Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Friday, 13 January 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAAD S.A..W

~Khutbah ini di sampaikan pada 9hb Zulhijjah,Tahun 10Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.~

   Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepda orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

   Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci,maka anggap lah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Jangan lah kamu sakiti sesiapa pom agar orang lain tidak menyakiti kamu.Ingatlah bahawa sesungguhnya,kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

  Berwaspada terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga2 lah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara2 kecik.

 Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ats isteri kamu,mereka juga mempunyai hak di ats kamu.Sekiranya mereka memyempurnakan hak mereka ke ats kamu,maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan org yang kamu tidak sukai ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina.

  Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata2ku ini,sembahlah Allah,dirikan lah sembahyang lima kali sehari,berpuasa lah di bulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pom yang lebih mulia dari lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh..

  Ingatlah bahawa,kamu akan mengadap Allah pada suatu hari nanti untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

  Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.

 Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus lebih mendengar dariku.Saksikan YA ALLAH,bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada Hamba-hambaMU..

WA'ALLHUALAM......

<#thanks sebab sudi baca,jangan lupa yee,sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain
...Sampaikan lah walaupom sepotong ayat...<#

0 Comment: