Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Sunday 16 June 2013

Amanah

Surah Al- An'fal ayat 27.
"Wahai orang-orang beriman , janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul, dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui"

Berbicara tentang amanah, sungguh berat dan tak mampu nak ungkap dengan kata-kata, Namun, itulah yang di amanahkan dan dipertanggungjawabkan kepadamu . Sungguh , ianya satu wadah yang boleh kita semua jadikan aset di akhirat kelak . Tapi , amanah yang dipertanggungjawabkan hendaklah di gigit dan di pikul dengan sebaik mungkin, bukan dengan tindak tanduk yang salah, perbuatan yang zalim , dan hanya ikut dan sekadar saja.

Memetik bicara Imam Al Ghazali dan anak muridnya .


– Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH”

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

Allahurabbi...

Firman Allah lagi.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”. Surah al-Baqarah:30

Amanah kita juga sebagai seorang hamba kepada Allah , mengabdikan diri kepada Nya. Bukan setakat amanah dari segi pangkat dan kedudukan . Kita ini kerdil, hina , tapi sikap ego menguasai diri menjadikan diri megah dan lupa siapa akan Yang Maha Pencipta.

Marilah kita , pegang ayat-ayat suci Al-Quran untuk kita terus rasa diri ini bertanggungjawab dalam setiap sudut sebagai hambanya . Perbaharui lah iman dengan mengucapkan dua kalimah syahadah , begitu juga amanah, bermuhasabah dan melihat sekeliling kita. Gunalah segala pancaidera yang dikurniakan untuk bermuhasabah dengan sebaiknya terutama akal.

“ Wahai manusia! Setiap sesuatu ada pemandunya, pemandu kepada manusia adalah akal. Orang paling bijak berdalil dan mengenali hujah ia adalah yang paling baik akalnya”.


-VA-




4 Comment:

Ana Farhana said...

amanah satu tugas yg berat.. kann ;)

nice entry

blogwalking sini :D

Ana Farhana said...

amanah satu tugas yg berat.. kann ;)

nice entry

blogwalking sini :D

RaksasaBaik said...

AMANAH paling aku takut untuk pikuL, sebab kesilapan ada d mana2.. hohoho

Anonymous said...

nice blog and good post