Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Monday 25 March 2013

Panas Baran.

Kita semua pasti punyai rasa marah .? tak boleh lari dari sikap marah ,

Wajar kah kita punya rasa ini ? Tanya pada diri sendiri . Marah itu perlu tapi perlu pada tempatnya, ia akan menjadi terpuji dan elok pandangan org lain . Jika bukan pada tempatnya , itu akan menjadi keji juga di pandang tidak elok di mata orang sekeliling .

Pernah suatu ketika dahulu Abu Darda' bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang apakah amalan yang boleh membawa aku untuk masuk ke syurga.?

Rasulullah S.A.W menjawab, "Jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu." Rasulullah mengulang pesanan ini sebanyak tiga kali. Jadi jelas kepada kita semua bahawa kita perlu mengawal sifat marah.

Panas baran adalah sikat yang negatif , jika tidak di kawal mengundang masalah , tidak kira lah dalam perhubungan suami isteri , sahabat handai , teman rapat juga saudara-mara . Berlakulah masalah contoh masalah hati , hubungan jadi renggang , perbalahan ,pergaduhan . Banyak lagi lah .

Apa pula perbezaan antara panas baran dengan tegas?

Panas baran ialah kuasa marah yang melibatkan emosi yang tidak tenteram , yang rasa membuak dalam hati datangnya dari sifat-sifat syaitan yang menghasut diri .

Tegas ialah cara komunikasi dalam menegur atau memberi arahan dengan cara berhikmah dan org lain berlapang dada utk menerima . Ia perlu dalam sesebuah organisasi atau gerak kerja kumpulan yang ade leader.

Setiap apa yang berlaku ade penyelesaian nya . Baja lah hati juga diri dengan 2 perkara iaitu kukuhkan Iman , Semai dalam diri sifat Mawardah , Kasih Sayang . Dua perkara ini perlu seiring , Iman akan lemah jika rasa-rasa yang positif diri tidak di semai , di baja dan di siram dengan baik . Sudah tentu dalam diri akan wujudnya rasa marah , benci dan hanya ikut emosi semata-mata.


Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.

Pertama – Mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.

Sesungguhnya marah itu dari syaitan . Syaitan dari api .
Cara nak padam api itu macamamne? Airkan . So , ambil wuduk dan banyakkan zikir pada Allah . Ayat-ayat yang boleh di amalkan untuk menangani sifat marah dan panas baran yang berapi dalam diri ialah Surah At Taubah  ayat 129 dan juga Al-Baqarah 88 .


Lot's of Love .
Vdah Awatif .




0 Comment: