerita , nasihat saya dan juga
tempat berkongsi cerita yang gosip2 gtu  heee :).
Mintak maaf ada slh silap ngn kak, tapi kak lah yang terbaik .
saya doakan semoga kak bahagia, jd isteri yang baik
 , dapat didik anak-anak dengan baik 
dan jd insan yang berguna.

Abang Jeri :
Tak banyak cakap , tapi mesra dengan suka buat lawak bodoh .
Alhamdulillah dah ade isteri , 
dapat bimbing isteri dengan sebaiknya , jd suami yang bertaggung jawab 
dan  thank a lot sebab perna beli hp kat saya . 
tp hp tu xtahan lama . sdey :(

Abg Zatu :
Suka marah-marah orang tak tentu pasal ,ishh
tq sebab banyak bagi nasihat yang dan yang paling suka bila dapat duit .
Terima kasih banyak2 . In Shaa Allah naty ganti lah bila dah keje naty .
Semoga bina keluarga yang mawardah dan sakinah :)

K'da :
Biasalh umur da dekat, tempat selalu bergaduh 
tp itulah yang manis dan kenangan , 
Mase kecik2 ade jer yang tak kena 
tapi sekarang masing-masing da matang kan .
Tq banyak , sory banyak menyusahkan .
hope kahwin cepat2 , :)

Faiz ( Adik ):
Rindunya nak panggil adik macam dulu .
tapi sekg dah besar da pom . . 
 Jadilah anak yang baik , solat jgn tinggal .
 Maaf gaduh dan ada rasa hati sebab kejadian2 dlu.
make famili happy :)

 I LUV U ALL.

Dedikasi ini buat famili yang tercinta , vdah rindu nak balik kampung . 
Makan masakan mak yang sedap2 , mengatur nak mkn apa. jalan-jalan . Rindu .


Sarang hae .

Lot's of Love
Vdah Awatif ,

Sunday 10 March 2013

Kursus Kahwin, 2 Hari

Assalamualaikum (Y)


Firman Allah :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.       
  (Surah Ar-Ruum 21
                                                                         
Alhamdulillah ,Baru jer selesai mengikuti kursus kahwin selama 2 hari . *skima nye ayat , 
Penat memang penat , ulang alik dari rumah ke poli boleh la jugak jauh nye . Tapi tu yang best dan banyak sangat ilmu dapat dalam kursus pra perkahwinan nim  .

Kursus nim di anjur oleh Rakan Pusat Islam RAPI Politeknik, Ramai rupanya student polisas nim yang berminat kalau bab kawin mawin nim , ramai jugak yang join hampir 300 lebih jugak la student . Emmh  yang paling ramai ,of course la budak pompuan kan, hee kalah si kaum adam .

Selama 2 hari  dari pagi kol 8pg hingga kol 5ptg , Hari pertama , punya bersemangat kan , tak ngtuk setiap 
satu-satu slot berlangsung .  Rasa macam perasaan la pulak ,hee vdah tak sujud meja pom , sebab vdah rasa suka sangat sbb boleh join kursus nim , bukan suka-suka , nak jmpe kwn,nak tgk si jejaka idaman  join kursus nim , tp nak I.L.M.U., lgpom kena bayar , pegi slot . dah la bukan sikit slotnye *bapak banyak 8 slot doe 2  hari . Pagi sampai petang . kalian sanggup ,,, ? 

Kalau nak ilmu tu apa-apa pun sanggup . Apa yang penting niat awal-awal , why aku pegi kursus kahwin nim , for what , n apa aku nak dapat dalam kursus nim , tu kita kena amik kira dan fikir sume tu . sbb apa-apa yang kita buat bergantung pada niat . Jika niat ikhlas maka Allah permudahkan . *da macam ustajah la pulak 

Kan? Tapi itulah kenyataan ,

Hadis 1 Paksi 40 Imam Nawawi

"Umar bin Khattab melaporkan , pernah 
mendengar Nabi Muhammad berkata ," Amalan seseorang itu di tentukan oleh niatnya. Oleh itu , setiap orang mendapat apa yang di niatkankanya. Itulah sebabnya , orang yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya , hijrah itu adalah kepada Allah dan Rasulnya . Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah kerana niat untuk mendapatkan keuntungan di dunia ataupom bagi mendapatkan isteri , dia mendapat apa yang di niatkannya semasa die berhijrah "

Semuanya berjalan dengan lancar , last kursus ade la jawab soklan sapa tak leh jawab tak boleh kahwin . heee :D . tapi senang jer soklan nye  , bdk darjah 1 pom boleh jawab , kalau xleh jawab alamak kena amik lagi lah kursus kahwin tu . Lepas nim dapat sijil kursus pra perkahwinan . heee .

Suka - suka :)

Firman Allah:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui
(Surah An - Nuur 32)

Dalam kursus nim , ditekan kan bab akidah , akhak, ibadah ,munakahat, kesihatan, komunikasi dalam rumahtangga . Emm  , bersyukur dapat tambah ilmu dan mempratikkan nya bila tiba waktu nya . Bab asas kena hadam dulu sebelum melangkah ke alam , gerbang perkahwinan . hee:) InsyaAllah .

Kita kan nak bina masjid yang kukuh, jadi kita kena mantapkan hati , iman dulu . 
kan? So , untuk bakal-bakal pengantin , wujudlah rumahtangga yang mawardah dan sakinah .

Saranghae .

Lot's of Love
Vdah Awatif





Tuesday 5 March 2013

#Entry Bergambar ,


Pose ngn banting pom jd lah ,




Amik berkat , bakal2 nek pelamin jugak lah .* tp lmbt lagi




Nampak muka berpeluh *abaikan lah , culik anak k.long k'jj

Monday 4 March 2013

Don't judge the books by its cover

 Assalamualaikum , Hope uolls gumbira olweys , ;)

"Don't judge the books by its cover"

Understand what i want say from this statement , Ehh nim la masalah kita sekarang , hati tu kotor sangat . Semua berpunca dari hati , kalau hati tu ada perasaan yang iri hati , dengki , sakit hati. sampai bila-bila pom kita tak  akan senang dengan kebahagian dan kesenangan orang lain . Suka menghukum orang sesuka hati tanpa usul periksa . Cuba huszunuzon sikit . 

One story la yang boleh vdah share kat kalian , Ok , when u tgk someone tu tak banyak cakap , tk kepoh mcm hangpa sume apa hangpa semua buat . Mesti mengata kan , alaa jangan tipu lah . Bendalah mengumpat , cakap-cakap belakang nim memang dah jadi makanan harian dah bagi kaum perempuan . Alahh , bukan kaum perempuan dah sekaranng , lelaki pom turut join sama . Tolong la ,jgn nak cakap apa2 bila si tak banyak cakap tu tak banyak cakap ,potpek2 macam murai tercabut ekor , cuba la think positive , maybe die tu tak suka ckp benda yang tak ada paedohnya , kot2 die ade problem . cuba tanya . At least , die tu rase jugak diri die tu wujud , tanya , care sikit  ,


Sikap yang berbaik sangka perlu dalam berkawan , bersahabat atau bekerja sekali pom . Macam mana nak mewujudkan rasa kasih sayang , hormat menghormati dalam sesebuah perhubungan bila perasaan negatif u ada pada diri kita . Kiata jangan cepat menghukum seseorang tu , sedangkan kita tak tahu punca, sebab musabab yang di alami oleh seseorang . Jangan kita punya sifat-sifat mazmumah ,Nauzubillah , Sebaliknya isi lah hati dan iringi perilaku kita dengan sifat-sifat mahmudah . Supaya hidup kita tenang , aman dan damai  juga paling penting kita mencari Keredhaan Allah SWT .


Wujudkan rasa cinta kita pada Allah dan Rasulullah dengan sedalam-dalamnya agar kita dapat kecap akan manis nya rasa kasih sayang kita pada makhluk Allah yang bernama Manusia . 


Pesan pada hati agar berhati-hati menjaga hati . Untuk diri sendiri juga insan-insan yang tersayang . Jika terluka dan akan mengalami luka , I'm sorry . 


Love is Cinta , Saranghae .



Lot's of Love ,
Vdah Awatif .