Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Thursday, 13 September 2012

AkU mAhU bErPuRdah..

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t

Seakan berat untuk berbicara soal ini.Terpendam seribu rasa untuk ku gambarkan saat mula2 penghijrahan ku kepada tittle seorang ustazah..Pemakaian peranan yang agak besar la jugak. sampaikan melalui pemakaian lah orang akan pandang dan ubah gaya diorang dengan kita.Ustazah sudah sebati panggilan itu untuku..tidak kira di rumah,di kampus atau di kaki lima."Assalamualaikum ustazah,.elok2 ustzah nnty jatuh,jubah tu labuh,,".Teguran budak kaki lima yang agak sopan..Itu baru mengenakan tudung labuh dan jubah..Belumku mengenakan purdah.lagi tu.aduhh. trademark untu golongan berpurdah ialah."Ninja"..
Seringkali wanita yang berpurdah di kaitkan dengan ninja.Ninja ini,ninja yang memperjuangkan agama,memperjuangkan agama,memperjuangkan maruah..mengelak fitnah...

Menyingkap saat pertama kali kenal tudung labuh.Tanggal 10.10.2011.Jilbab hitam melekat di tubuh..Terasa sangat terharu bila diri sejuk dibaluti kain yang hanya dua meter panjang..Alhamdulillah Ya Allah..Akhirkan aku dapat menjalankan kewajipan ku sebagai muslimah..Niat ingin berubah dan bertudung labuh terdetik sejak di bangku sekolah menengah,tapi apakah dayaku.terkapai seorang diri.Tiada teman yang ingin memimpin tangan ini dan sama-sama menjalankan tanggungjawab seorang muslimah.Sungguh kerdil diri ini..Hiba saat diriku aku kenal.

Inginku naik ke tangga seterusnya..ingin bertukar status kepada ustazah kepada ninja Islam..tapi apakah daya..Kekangan banyak di hadapi..tambah-tambah masih menuntut di ipta.parents yang belum memahami,kefahaman yang jelas..kekuatan yang teguh..

Purdah..
Purdah itu tidak wajib.Menutup aurat  sebenarnya yang wajib bagi seorang wanita.Aurat wanita dua telapak tangan dan muka...
Kain hitam yang tidak kurang dari 2 jengkal.di jadikan alas untuk menutup separuh dari muka..


♥ BERPURDAH? PERBETULKAN NIATMU ♥



“Wah, cantik dia pakai jubah dan tudung labuh,

mesti ramai lelaki soleh yang tertarik.

”“Pakai niqob nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik.”

Siapakah yang penyebab dialog diatas,
pemakainya atau yang melihatnya?

DramaKing dan DramaQueen ini kadang-kadang menjadi buah mulut masyarakat kita, bila melihat gadis muslimah berniqob...

Persepsi yang sungguh berlainan antara jantina bila melihatnya...
Jadi apakah situasi ini betul atau sebaliknya...

♥ Sudut pandang sisi seorang LELAKI ♥

Sedih rasanya bila maqosid dan tuntutan asal berniqob disalah ertikan oleh mereka yang tahu akan hukum-hakam berniqob...

Sebagai seorang lelaki muslim,
perasaan sukakan kepada wanita muslimah itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sudah terkena pukauan gadis muslimah ini...

Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat gadis muslimah berpurdah,
terdetik dalam sanubari untuk mencari gadis muslimat yang berpurdah...

Perwatakan mereka yang bertudung labuh,
berjubah ditambah pula dengan sehelai kain menutup muka membuatkan si lelaki ingin tahu dan ingin mendekati sigadis tersebut...

Walaupun hanya dapat melihat dari jauh ia cukup membuatkan fitnah itu menjalar tanpa mereka sedari...

Mereka...
Yang bertudung labuh dan juga berniqob sekalipun,
tunjukkanlah contoh yang baik...

Berakhlaklah seperti mana pemakaian...
Bukan sekadar luaran bahkan jua dalaman...

♥ Sudut pandang sisi seorang WANITA ♥

Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqob. ..

Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini,
kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat…

Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar...

Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. ..

Tapi bila sudah berselindung disebalik purdah,
kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita?

Jangan jadikan niqab ini fesyen...! Please...jangan :'(

Tidak...Jangan begitu...
Kalau pakai niqob kerana itu,
maka niqob sudah menjadi fesyen,
bukan lagi kerana mendapat redha Allah,
bukan lagi kerana ingin menutup fitnah...

Niqob nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau trend orang dakwah...

Kenapa pakai?
Sebab kalau nak jadi ustazah,
kena pakai niqab baru nampak macam ustazah...
(niat ni salah)

Jangan....
Tak pakai niqob bukannya tak solehah, bukannya tidak baik...

Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqob,
memandang rendah mereka yang tidak memakai niqob...

Tak pakai niqob juga,
bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah...

Sejak bila pulak,
niqob menjadi lesen untuk semua itu?

Bagi yang memakai niqob,
teruskan dan perbaiki peribadi...
berniqob akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain...

Ada yang ingin menghina,
maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu...

Ada yang ingin mencontohi,
maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu..

Ada yang ingin menghargai, mempercayai,
maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka...

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah,
mendapat redha dan mardhatillah....

Jaga diri, jaga akhlak,
jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah...

Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’,
dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh...

Lebih buruk lagi,
kejatuhannya memburukkan pula Islam...

Terakhir untuk gadis muslimahku yg amat disayangi.. ♥ ♥ !!

Maka,
pakailah dengan kefahaman yang jelas...

Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman...


Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikutan kakak atau ustazah,
bukan sebab trend, bukan sebab fesyen...

Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut...

Namun sebaliknya sekarang,
perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend...

~Aku seorang bertudung labuh dan Insyaallah bakal niqabis~
(u_u) sdikit sbyk aku jg terasa...Allah..Allah...Allah.. ♥ !
Saya doakan kalian juga istiqamah ! ingat, Mujahadah itu PAHIT, kerna SYURGA itu MANIS :

credit by: Ukhti Farhani 


Monday, 9 April 2012

La Tahzan Sahabat ^.^

Buatmu Sahabat (^.^)


Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih,  tidak akan membuahkan hasil,
Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,


Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak  akan menghasilkan  kerja yang  memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh  diterima didalam lingkunganmu..


Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..


Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!


mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..


Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..



Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”