Entry Follow Dash Tips Cerpen tazkirah

Sunday 27 October 2013

Tahajjud


Solat yang agak sukar untuk dilakukan , kerana ianya melibatkan suatu perasaan 
yang kuat menguasai diri iaitu malas . Allahurabi .
Beruntunglah bagi sesiapa yang melakukannya dengan istiqamah .
Mohon lah pada Allah dengan sebenar-benarnya bila kamu dikejutkan dari lena yang asyik 
untuk sujud kepadaNya dalam keadaan tenang , ditemani sunyi sepi sepertiga malam .
Saat iman mula lemah , hati kena kuat untuk meningkat nya kembali.
Mohonlah keampunan dengan sesungguh hati , biarkan mengalir titisan putih kerana takutkan Allah

dan mohon keberkahan dariNya .

Siapa kita ? 
untuk sombong
untuk tidak mengharap padaNya
untuk tidak meminta dariNya
untuk sia-siakan hidup kita
untuk kita tidak merintih 
dalam setiap doa dan sujud padaNya.
Allah rindukan hamba-hambanya 
untuk mengadu padaNya . 

Allah berfirman :

"Dan  pada sebahagian malam , lakukanlah solat tahajjud ( sebagai suatu ibadah ) tambahan bagi mu ,mudah mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yag terpuji . ( Al - Isra' 79 )    

waktu malam atau sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dasyat untuk 
kita berdoa memohon dariNya , kerna apapom permintaan kita ketika itu Allah akan diperkenan kan. 
Banyak manfaat jika kita mengerjakan solat tahajud antara akan dipelihara oleh Allah

dr segala bencana, dimurahkan rezeki , kesihatan yang baik juga disenangi oleh org sekeliling .
 Aamiin .

“Sesungguhnya di waktu malam ada suatu waktu yang tidak akan ditemui oleh seorang muslim yang berdoa kepada Allah dari kebaikan dunianya dan keselamatan akhiratnya, melainkan Dia kabulkan permintaannya itu pada setiap malam (bila ia terus qiyamul lail)“ (HR.Muslim).                                         

Sekian . 
-VA- 

1 Comment:

Vdah Awatif said...

yes . syukran jiddan jgk :)
barakallah.