Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Wednesday, 1 February 2012

~Cukuplah hanya Allah yang tahu~


Setiap manusia dianugerahkan naluri rase cinta dan ingin mencintai...Tapi adakah cinta itu,cinta yang halal??
Kalau kita sukakan 'someone',jangan lah beritahu 'si dia'..cukuplah hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahuinya...mengadu lah pada Allah...Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya...Luahkan lah isi hati kamu kepada Allah... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui siapa jodoh kita....
Cintai lah dia dalam diam..dari kejauhan dan kesederhanaan dan keikhlasan hati juga nurani...
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah...kerana hakikatnya ia berhulu oleh Allah maka ia pun  berhilir hanya kerana Allah..

ALLAH  berfirman ayat 49 surah Adz Dzariyat ::
"dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH"

Tetapi keinginan ingin bercinta didorong oleh hawa nafsu,. tercantas iman walaupun tidak jelas kelihatan..dengan itu hendakalah kamu bersabar,berdoa dan berpuasa..agar tersingkirnya kelemahan diri yang nipis itu..

ALLAH berfirman lagi dalam ayat32 surah Al Israa' ::
"dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji"
dan suatu jalan yang buruk.

Ketika mendambakan sebuah cinta yang sejati,namun tiada kunjung datang,ketahuilah cinta sejati itu amat dekat dengan kamu..namun kamu yang harus membuka pintu hati untuk mendekati cinta yang sejati lagi hakiki itu....iaitu Cinta Allah SWT ialah Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah mengaturkan yang sebaiknya dan telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu  kelak..

Jika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,namun dirimu juga tahu cintamu tidak terbalas,Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui apa yang ada didepan mu & Dia telah mempersiapkan segala yang terbaik untuk mu di masa hadapan.

Cukuplah hanya mencintai dalam diam,
Bukan kerana ingin membenci hadirnya,
Tetapi menjaga kesuciaannya,
Bukan kerana menghindari dunia.
tetapi meraih syurga-Nya.

Bukan kerana lemah untuk  menghadapi,
tetepi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu rakus dan menyelusup..

Cukup lah bagiku mencintai dari kejauhan,
Kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan diri dari ujian,
Kerana hadirmu hanya menggoyahkan iman dan ketenangan,
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup lah bagiku mencintai dengan kesederhanaan,
Memupuknya akan menambah penderitaan,
Menumbuhkan harapan  hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan,.sepertimana cinta Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati nurani seorang wanita...namun tidak sanggup pula cinta kita berakhir seperti sejarah cinta Salman Al-Farisi...

Al-Baqarah ayat 216 ::

"....boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui....

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak bakal ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti akan kecewakan hati sendiri...

Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi..
Kerana Dia mendengar pengharapan mu setiap kali,. dan Dia menunaikan nya dengan cara-Nya tersendiri.....

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dgn kesderhanaan dan keikhlasan,
kerana tiada yang tahu rencana Allah buat hamba-hambanya.
Mugkin saja rasa ini ujian dariNya yang akan melapuk atau membeku dgn perlahan.
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..


Serahkan rasa itu hanya pada ALLAH,jatuhlah cinta dengan ALLAH dengan sedalam-dalamnya sehingga menandingi cinta kita kepada manusia,dan haraplah cinta yang kita ingin berikan juga kepada insan yang mencintai ALLAH....Biarlah DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang bila tiba waktunya....

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah,menolak kerana Allah,mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah,maka bererti ia telah sempurna imanya.."
HR.AL-HAKIM




#cintailah dengan cara cinta yang halal,tahanlah hatimu,perasaan mu..jikalau hatimu tidak tertahan coretlah isi hatimu tentang cinta dan rindu mu,tentang doa dan harapanmu padanya dalam tulisan,dan simpan lah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin...most important, mengadulah pada Allah di sepertiga malam mu....

#jika jodohmu adalah si dia,serahkan isi hatimu pada si dia,pasti saat bahagia menantimu..jika sebaliknya maka biarlah ia menjadi RAHSIA antara kamu dan Sang Pencipta..buanglah rasa hatimu itu jauh-jauh,dan dekatkanlah dirimu dengan Allah agar luahan hatimu hanya padaNYA...

Wasalam<3 vdah awatif..

0 Comment: