Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Thursday 27 June 2013

Punya la Lama.

Makk aiiii, lama jugak rasanya tak menconteng di sini. Rasa-rasanya ade tak yang rindu nak singgah , atau komen ,atau baca belog Vdah nim. *hamboi perasan lah pulak..

Dalam seminggu nim macam-macam yang berlaku dan macam-macam dah yang Vdah lalui . Penat memang penat , suka duka . macam-macam lah . Vdah nak story la sikit masa minggu MTS untuk junior baru sesi jun 2013 , Fenimm wall lalat meayan kerenah ibubapa , student yang macam-macam ragam lah katakan. Yela mana tak nye, masing-masing nak perfect kan . Aduiii... kena marah, kena maki, kena kata . Kami dah lali..

Tapi kami just senyum, tak boleh melawan, nanti langgar etika. heee.. Kami pada hari tu berhari raya la konon-kon kan sebab kena senyum .. Senyum tak perlu kata apa-apa..Back to story, Minggu Tranformasi Siswa berjalan selama seminggu untuk junior baru, Tujuan MTS nim diadakan utk student baru kenal keadaan kat poli nim dengan lebih dekat.Alhamdulillah berjalan dengan jayanya . Ecceeceehh.. well, problem sikit-sikit tu biasa lah kan.


nie lah junior kami :)

            Adik-adik , kakak nak pesan duk kolej kediaman nim buat jughuh2 taw. naty kena denda . heee :)

last but not least, sampai sini saja . 


kucing a.k.a dedek 

-VA-

Sunday 16 June 2013

Amanah

Surah Al- An'fal ayat 27.
"Wahai orang-orang beriman , janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul, dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui"

Berbicara tentang amanah, sungguh berat dan tak mampu nak ungkap dengan kata-kata, Namun, itulah yang di amanahkan dan dipertanggungjawabkan kepadamu . Sungguh , ianya satu wadah yang boleh kita semua jadikan aset di akhirat kelak . Tapi , amanah yang dipertanggungjawabkan hendaklah di gigit dan di pikul dengan sebaik mungkin, bukan dengan tindak tanduk yang salah, perbuatan yang zalim , dan hanya ikut dan sekadar saja.

Memetik bicara Imam Al Ghazali dan anak muridnya .


– Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH”

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

Allahurabbi...

Firman Allah lagi.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”. Surah al-Baqarah:30

Amanah kita juga sebagai seorang hamba kepada Allah , mengabdikan diri kepada Nya. Bukan setakat amanah dari segi pangkat dan kedudukan . Kita ini kerdil, hina , tapi sikap ego menguasai diri menjadikan diri megah dan lupa siapa akan Yang Maha Pencipta.

Marilah kita , pegang ayat-ayat suci Al-Quran untuk kita terus rasa diri ini bertanggungjawab dalam setiap sudut sebagai hambanya . Perbaharui lah iman dengan mengucapkan dua kalimah syahadah , begitu juga amanah, bermuhasabah dan melihat sekeliling kita. Gunalah segala pancaidera yang dikurniakan untuk bermuhasabah dengan sebaiknya terutama akal.

“ Wahai manusia! Setiap sesuatu ada pemandunya, pemandu kepada manusia adalah akal. Orang paling bijak berdalil dan mengenali hujah ia adalah yang paling baik akalnya”.


-VA-




Happy Tua Day ke- 20



13 06 13 , Tarikh yang cukup bermakna pada diri , sebab Vdah dilahirkan pada tanggal 13 06 .
Happy Birthday Siti Wahidah , ucap kat diri sendiri . hee :) Terima kasih , Syukran jazilan kepada
famili,sahabat,kawan , teman yang tidak lupa untuk wish hari lahir Vdah .

Ucapan ucapan kalian amat bermakna pada diri ini sebab dengan ucapan itu
dapat mengingatkan diri ini yn semakin hari semakin meningkat usia ,
Namun apa usaha yang telah aku buat pada diri ,
tapi lebih utama pada agamaku Islam. Bertanyaku pada diri sendiri.

Sungguh kerdil diri, Masih bertapak ,
Menyusun hala tuju dan laju.
Tahun nim tak sempat nak celebrate kat umah sebab
kena datang awal kat kampus, tapi takpe sahabat-sahabat saya ade :)
Terima Kasih semua .

HAPPY BIRTHDAY VDAH AWATIF :)