Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Friday, 20 September 2013

Keistimewaan Seorang Naqib/Naqibah

Bismillahirohmanirrahim..Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah .
Semoga di rahmati dengan perkongsian yang sedikit dr Vdah kat sini yea :) sebenarnya lama tak menulis tetibe hari nim rajin pulak . ok , dah stop merepek .. let's read untuk tahu keistimewaan naqib and naqibah

Actually naqib / naqibah ialah individu yg brperanan mengendalikan segala aktiviti ahli usrah di bawahnya . Mereka pemudah cara kpd ahli usrah untuk lebih memahami dengan lebih dekat Islam dalam erti kata lain sebenar denga jelas . Kita seharusnya berasa bersyukur kpd Allah sbb kita diamanahkan satu tanggungjawab yang mana untuk menyebarkan dakwah kepada saudara seagama dan sebaliknya.


5P , ? Sape tahu apa itu 5P yang tersenarai dalam keistimewaan naqib / naqibah ..
sila angkat kening macam ziana zain. huu.

P1- Pahala
Setiap apa yang kita lakukan ganjaran pahala yang kita perolehi dalam perkongsian ilmu kita dalam usrah, . Automatik akaun pahala kita akan bertambah. Alhamdulillah , malahan makin beruntung jika apa yang kita sampaikan diamalkan dan di sampaikan kepada org lain pulak. secara tidak langsung , tidak akan putus pahala kita akan dapat.

P2- Pemimpin
Sudah tentu dalam kumpulan usrah tu kita selaku peminpin , kita mendidik diri kita untuk berorganisasi dalam komuniti yang kecik , dan ianya maybe hanya permulaan untuk berjinak dengan jawatan , tidak sangka selepas ini akan menjadi pimpinan yang lebih tinggi dalam sebuah organisasi yang lain contoh presiden perwakilan pelajar, pengerusi kamsis , pengerusi kelab yang famous kat kampus. Ia mendidik kita menjadi lead dalam sesebuah pengurusan.

P3-Percakapan
Hah, bab nim Wahi suka sebabnya , kita dapat mengasahkan kemahiran percakapan dengan baik melalui interaksi bersama ahli usrah, mimik muka , loghat yang kta cakap mainkan peranan besar dalam sesebuah usrah. Setiap apa yang kita cakap disertakan dengan reaksi kita akan menarik minat mad'u utk lbh memahami .

P4-Pengurusan
Melatih juga kita bagaimana mahu menguruskan hal-hal kemanusiaan. Ini kerana selaku naqib/naqibah tidak dpat lari dr mengambil berat tentang soal jiwa, emosi, keluarga dan perasaan mad'u. Ini kerana kita tidak tahu adik-adik usrah kita macamna ragam nya, tingkah lakunya . Sudah tentu banyak ragam , kita selaku ketua perlu mainkan peranan dan kita akan melatih diri kita nak mengurus hal-hal sebegini.

P5-Perbaiki
Akhir sekali, berppeluang perbaiki diri sendiri yang masih banyak kekurangan, Naqib/ Naqibah yg baik akan berasa bimbang jka mereka tdk dapt lakukan apa yang diamanahkan kpd kita trhdp mad'u . Dengan sendiri kita akan perbaiki dan berhati-hati dalam kehiduan mereka . 

-VA-

Friday, 30 August 2013

ROBOSAS Ungguli Cabaran Kreatif Terbuka FIRA KL 2013



Pasukan Robosas dari Politeknik Sultan Ahmad Shah menunjukkan pingat emas dan gangsa yang mereka menangi pada menyertai pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and Congress KL 2013 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 29 Ogos - Pasukan Robosas dari Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) Kuantan, Pahang muncul juara Cabaran Kreatif Terbuka dalam pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and Congress KL 2013 (Fira KL 2013).

Dalam pertandingan yang berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini hari ini, pasukan Robosas berjaya meraih pingat emas setelah mengatasi pasukan-pasukan dari pelbagai negara, hasil kerjasama erat ahli pasukan yang mempunyai kemahiran masing-masing.
Ketua Pasukan Robosas, Najmi Hafizi Zabawi berkata, beliau dan ahli pasukannya tidak menyangka dapat memenangi kategori itu yang pertama kali disertai mereka.
"Ini adalah kali pertama kami menyertai Fira. Kami merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang menyertai kategori Cabaran Kreatif Terbuka.
"Setiap anggota pasukan diberi tugasan mengikut kepakaran masing-masing. Antara tugasan tersebut ialah memerlukan ahli pasukan menjaga bahagian litar (circuit), badan robot (body) dan pengesan penglihatan (vision sensor)," katanya ketika ditemui dalam majlis penutupan dan penyampaian Hadiah Fira 2013 di PSA di sini hari ini.

Najmi Hafizi turut menyatakan rasa bangga atas kejayaan pasukannya kerana berjaya menundukkan dua pasukan dari Taiwan iaitu TKU dan MCU apabila masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga bagi kategori itu meskipun cabaran yang diberikan pasukan lawan adalah sengit.
Katanya, pasukannya juga berjaya memperoleh pingat gangsa dalam kategori vision dan check point, selain menganggap itu satu pencapaian terbaik untuk sebuah pasukan baharu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan, Datuk Nasir Mat Dam dalam ucapan penutupan berkata, pihak PSA boleh berbangga kerana menganjurkan suatu kejohanan bertaraf dunia di negara ini.
"Kejayaan PSA menganjurkan kejohanan Fira KL 2013 yang bertaraf antarabangsa ini akan menjadi titik permulaan kepada pertandingan yang setaraf dengannya pada masa depan.
"Pertandingan seumpama ini merupakan satu landasan yang terbaik bagi mewujudkan lebih banyak perkongsian idea, selain mengembangkan lagi bakat serta kreativiti masyarakat, khususnya generasi muda," katanya.

TAHNIAH di ucapkan kepada kawan-kawan polisas yang menyertai FIRA ni. Hebad kalian .
 MAN JADDA WA JADDA .