Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Sunday 10 March 2013

Kursus Kahwin, 2 Hari

Assalamualaikum (Y)


Firman Allah :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.       
  (Surah Ar-Ruum 21
                                                                         
Alhamdulillah ,Baru jer selesai mengikuti kursus kahwin selama 2 hari . *skima nye ayat , 
Penat memang penat , ulang alik dari rumah ke poli boleh la jugak jauh nye . Tapi tu yang best dan banyak sangat ilmu dapat dalam kursus pra perkahwinan nim  .

Kursus nim di anjur oleh Rakan Pusat Islam RAPI Politeknik, Ramai rupanya student polisas nim yang berminat kalau bab kawin mawin nim , ramai jugak yang join hampir 300 lebih jugak la student . Emmh  yang paling ramai ,of course la budak pompuan kan, hee kalah si kaum adam .

Selama 2 hari  dari pagi kol 8pg hingga kol 5ptg , Hari pertama , punya bersemangat kan , tak ngtuk setiap 
satu-satu slot berlangsung .  Rasa macam perasaan la pulak ,hee vdah tak sujud meja pom , sebab vdah rasa suka sangat sbb boleh join kursus nim , bukan suka-suka , nak jmpe kwn,nak tgk si jejaka idaman  join kursus nim , tp nak I.L.M.U., lgpom kena bayar , pegi slot . dah la bukan sikit slotnye *bapak banyak 8 slot doe 2  hari . Pagi sampai petang . kalian sanggup ,,, ? 

Kalau nak ilmu tu apa-apa pun sanggup . Apa yang penting niat awal-awal , why aku pegi kursus kahwin nim , for what , n apa aku nak dapat dalam kursus nim , tu kita kena amik kira dan fikir sume tu . sbb apa-apa yang kita buat bergantung pada niat . Jika niat ikhlas maka Allah permudahkan . *da macam ustajah la pulak 

Kan? Tapi itulah kenyataan ,

Hadis 1 Paksi 40 Imam Nawawi

"Umar bin Khattab melaporkan , pernah 
mendengar Nabi Muhammad berkata ," Amalan seseorang itu di tentukan oleh niatnya. Oleh itu , setiap orang mendapat apa yang di niatkankanya. Itulah sebabnya , orang yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya , hijrah itu adalah kepada Allah dan Rasulnya . Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah kerana niat untuk mendapatkan keuntungan di dunia ataupom bagi mendapatkan isteri , dia mendapat apa yang di niatkannya semasa die berhijrah "

Semuanya berjalan dengan lancar , last kursus ade la jawab soklan sapa tak leh jawab tak boleh kahwin . heee :D . tapi senang jer soklan nye  , bdk darjah 1 pom boleh jawab , kalau xleh jawab alamak kena amik lagi lah kursus kahwin tu . Lepas nim dapat sijil kursus pra perkahwinan . heee .

Suka - suka :)

Firman Allah:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui
(Surah An - Nuur 32)

Dalam kursus nim , ditekan kan bab akidah , akhak, ibadah ,munakahat, kesihatan, komunikasi dalam rumahtangga . Emm  , bersyukur dapat tambah ilmu dan mempratikkan nya bila tiba waktu nya . Bab asas kena hadam dulu sebelum melangkah ke alam , gerbang perkahwinan . hee:) InsyaAllah .

Kita kan nak bina masjid yang kukuh, jadi kita kena mantapkan hati , iman dulu . 
kan? So , untuk bakal-bakal pengantin , wujudlah rumahtangga yang mawardah dan sakinah .

Saranghae .

Lot's of Love
Vdah Awatif





0 Comment: