Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Monday 14 April 2014

Bercintalah

bercintalah andai hadir rasa kasih dan sayang yang Allah detikkan di hati kita.

bercintalah dengan Sang Pencipta, kenal pemilik diri,
kekasih Allah yang membawa ajaran yang indah buat kita,
barulah kita mampu untuk bercinta dengan yang halal.
baru sweet.

bercintalah , Allah telah detikkan rasa kasih dan sayang pada naluri hati kita.
untuk orang-orang yang boleh mengurus anugerah itu dengan baik dan cara yang betul
bercintalah dengan yang ada ikatan dengan kita.
bercintalah dengan yang ada rasa yang sama dengan kita.
bercintalah dengan seadil-adilnya.

bercinta itu tak mudah, 
who say like makan kacang .
susah , wujudnya ikhlas tanpa paksaan 
dan akan membenih lalu bercambah rasa kasih 
hanya semata-mata kerana Allah. 
bukan boleh main paksa-paksa untuk sayang-sayang nie, kan . kan ?

bercinta lepas nikah . baru sweet . 
selalu dengar ayat tu. 
Yes, sekarang bukan masanya untuk bercintan cintun like monkey love zaman sekolah dulu-dulu.
sekarang waktu untuk kita bercinta dengan ilmu, dakwah dan perjuangan .

Memetik karya " Cinta High Class muka surat 13"
-Aku tidak mahu berkahwin hanya kerana sebab-sebab murahan seperti sudah terlanjur bercinta, kasihan insan yang diberikan harapan,puas hidup membujang atau desakan sesiapa.
Kata Ibnu Qayyim " Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab" . Ku ingin mencintainya kerana Allah . Lantaran aku yakin, hanya Allah yang tidak akan lenyap .

Orang yang salah menguruskan cinta haruslah sedar yang dia masih tidak mampu menguruskan rasa kasih sayang yang Allah titipkan kepadanya dengan cara yang betul .Salahnya ,
sebab cintanya untuk yang tidak halal ,
sebab cintanya hanya semata-mata untuk nafsu muda ,
sebab cintanya hanya paras rupa ,
sebab. sebab dan banyak sebabnya .
bercintalah bila tiba detik kamu , kita mampu membina satu institusi keluarga yang akan wujudnya mawardah dan sakinah dengan si halal. baru sweet . tak gitu ?

Lot's of Love, 
Wahi .
sory lama tak hapdate.

0 Comment: